13) F.A.Q (soalan lazim)

Di bawah ini adalah soalan-soalan lazim yang saya telah sediakan untuk rujukan anda. Moga ianya bermanfaat:

1. Siapa Founder/ orang yang mencipta OYOROOMS?

– OYO adalah sebuah projek yang dibangunkan oleh Ritesh Agarwal, seorang anak muda yang berasal dari India. Inisiatifnya lebih kurang sama dengan AirBNB.


**Artikel di bawah telah ditulis oleh rakan saya, Tuan Faridzul Asyraf Mat Ariffin

OYO : Bagaimana daripada 100 000 USD kepada 10 Billion USD (100k kali ganda)


Pada tahun 2013, semasa berumur 19 tahun, Ritesh Agarwal telah mengikuti satu program accelerator dibawah founder paypal yang mana 10 start up yang mempunyai idea disruptive dari seluruh dunia akan menerima fund permulaan sebanyak USD100,000 


Ketika itu idea Agarwal adalah sama seperti AirBnB.

Setelah mendapat fund permulaan, dia melihat busines model menyewa rumah tidak ada market di India tempat kelahirannya.


Tetapi ada satu masalah yang sangat ketara iaitu hotel budget di India:

Kebanyakan hotel budget di India tidak memenuhi kriteria hotel budget bagi traveller yang budget. Ada yang ok, ada yang tak ok.


Disebabkan mahu selesaikan masalah ini, OYO yang asalnya website listing yang menyenaraikan budget hotel di India telah menukar bisnes model mereka kepada pajakan beberapa bilik di hotel menggunakan jenama mereka dan mereka menjual balik kepada pelanggan


Pelanggan yang menempah Oyo Room di budget hotel akan mendapat pengalaman yang sama walaupun di hotel yang berlainan


Inilah kekuatan Oyo Room – Expectation


Salah satu value yang mahal adalah kita dapat memenuhi expectation pelanggan. Seolah kita meniaga makanan, pelanggan ke restoran kita tahu yang makanan akan sampai dalam masa kurang 5 minit dengan senyuman manis waitress. Jika dapat tackel masalah ini, memang akan cepat berkembang!


Oyo Room bermula dengan room service, wifi connection dan katil yang sama di hotel yang berlainan. Sebab itu pelanggan mereka bertambah dengan sangat pesat dan 2/3 daripadanya adalah return customer.


Data inilah yang menarik minat Soft Bank dan 11 pelabur lain untuk invest di dalam OYO. AirBnB juga invest dalam syarikat ini.


Dengan dana 1.7 Billion yang diperoleh, apa yang OYO lakukan adalah merekrut tenaga pakar IT.

Tahun 2018 sahaja mereka mempunyai 700 pakar IT yang bekerja untuk bangunkan OYO bukan sekadar apps tetapi kepada syarikat berteknologi merangkumi IOT, Machine Learning dan pelbagai lagi yang akan memudahkan hotel owner dan juga pelanggan


Bergerak ke hadapan, kini OYO sudah berada di banyak tempat termasuk Malaysia.

Business model juga sudah berubah apabila bilis sudah menjadi jerung, kini bukan mereka memajak bilik tetapi hotel pula minta untuk menjadi franchise mereka


Terbaru founder sendiri telah membeli 20% shares daripada VC sebanyak 2B menjadikan valuation OYO kini adalah 10B. Pegangan Agarwal kini 30% dan dia bebas untuk memacu OYO kedepan lebih maju dengan style dia sendiri.

Baca lagi investment lain yang dibuat oleh syarikat lain ke dalam OYO:

– https://www.thevocket.com/grab-sah-buat-pelaburan-rm416-juta-pada-hotel-bajet-oyo/?fbclid=IwAR21J33NY8_LQ-7nbLGaiNbdfVb3YeI_OSWVBSNahv2io7Kkgds8uRDlxEE

2. Adakah OYOROOMS ni sebuah perniagaan yang “VALID”?

Di India sahaja, OYO memiliki lebih dari 40,000 bilik penginapan pada tahun 2016. Sekarang sudah 2019, OYO sudah pun mula mengembangkan perniagaannya di serata dunia.

