Refund

Bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan, pihak JV Warrior turut menyediakan jaminan pengembalian wang (refund). Namun ia tertakluk pada syarat-syarat berikut :

1) Permohonan refund daripada pihak JV Warrior hanya dibenarkan SEBELUM pembayaran komisen dilakukan sahaja iaitu sekitar 2 hari dari tarikh pembelian. Sila lihat jadual pembayaran komisen.

2) Bayaran refund hanya sah untuk harga produk/servis sahaja. Manakala processing fee tidak akan di refund.

3) Setiap jualan yang terhasil, ada kos di belakangnya (sama ada di pihak agen affiliate atau JV Warrior). Jesteru itu, refund hanya akan diberikan jika produk/servis yang diterima tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak seller sahaja. Jika segala penerangan telah diberikan, tetapi pelanggan tetap beli dengan harapan (expectation) yang melebihi daripada apa yang dinyatakan, ia tidak termasuk dalam jaminan refund jika berlaku ketidakpuasan hati di kemudian hari.

Permohonan refund boleh dilakukan dengan cara menghubungi pihak JVWarrior untuk pembelian kurang 2 hari (klik sini). Maklumkan kepada kami Nombor Invoice dan juga alasan untuk refund. Sekiranya pembelian telah melebihi 2 hari, pelanggan haruslah memohon refund secara terus daripada pihak Seller yang berkenaan (klik sini). Seller berhak untuk refund, tidak refund, refund sebahagian atau refund sepenuhnya bergantung kepada budi bicara dan juga polisi mereka. Ia di luar tanggungjawab pihak JV Warrior.

Komisen agen Affiliate akan turut di refund (jika terlibat) dan ia akan ditolak daripada komisen pada masa akan datang. Manakala processing fee TIDAK AKAN di refund kepada seller sekiranya seller bercadang untuk refund kepada pelanggan selepas tamat tempoh yang telah ditetapkan (setelah komisen dibayar) seperti yang dinyatakan di atas.

NOTA – Untuk menjaga kebajikan pihak Seller dan pihak JV Warrior sendiri, mana-mana pelanggan yang memohon refund melebihi 3 kali tanpa alasan yang kukuh boleh disenarai hitam daripada platform ini.