Salam hormat pelanggan sekalian,

Terima kasih kerana telah mendapatkan panduan 1 Smartphone Banyak WhatsApp…Dalam panduan ini, saya akan terangkan kepada anda langkah demi langkah sama ada dalam bentuk tutorial bergambar mahupun video supaya anda lebih mudah faham.

Diharap anda dapat membaca keseluruhan panduan ini tanpa skip supaya anda tidak tertinggal info-info yang penting yang mungkin akan menjejaskan aplikasi WhatsApp anda di kemudian hari.

Selamat membaca… 🙂

PERHATIAN : Video-video yang terdapat dalam panduan ini mungkin memerlukan sedikit mase untuk load bergantung kepada speed internet anda…Jadi pastikan anda tunggu sebentar setelah klik button “Play”…Selain tu, saya jugak ada sediakan download link untuk video-video tersebut jika anda prefer untuk download.

1) Nak Guna Berapa WhatsApp?

Sebelum anda buat apa-apa, anda perlu decide dulu nak pakai berapa akaun WhatsApp dalam smartphone anda…Ini penting sebab anda kena beli simkad dan install aplikasi (app) ikut jumlah akaun WhatsApp yang anda nak guna.

Kalau anda nak guna 6 akaun WhatsApp, maksudnya anda perlu ada 6 simkad dan jugak install 6 app yang akan saya terangkan nanti.

[et_pb_divi_atm bullet_image=”https://exportmudah.com/wp-content/uploads/2016/12/icon-4.png” bullet_width=”20″ bullet_height=”20″ _builder_version=”3.0.47″ text_font_size_tablet=”51″ text_letter_spacing=”1px” text_line_height_tablet=”2″]

<ul>
<li>1 WhatsApp = 1 simkad = 1 app</li>
<li>2 WhatsApp = 2 simkad = 2 app</li>
<li>3 WhatsApp = 3 simkad = 3 app</li>
<li>4 WhatsApp = 4 simkad = 4 app</li>
<li>5 WhatsApp = 5 simkad = 5 app</li>
<li>6 WhatsApp = 6 simkad = 6 app</li>
</ul>

[/et_pb_divi_atm]

1.1) Tips Jimat – Simkad

Kebiasaannya, orang yang guna banyak akaun WhatsApp ni bukannya nak guna semua simkad untuk tujuan call/data…Macam saya, saya cuma guna 1 nombor utama je untuk call/data…Nombor lain biasanya kita hanya guna untuk tujuan WhatsApp semata-mata.

So atas sebab tu, kita tak perlu topup setiap simkad sepanjang masa…Hanya simkad yang nak guna untuk tujuan call/data je yang kita perlu topup selalu…Untuk simkad lain (yang guna untuk WhatsApp je), kita cuma perlu pastikan simkad tersebut tak expired je… ? …So kita akan jimat banyak.

Sebagai contoh, simkad XOX…Simkad ni valid untuk tempoh 1 tahun kalau anda topup RM25….So kira ok la kan RM25 untuk setahun…Untuk simkad-simkad lain, saya cadangkan anda tanya kedai topup…Dieorg lebih tau yang mana lebih baik untuk anda.

Kalau anda duduk dekat kawasan pedalaman, anda tak perlu risau kalau line yang anda beli tu (contoh : Digi) tak clear…Apa yang penting untuk guna WhatsApp hanyalah line internet (data/streamyx)…Line telefon yang anda beli tu hanya guna sekali je iaitu waktu nak aktifkan akaun WhatsApp…Then bila dah aktif, anda bolehlah simpan simkad tu elok-elok dalam laci… ?

1.2) Install Aplikasi

Okeh, sekarang ni saya anggap anda memang nak guna 6 akaun WhatsApp dalam smartphone anda…Jadi saya akan listkan kesemua app yang perlu diinstall pada smartphone anda…Kalau anda cuma nak guna 4 akaun WhatsApp je, anda tak perlulah install semua…Tapi install 4 app je…Pilihlah mana-mana app yang berkenan di hati anda…Macam tu jugak dengan jumlah lain.

Kat bawah ni adalah aplikasi-aplikasi yang anda perlukan…Anda boleh carik di “Play Store” smartphone masing-masing k.

1.3) Penting

Saya beranggapan anda sekarang ni dah ade 1 akaun WhatsApp kat smartphone masing-masing…So, app WhatsApp Messenger tu memang dah sedia ade dan anda jugak dah tau cara-cara untuk install app pada smartphone… ?

Anyway kalau anda betul-betul ZERO (nak install app pun tak pandai), anda bolehlah hubungi saya untuk bantuan.