3. Sudah berapa lama OYO mula bertapak di Malaysia?

Jika anda tanya saya, saya akan jawab tahun 2016.

Waktu itu, OYO masih belum lagi memiliki plan marketing sehebat sekarang.

Saya masih lagi menyimpan email iklan mereka bersama GroupOn yang bertarikh 3hb Ogos 2016:

4. KONSEP OYO.

Kenapa OYO memberikan harga penginapan yang rendah dari pesaingnya?

Sebab marketing OYO lain dari yang lain.

 


Konsepnya lebih kurang begini:

– Kenapa pemilik hotel perlu menunggu weekend yang hanya 2 hari itu (Sabtu dan Ahad) sahaja untuk dapatkan “full booked”?

– Sedangkan mereka ada lagi 5 hari untuk memenuhkan bilik hotel yang ada (Isnin… Selasa.. Rabu.. Khamis dan Jumaat?

– Mengapa tidak diberikan sekali diskaun untuk 5 hari baki yang ada?

– Bukankah masih ada ramai lagi mereka yang ingin menginap di hotel pada hari weekdays atas urusan kerja?”

Dengan OYO, pemilik hotel cuma perlu jaga kualiti kebersihan bilik… urusan yang lain seperti marketing dan promosi, OYO yang akan handle. Kedua-dua pihak boleh mendapat keuntungan.

“You do your part, i do my part. Let's do it together!”


OYO akan menyasarkan jualan atau sales rakan strategik niaga mereka (pemilik hotel / apartment / rumah) dalam masa 6 bulan.

Kenapa OYO tidak menyasarkan hotel 5 bintang sebagai rakan strategik mereka?


Sebab untuk hotel 5 bintang, mereka mempunyai “expectation” terhadap harga mereka sendiri.

Mustahil untuk menginap di hotel 5 bintang pada harga 1 malam RM50 ringgit.

Dan lagi satu, adakah anda rasa hotel 5 bintang akan MENGIKUT kehendak OYO untuk turunkan harga mereka… selari dengan harga yang OYO minta?

Tentunya TIDAK.

Kita sendiri tak mampu untuk menginap di hotel 5 bintang, kenapa pula kita minta OYO hotel 5 bintang???

Kalau kita seorang yang mampu untuk duduk di hotel 5 bintang setiap kali bercuti… kita takkan beli Panduan Hotel ini.

Ini yang kita kena faham.

OYO bukan setakat PENYEDIA ONLINE BOOKING yang hanya sediakan platform untuk membuat tempahan… TAPI OYO LEBIH dari itu.

OYO ada “bahagian” dalam bilik tidur sesebuah hotel/unit penginapan sedangkan platform lain HANYALAH SEKADAR platform sahaja.

Sebab itulah OYO ada HAK dalam sesetengah isu yang melibatkan HARGA BILIK.

**********************************

Beza OYO dan Penyedia Platform Yang Lain.

Kalau anda ada masalah BILIK setelah buat booking dengan penyedia lain, adakah anda BOLEH CALL DIRECT kepada penyedia booking tersebut?


Contoh (contoh sahaja ya):

Jika anda membuat booking melalui penyedia lain, dan setelah check in anda lihat BILIK TIDUR sangat teruk.. adakah anda boleh call direct ke penyedia lain itu dan membuat complaint?

Penyedia lain hanyalah sekadar platform untuk anda membuat booking sahaja. Lebih dari itu, mereka tiada kaitan.

Kalau ada pun, pelanggan boleh memberikan rating yang rendah sebagai tanda tidak puas hati.

Tapi dengan OYO, jika anda tidak puas hati dengan keadaan BILIK, anda boleh terus call OYO Helpline dan minta untuk tukar bilik… atau tukar hotel yang berdekatan.

Jelaskan?

Jadi jangan samakan OYO dengan penyedia online booking yang lain.

Malah senarai hotel dan apartment yang ada dalam apps OYO juga tak semestinya sama.

Mungkin juga anda tak puas hati kenapa senarai hotel yang ada dalam apps OYO lebih sedikit dari apa yang ada pada penyedia platform yang lain.