PERHATIAN – Anda WAJIB install WhatsApp Messenger di smartphone untuk membolehkan kita clone lebih banyak akaun WhatsApp menggunakan app lain…Jika sekarang ni anda dah ada 1 akaun WhatsApp, itu maksudnya anda dah pun install…Jadi anda tak perlu install lagi app WhatsApp Messenger tersebut.

2) WhatsApp + Parallel Space

Baiklah, dalam video kat bawah ni saya akan tunjukkan kepada anda cara install dan basic configuration untuk Parallel Space…Ianya mudah je…Bila anda siap install, anda boleh terus guna… ?

Pastikan waktu nak aktifkan WhatsApp tu anda ON simkad sebab pihak WhatsApp akan send verification code menerusi SMS…Anda boleh ON dekat phone lain kalau anda ada banyak phone…Tapi kalau ada satu phone je, anda terpaksalah tukar-tukar simkad waktu nak buat verification… ?

3) WhatsApp + 2Face

Dalam video kat bawah ni pulak saya akan tunjukkan kepada anda cara install dan basic configuration untuk 2Face…Ianya mudah jugak…Bila dah siap install, anda boleh terus guna… ?

Pastikan waktu nak aktifkan WhatsApp tu anda ON simkad sebab pihak WhatsApp akan send verification code menerusi SMS…Anda boleh ON dekat phone lain kalau anda ada banyak phone…Tapi kalau ada satu phone je, anda terpaksalah tukar-tukar simkad waktu nak buat verification… ?

4) WhatsApp + Go Multiple

Seterusnya saya akan tunjukkan pula kepada anda cara install dan basic configuration untuk Go Multiple…Go Multiple juga mudah untuk di install dan boleh terus guna… ?

Pastikan waktu nak aktifkan WhatsApp tu anda ON simkad sebab pihak WhatsApp akan send verification code menerusi SMS…Anda boleh ON dekat phone lain kalau anda ada banyak phone…Tapi kalau ada satu phone je, anda terpaksalah tukar-tukar simkad waktu nak buat verification… ?

5) WhatsApp + Multiple Accounts

Untuk Multiple Accounts, ia sebenarnya sama macam Go Multiple…Name je yang berbeza…Oleh sebab tu, sy akan gunakan video Go Multiple juga sebagai video tutorial… ?

Pastikan waktu nak aktifkan WhatsApp tu anda ON simkad sebab pihak WhatsApp akan send verification code menerusi SMS…Anda boleh ON dekat phone lain kalau anda ada banyak phone…Tapi kalau ada satu phone je, anda terpaksalah tukar-tukar simkad waktu nak buat verification… ?

6) WhatsApp + Disa

App yang seterusnya adalah Disa…Disa ni berbeza sikit dengan app-app sebelum ni…Anyway anda jangan risau…Saya dah pun sediakan video tutorial cara install dan basic configuration untuk Disa…Ianya tak lah susah sangat… ?

Untuk Disa, anda perlu masukkan maklumat MCC dan MNC waktu nak configure WhatsApp…Maklumat tersebut anda boleh perolehi daripada image berikut :

Note : Untuk maklumat MNC, pastikan anda tambah sifar “0” kat depan…Contohnya anda pakai Celcom (019-12312421)…Jadi maklumat MCC anda adalah 502 dan MNC adalah 019 (bukan 19)…Kalau nombor anda 013-23432324, maklumat MNC anda adalah 013 (bukan 13).

Pastikan waktu nak aktifkan WhatsApp tu anda ON simkad sebab pihak WhatsApp akan send verification code menerusi SMS…Anda boleh ON dekat phone lain kalau anda ada banyak phone…Tapi kalau ada satu phone je, anda terpaksalah tukar-tukar simkad waktu nak buat verification… ?

7) Unread Count Badges

Masalah “Unread Count Badges” sebenarnya bukan je berlaku pada smartphone yang install banyak app WhatsApp…Tapi yang install 1 app pun biasa kena jugak…Contohnya macam saya, saya guna Oppo F1 Plus…Oppo F1 Plus jugak hadapi masalah ni walaupun just install 1 app WhatsApp je.

7.1) Unread Count Badges Tu Ape?

Okeh, mungkin anda tertanya-tanya “Unread Count Badges” tu masalah ape?…Tak pernah dengar pun!

Baiklah, sekarang cuba anda lihat gambar kat bawah :

Kalau anda tengok gambat kat atas ni, tertera nombor “19”…Itu menunjukkan ade 19 message yang anda belum baca.

Kalau smartphone anda ade masalah “Unread Count Badges”, nombor 19 tu takkan muncul…Yang ade mungkin hanya notification dan bunyi je bila ade WhatsApp masuk…So anda tak dapat lihat dekat screen smartphone anda ade berapa message yang anda belum baca.

7.2) Penyelesaian

Sekiranya anda menghadapi masalah “Unread Count Badges”, ade 3 penyelesaian yang saya jumpa…Anda boleh guna mane-mane penyelesaian yang sesuai dengan smartphone anda :

[et_pb_divi_atm bullet_image=”https://exportmudah.com/wp-content/uploads/2016/12/icon-2.png” bullet_width=”20″ bullet_height=”20″ _builder_version=”3.0.47″ text_font_size_tablet=”51″ text_letter_spacing=”1px” text_line_height_tablet=”2″]

<ul>
<li>Guna app Notifyer Unread Count sahaja</li>
<li>Guna app Notifyer Unread Count + Nova Launcher</li>
<li>Guna app Nova Launcher Prime + Telsa Unread</li>
</ul>

[/et_pb_divi_atm]

7.3) Notifyer Unread Count Sahaja

Untuk option yang pertama ni (just guna app Notifyer Unread Count je), anda perlu pastikan yang anda boleh akses ruangan Widgets pada smartphone…Untuk akses Widgets, anda cuma perlu tap + hold pada mana-mana ruangan kosong pada screen smartphone macam dalam video kat bawah :

Kalau anda dah tap + hold, tapi tak muncul Widgets macam dalam video kat atas, itu maksudnya anda tak boleh guna solution yang pertama ni…Tapi anda kena guna option ke-2 ataupun yang ke-3.

Sekarang ni saya beranggapan anda boleh akses ruangan Widgets…Jadi saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk gunakan app Notifyer supaya masalah Unread Count Badges pada smartphone anda boleh selesai…Jom tonton video di bawah :

7.4) Notifyer Unread Count + Nova Launcher

Untuk smartphone yang tak boleh akses ruangan Widgets, kite kena guna cara yang kedua iaitu install lagi satu app tambahan yang bernama Nova Launcher…Bila anda dah install Nova Launcher, anda boleh cuba semula tap + hold pada mana-mana ruangan kosong pada screen smartphone…InsyaAllah kali ni anda akan nampak ruangan untuk akses Widgets.

Bila dah nampak tu, anda bolehlah follow cara-cara gunakan app Notifyer macam dalam tutorial option pertama (guna app Notifyer sahaje).

7.5) Nova Launcher Prime + Tesla Unread

Option yang ke-3 ni sebenarnya hanya khusus untuk mereka yang sanggup korbankan RM20 (untuk beli Nova Launcher Prime) sahaje…Untuk makluman anda, kita boleh atasi masalah Unread Message Count dengan lebih mudah kalau kita guna Nova Launcher Prime + Tesla Unread berbanding guna option pertama dan kedua tadi.

Hanya perlu install app (Nova Launcher Prime + Tesla Unread), then “on” kan semua app yang kita nak nampak Unread Count…Bukan untuk WhatsApp je, tapi untuk app lain jugak macam Messenger, Facebook, Instagram dan sebagainya…Jimat masa +mudah + selesai masalah… ?

Baiklah, dekat bawah ni saya dah pun sediakan video terperinci untuk anda buat perbandingan dengan option pertama dan kedua…Then anda boleh decide sama ada berbaloi/perlu korbankan RM20 ataupun tak… ?

Note : Dalam video di bawah saya tak tunjukkan step pembayaran untuk beli Nova Launcher Prime sebab saya dah beli sebelum ni…Anyway anda jangan risau…Proses pembelian mudah je…Just klik – next2 – bayar guna card – finish… ?

8) 1 Laptop Banyak Whatsapp

Kadang-kadang letih jugak menaip kat smartphone ni…Screen kecik menyebabkan kita tak boleh taip selaju kita taip kat laptop/desktop…Kalau dapat beratus mesej WhatsApp, nak respon semua tu makan sehari jugak!

Untuk atasi masalah ni, anda sebenarnya boleh gunakan laptop/desktop untuk reply WhatsApp…Ada satu software percuma (namanya Franz) yang anda boleh gunakan untuk handle banyak akaun WhatsApp sekaligus dekat laptop/desktop…Anda boleh download software Franz menerusi link berikut…

Sekarang ni saya beranggapan anda dah pun download dan install Franz di laptop/desktop anda…Jadi anda bolehlah buka software tersebut untuk aktifkan WhatsApp macam dalam video tutorial berikut :

Bila dah siap, anda bolehlah buka WhatsApp Web dekat smartphone anda untuk scan QR Code…Cara nak bukak WhatsApp Web dan scan QR Code saya dah sediakan dalam video berikut :

Siap je scan QR Code, anda dah boleh guna WhatsApp dekat laptop/desktop… ?