Tapi percayalah… OYO hanya akan list nama sesebuah hotel tu hanya JIKA pihak hotel tersebut bersetuju dengan harga dan terms yang diberikan oleh OYO.


Kenapa jadi macam tu sekali?

Ehhhh… bukankah kita semua NAK harga bilik penginapan yang murah selama ini… kan?

Jadi apa yang kita perlukan ada BILIK yang selesa dan murah, bukan BINTANG yang ada pada hotel tu.

Sebab itulah dalam memenuhi KEHENDAK KITA, OYO hanya akan bekerjasama dengan hotel yang bersetuju untuk meletakkan harga yang murah mengikut harga OYO.

Bagaimana keadaan luar hotel tu, bagamana keadaan lobi hotel tu… ada swimming pool atau tidak, ada lift atau tidak, ada gymnasium atau tidak… itu memang diluar kuasa OYO.

Facilities adalah tertakluk kepada OWNER atau PEMILIK penginapan. Yang OYO titiberatkan adalah BILIK TIDUR (kita bukan tidur di swimming pool atau di gym).

Malah anda juga boleh menjadi partner OYO. Jika anda ada unit kediaman yang hendak disenaraikan dalam apps OYO, hubungi sahaja pihak OYO.

Dan jika anda mempunyai rumah banglo siap dengan swimming pool, maka beruntunglah pengguna OYO yang lain sebab dapat menginap di rumah anda yang cantik pada harga murah.

Secara ringkasnya… apa yang OYO lakukan ialah, dari “berlawan” harga dengan seekor “harimau” besar (hotel 5 bintang), baiklah bekerjasama dengan 1000 “kucing” (hotel budget dan hotel 1-2 bintang).

Setiap segmen dalam dunia perhotelan/penginapan ada pelanggannya yang tersendiri.

Selain dari itu kita juga kena jadi pelanggan yang bijak.

Katakan harga di apps OYO tiba-tiba lebih tinggi, anda bookinglah di bawah platform yang lain. Sebab platform yang lain juga ada masanya, mereka akan buat promosi untuk melawan harga OYO.

Akhir kata… OYO tak perlu kacau “market” hotel 5 bintang sebab mereka ada marketnya yang tersendiri.

Dan market OYO itu adalah KITA SEMUA.

5. Selepas install apps OYO, berapa lama perlu tunggu untuk terus buat booking?

Tak perlu tunggu. Sebaik sahaja install apps, pilih hotel dan tarikh… boleh terus guna.

Jika ada sudah mempunyai OYO Money, ianya lebih berbaloi.

6. Ada limit booking untuk 1 transaksi? Contohnya kalau nak booking 10 bilik sekaligus… adakah ianya dibenarkan?

Saya rasa screenshot di bawah ini mungkin boleh membantu.

Saya pernah membuat tempahan penginapan untuk 3 bilik sekaligus:

7. Adakah akan dikenakan “charge” jika tempahan dibatalkan?

– Tidak.
Dengan syarat pembatalan hendaklah dilakukan SEHARI sebelum tarikh check-in.

Dalam erti kata lain, pembatalan tidak boleh dibuat pada hari yang sama anda check-in.

8. Booking telah dibuat pada tarikh lain, kemudian nak tukar ke tarikh lain. Adakah masih dikenakan charge?

– Tidak.
Pastikan pertukaran dibuat lebih awal dengan memaklumkan kepada pihak OYO.

Sila buat panggilan kepada careline OYO yang bertugas untuk urusan lanjut.

9. Boleh ke jual bilik hotel yang sudah dibayar menggunakan apps OYO pada harga sendiri?

– Adalah sangat TIDAK digalakkan untuk anda berbuat demikian kerana risiko untuk berlaku perselisihan faham sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda kerana saya sendiri pernah memberikan bilik saya pada orang lain disebabkan saya terpaksa batalkan di saat akhir atas faktor kerja. 

Cuma bezanya waktu itu saya tak jual… saya kasi free pada orang tersebut.

10. Jika pembayaran telah dibuat lebih awal, dan pertukaran juga telah dimaklumkan awal, adakah pelanggan berhak dapat refund?

– YA.
Jangan risau… wang akan di kembalikan ke akaun anda dalam masa 7-14 hari waktu bekerja.

Tapi jika anda membuat pembatalan yang lewat (pembatalan terakhir adalah 1 hari sebelum tarikh check-in), wang anda tidak akan dikembalikan.

Sebab itulah juga saya lebih suka membuat pembayaran penginapan apabila tiba di hotel.

 

Walaubagaimanapun, bagi booking yang cukup rendah bayarannya seperti promo hotel RM7, RM9, RM19… atau yang bawah RM30… saya lebih prefer untuk BAYAR ON THE SPOT melalui APPS OYO (kerana bayarannya tidak tinggi).

Kenapa?

Kerana bayarannya rendah (tidak membebankan).

Jadi kalau saya tak dapat pergi pun, saya tak rasa rugi sangat. Paling tidakpun, saya boleh sedekah penginapan saya itu pada orang lain.

Walaubagaimanapun, elakkanlah buat andaian:

“alaa… bolehlah, sebab bayar bilik murah”

Sebenarnya ini bukan isu harga bilik, tapi ini isu jenis BILIK.

 

Kalau RM19 itu saya bayar untuk Family Suites, keluarga mana yang tak suka bila dapat menginap di bilik yang sebegitu luas… betul?

Maknanya waktu promosi tu saya berjaya grab bilik Family Suites pada harga RM19.

So bayaran RM19 itu boleh diletak di tepi… yang penting adalah KEADAAN BILIK HOTEL yang saya booking.

Itu sahaja.

11. Selain Malaysia, adakah OYO juga sedang mengembangkan kemudahannya di negara lain serata dunia?

– YA.
OYO ada di serata dunia. Kalau anda tak percaya, cuba taip negara luar selain Malaysia di dalam apps OYO.

Walaupun OYO berasal dari India, tapi  OYO memang sentiasa mengembangkan “wilayahnya” dengan lebih meluas.

Contohnya seperti di bawah ini, OYO sudahpun ada di Indonesia.

Begitu juga dengan Singapore, Thailand, Nepal, Vietnam dan banyak lagi termasuk Dubai.


Jeddah pun OYO dah”masuk”:

Untuk mereka yang suka berbelanja di China, OYO sudahpun mensasarkan wilayahnya ke tanah besar China!!


Sebenarnya, anda adalah saksi yang melihat perkembangan OYO setiap hari di depan mata.

Semakin banyak bilik OYO yang masuk dalam list, semakin banyak PROMOSI yang OYO akan lakukan.

Jadi bersedialah untuk “grab” semua tawaran yang bakal tiba!!

12. Apa beza Referral Link di apps OYO dan Affiliate Link di web JVWarrior.com?

– Sila tonton video di bawah:

13. Apa lagi yang patut anda TAHU mengenai OYO?

– Sila lihat screenshot di bawah beserta LINK asli berita tersebut:

Di Indonesia, OYO sudahpun menambahkan lagi 500 bilik hotel di sana. Baca info selanjutnya di sini:

https://www.wartaekonomi.co.id/read221930/ekspansi-ke-52-kota-di-indonesia-dalam-5-bulan-oyo-klaim-sudah-punya-500-mitra-pemilik-properti.html

 

Sekarang lihat pula berita yang LEBIH GEMBIRA di bawah:

AIRBNB pun nak  melabur dalam OYO.

Kalau bisnes OYO tak bagus, mesti tak laku… tapi disebabkan OYO memegang peratusan dan penguasaan yang agak tinggi dalam industri ini, maka AIRBNB sangat berminat nak melabur dalam rangkaian OYO.

Bermakna di masa hadapan, kemungkinan untuk kita mempunyai lagi banyak pilihan penginapan sangat tinggi… siapa tahukan???

Baca info selanjutnya di sini:

https://techcrunch.com/2019/04/01/airbnb-oyo-investment/

Jangan takut atau khuatir mengenai OYO lagi… hanya dengan OYO sahaja kita boleh mendapat penginapan yang berbaloi.