9) Info Tambahan

9.1) Sentiasa On Atau On Kejap-Kejap Je!

Secara teorinya, bila kita bukak banyak app sekaligus, kita akan guna banyak RAM dan processor…Bila guna banyak, mungkin smartphone kita akan berat + cepat panas + cepat habis bateri.

Kalau masalah macam tu berlaku kat smartphone anda, saya galakkan anda hanya on app (Parallel Space, 2Face, Go Multiple, Multiple Accounts dan Disa) waktu nak guna je…Jangan sentiasa on macam akaun WhatsApp utama.

Sejujurnya saya suka macam tu sebab kadang-kadang saya rasa annoying kalau mesej WhatsApp masuk bertalu-talu setiap masa…So kalau boleh saya memang nak mesej WhatsApp masuk bila saya ready untuk baca dan reply je!

Cuba anda fikirkan….

Situasi pertama, cuba anggap diri anda ni pelanggan…Anda nak beli barang orang…So anda WhatsApp seller yang jual barang tu…Seminit lepas tu anda tengok status WhatsApp dah double tick warna biru…

Tapi seller tu tak reply-reply sampai 15 minit…Waktu tu ape anda rase? Mungkin…

Alamak budak ni…nak jual barang ke tak…Dah bace pun senyap je…At least respon la wei… ?

Betul tak??? Haha…Sebenarnya ramai yang akan rase macam tu…Sebab tu kadang-kadang ade yang terus marah-marah…Padahal waktu tu mungkin seller tengah drive, tengah meeting dan yang sewaktu dengannya…Bukan saje-saje je nak respon lambat…Siape yang dah biase jual barang online, insyaAllah dah selalu kena macam ni.

Okeh, itu situasi pertama….Situasi kedua pulak, katakan anda WhatsApp seller…Then seminit dua lepas tu anda tengok status dah double tick, tapi warna grey…

Untuk situasi macam tu, biasenya prospek tak terus marah/buruk sangke pada seller sebab dieorg tau seller belum bace…So kalau setakat lewat sejam pun ok lagi…Tapi kalau dah 3-4 jam macam tu jugak, mungkin la baru terdetik kat hati prospek…

Bace la wei…nak bisnes tak nak ni?

Still kire ok lagi kalau nak compare dengan situasi pertame tadi…Ok, untuk siatuasi ketiga, katakan anda WhatsApp seller…Then seminit dua lepas tu anda tengok status single tick warna grey…

Untuk situasi ketiga ni, biasenya prospek lebih cool walaupun kita lambat respon hingga ke petang sebab dieorg tau mesej belum sampai…Mungkin dieorg ingat phone kite takde bateri ke, line internet problem, line WhatsApp problem dan sebagainya.

So, situasi ketiga ni lebih bagus untuk seller berbanding situasi pertama dan kedua.

Emm…kan dah name pun bisnes…So kenape nak lambat-lambatkan respon pulak???

Dalam banyak kes sebenarnya seller bukan sengaja nak lambat-lambat respon…Tapi seller pun manusia biase…Ada banyak hal atau urusan yang bertindih-tindih…Kadang-kadang kite memang tengah buat kerja pun, tapi WhatsApp masuk hingga beratus/beribu…So dekat situ je ambil mase berjam-jam untuk respon.

Malangnya memang ade segelintir prospek yang cepat buruk sangke pade seller…So sebab itu bila saya dah guna banyak WhatsApp dalam satu phone, saya rase tenang sikit…Sy dapat control bile nak bagi WhatsApp masuk, bile nak start respon WhatsApp dan sebagainya.

Itu tak kire lagi penjimatan duit sebab tak payah beli phone banyak-banyak…hihi

Anyway kalau anda tak sependapat dengan saya pun takde masalah…Anda boleh on kesemua app setiap mase untuk pastikan WhatsApp sentiase masuk on the spot… ?

9.2) Clone App Lain

Untuk makluman anda, selain WhatsApp, kite sebenarnya boleh clone app lain jugak macam Facebook, Messenger, Instagram dan banyak lagi…Anyway saya takkan buat video tutorial sebab ia dah di luar skop panduan ni.

Apa yang boleh saya share kat sini cuma screenshot cara untuk clone app lain je…Kire ok la u kan…Anda boleh follow macam tutorial clone WhatsApp je sebenarnya… ?

Jom tengok screenshot kat bawah ni sekarang…

9.3) Maintenance

Pernah tak anda rasa smartphone berat semacam je…Nak bukak WhatsApp buat kerja pun susah… ?

Kalau anda ada masalah macam tu, anda jangan bimbang…Ada satu app ni (namanya All In One Toolbox) boleh bantu solve masalah smarphone berat…Saya dah guna app ni agak lama jugak…Bila rasa berat je, kite boleh run app tersebut untuk boost dan clean semula sistem smartphone.

Lepas anda dah install nanti, anda bolehlah cuba app tersebut bila smartphone anda rasa berat…Cara guna app mudah je…Anda boleh tonton video tutorial kat bawah ni k… ?

Incase anda nak semua app WhatsApp sentiasa on, pastikan ON semula app-app tersebut lepas run All-In-One Toolboox… ?

Bantuan

Untuk makluman anda, support untuk panduan ini adalah terhad… ? …Tak semua benda saya boleh support…Saya hanya boleh berikan support untuk perkara-perkara yang anda tak faham je (penerangan/video yang ada dalam panduan ni).

Saya tak boleh berikan support untuk hal-hal teknikal dan yang seangkatan dengannya seperti :

[et_pb_divi_atm bullet_image=”https://exportmudah.com/wp-content/uploads/2016/12/icon-pangkah.png” bullet_width=”20″ bullet_height=”20″ _builder_version=”3.0.106″ text_font_size_tablet=”51″ text_letter_spacing=”1px” text_line_height_tablet=”2″ background_color_gradient_type=”linear” background_color_gradient_direction=”1″ background_color_gradient_direction_radial=”center” background_color_gradient_overlays_image=”off” background_layout=”light” text_orientation=”left”]

  • Tak boleh install app.
  • Tak compatible dengan smartphone.
  • Conflict dengan app lain.
  • Ada error waktu install/run.
  • Ada malware waktu install/run.
  • dan sebagainya…

[/et_pb_divi_atm]

Anda harus faham bahawa hampir kesemua penyedia app percuma memang tak sediakan support untuk app mereka…So, kalau owner sendiri tak sediakan support, saya yang pengguna macam anda jugak, laaaagi lah tak mampu berikan support… ?

Apa yang anda perlu lakukan kalau ada masalah teknikal adalah, cuba google untuk dapatkan info daripada perkongsian orang lain…Mungkin ada pengguna lain yang hadapi masalah yang sama macam anda ada share solution di blog/forum/comunity mereka…Dengan cara tu, insyaAllah anda boleh solve problem anda.

Berkenaan dengan panduan saya ni, kalau anda tak faham penerangan saya, anda boleh PM saya untuk mendapatkan bantuan…Saya akan berikan bantuan dekat sana.

SenseiPlus

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk ini, sila hubungi pihak seller untuk info lanjut :

Program Affiliate

Pelanggan yang dihormati sekalian, untuk makluman anda panduan 1 Smartphone Banyak WhatsApp ini telahpun disenaraikan di plaform JV Warrior.

So kalau anda rasa panduan ni bagus dan dapat bantu ramai orang, anda bolehlah join program affiliate JV Warrior…Setiap kali ada prospek beli panduan ni, anda akan dapat komisen 50%…Menarik kan… ?

InsyaAllah panduan ni senang nak promote…Post kat wall je pun, mungkin boleh dapatkan ramai pelanggan…Sambil share, buat duit sekali… ?

[et_pb_divi_atm bullet_image=”https://exportmudah.com/wp-content/uploads/2016/12/icon-3.png” bullet_width=”20″ bullet_height=”20″ _builder_version=”3.0.106″ text_font_size_tablet=”51″ text_letter_spacing=”1px” text_line_height_tablet=”2″ background_color_gradient_type=”linear” background_color_gradient_direction=”1″ background_color_gradient_direction_radial=”center” background_color_gradient_overlays_image=”off” background_layout=”light” text_orientation=”left”]

  • Langkah 1 – Join program affiliate (tutorial)
  • Langkah 2 – Dapatkan link affiliate (tutorial)
  • Langkah 3 – Promote link affiliate anda di Facebook, Insta, WhatsApp, etc
  • Langkah 4 – Check statistik klik dan sale dari masa ke semasa (tutorial)
  • Langkah 5 – Jika ada sale, anda akan dibayar komisen! (waktu pembayaran komisen)

[/et_pb_divi_atm]

PENTING – Pastikan anda TERUS ISI MAKLUMAT AKAUN BANK sebaik sahaja selesai mendaftar program affiliate…Kegagalan anda isi maklumat tersebut akan menyebabkan komisen tidak direkod dalam sistem dan tidak dibayar.