Kita bukan orang kaya, jadi gunakanlah peluang yang OYO berikan untuk “save” lebih banyak dari yang biasa kita belanjakan!!

13. Kenapa ada sesetengah OYO Hotel dan OYO Home yang “hilang” dari list OYO?

 

Kita semua sedia maklum semua aset seperti HOTEL / APARTMENT / KONDO / BUNGALOW dan apa sahaja yang berada di dalam apps OYO BUKANLAH milik OYO 100%.

 

Senarai penginapan yang ada di dalam apps OYO adalah hasil KERJASAMA antara pemilik pusat penginapan bersama OYO.

Anda juga boleh menjadi partner OYO jika mempunyai aset yang boleh diusahakan bersama dengan pihak OYO.

 

Jika  anda melihat tiba-tiba penginapan yang anda nak bermalam itu TIADA dalam apps, ada beberapa kemungkinan yang sedang berlaku:

 

1. Kontrak antara pemilik penginapan dan OYO dah tamat, belum diperbaharui.

 

2. Pemilik pusat penginapan tidak maku sambung kontrak.

 

3. OYO mengeluarkan mereka dari senarai pusat penginapan kerana ada isu perlanggaran kontrak seperti masalah kebersihan hotel yang tidak diatasi dengan baik dan seumpamanya.

 

UPDATED!!

14. Kalau saya nak booking penginapan di luar negara, bagaimana?

Apa yang akan terjadi pada jumlah duit dalam eWallet saya?

Baiklah…. sila tonton video di bawah ini (maaf suara agak tenggelam):

 

 

UPDATED!!

15. Kenapa kebanyakan SCREENSHOT dalam Panduan Hotel ini TAK SAMA dengan apa yang ada dalam APPS OYO anda sekarang ini?

 

Sebab apps OYO sangat PANTAS untuk diupgrade dari masa ke semasa.

Panduan ini disiapkan pada tahun 2018. Jadi seharusnya mesti ada di antara anda yang PELIK kerana apps yang anda guna sekarang ini LANGSUNG TAK SAMA rupa bentuknya dengan yang ada dalam panduan ini.

Kemudian hari demi hari, apps OYO di upgrade mengikut kehendak semasa.

2019… terlalu banyak perubahan dan bentuk yang telah di upgrade oleh team IT dari pihak OYO.

Contohnya:

Akhir bulan Ogos 2019 kelmarin ramai yang “agak pening” kerana mereka tidak dapat melihat di manakah harga discount “Price Drop” untuk setiap penginapan.

Sekali imbas nampak macam “dah takde” tapi sebenarnya ada.

Sila lihat VIDEO yang telah saya kongsikan di dalam group support kita di sini:

https://www.facebook.com/ijadjohorian/videos/10212081298307783/

2020… lagi banyak perubahan yang diupgrade kerana apps OYO WAJIB mengikut spesifikasi Android version yang telah ditentukan oleh Google Playstore serta iOs (pengguna iPhone).

 

 

UPDATED: OYO HOME PADA WAKTU PKP!!

16. Kenapa kebanyakan OYO Home semuanya tidak tersenarai dalam apps (sejak bermulanya PKP)?

Kenapa semua OYO Home SOLD OUT?

Soalan ini telah menghantui semua pengguna OYO (kita semua).

Sejak PKP ini, tidak semua sektor pelancongan boleh dibuka serentak.

Bermula dengan penutupan hotel… penutupan resort…. penutupan homestay. 

Kemudian selepas PKP ke-4 dan bermulanya PEMULIHAN Covid-19, barulah kerajaan memberikan kelonggaran seperti pembukaan semula hotel… kemudian kebenaran mandi di swimming pool… lepas tu pembukaan taman tema dan seumpamanya, semuanya dibenarkan secara berperingkat atas faktor keselamatan.

Jadi kelmarin saya terus membuat panggilan ke OYO Careline dan ini adalah jawapan kepada persoalan yang telah lama timbul.

Harap rakaman audio bersama OYO staff ini dapat memberikan penjelasan yang lebih kepada kita semua.

 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi saya beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan saya memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik