4) Apps OYO

Haaaaa… inilah Apps yang saya maksudkan sejak dari mula tadi… iaitu OYO!

Mungkin ada yang dah tahu apps ini dan mungkin ada yang belum tahu. Mungkin juga ada yang dah guna tapi belum explore sampai habis. 

Tidak mengapalah, saya akan terangkan kepada anda satu persatu berdasarkan pengalaman saya.

4.1 Apps OYO

Kalau dilihat dari kriteria dan fungsi “online booking” untuk penginapan di hotel, fungsi Apps OYO ni sama saja dengan pesaingnya yang lain.

Maksudnya kalau kita selalu guna apps untuk booking bilik hotel, di bawah ini adalah steps ringkas yang biasa kita lakukan:

1. Pilih hotel, pilih tarikh dan pilih jenis bilik.
2. Buat booking dan buat pembayaran.
3. Check-in pada tarikh yang anda sendiri tentukan.
4. Check-out dan ambil semula deposit.

Cuma ada satu KELAINAN pada apps OYO ini yang tiada pada pesaingnya iaitu dalam apps OYO ada satu “wallet monet” yang dinamakan sebagai OYO Money.

4.1 OYO Money

Apa itu OYO Money?

OYO Money merupakan “duit maya” yang disimpan dalam wallet akaun OYO anda. Ia boleh digunakan untuk membayar dengan cara “menebus” harga penginapan di hotel yang ada di dalam senarai.

OYO memberikan anda PELUANG untuk menambah “wallet money” tersebut dengan cara mempromosikan “referral link” yang ada dalam apps anda.

Maknanya jika anda perkenalkan apps OYO ini kepada orang lain dengan mengggunakan “referral link” anda, dan mereka pun install apps OYO… anda akan direward sebanyak RM50.00 OYO Money sebagai tanda penghargaan mempromosikan Apps mereka.

Bagaimana cara untuk dapatkan “referral link”?

Sabar… semua tu ada saya terangkan pada bab yang seterusnya.

Tapi kenapa OYO memilih konsep “referral link” sebagai tools pemasaran?

Sebab jika ramai yang download apps mereka, semua PROMOSI terkini dapat disalurkan dengan TEPAT (targeted customer) melalui “notification” yang akan terpapar di phone kita.

Itu bermakna mereka dapat menjimatkan berjuta ringgit kos untuk marketing dan juga pengiklanan (advertising).

“Macam best je dengar cerita pasal OYO Money ni. Boleh terangkan lagi?”

Boleh…. sekarang lihat cara mudah untuk mengira OYO Money anda:

Rakan anda install apps OYO melalui “referral link” anda, anda dapat RM50.00.

Kalau 10 orang install, anda dapat OYO Money sebanyak RM500.00!
Simple’kan?

Lihat screenshot di bawah (tertulis di situ REFER OYO & GET RM100):

Apabil rakan anda install app OYO dari referral link anda, mereka akan dapat RM50 dan anda juga akan dapat RM50!

TAPI, OYO MONEY BUKANLAH DUIT YANG BOLEH DITUNAIKAN!!

OYO Money HANYA boleh digunakan untuk “menebus” kos penginapan hotel yang ada tersenarai dalam apps OYO.

Bermaksud bila anda buat booking atau tempahan, OYO Money ini boleh digunakan untuk penjimatan jika hotel itu tersenarai untuk penebusan.

Tahukah anda?

Hari pertama saya promosikan ”referral link” di wall FB, saya berjaya mengumpulkan sebanyak RM450.00 (RM428 setelah ditolak penggunaan untuk bermalam di hotel) … TANPA KOS!

Betul, saya tak gunakan duit saya walau seposen pun.

Kemudian ianya semakin meningkat… dan terus meningkat (rujuk gambar di bawah – maaf kerana screenshot ini diambil dari app, tidak boleh dibesarkan lagi).

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara PENTING yang anda PERLU TAHU mengenai OYO Money:

1. OYO Money tidak boleh dipindah milik.

2. OYO Money tidak boleh ditukar kepada CASH atau TUNAI.

3. OYO Money mempunyai LIMIT maksimum penggunaan RM2000 sebulan. – Baki selebihnya akan dibawa ke hadapan.

4. OYO Money mempunyai VALIDITY selama 2 bulan – Cara untuk extend OYO Money ada diterangkan dalam panduan ini.

5. OYO Money TIDAK BOLEH DITEBUS untuk keseluruhan booking melainkan di bawah promosi RM1 atau FREESTAY.

– Setakat hari ini, peratusan paling tinggi OYO Money boleh ditebus per 13 booking adalah setinggi 35% dari jumlah bersih (setelah di tolak Price Drop + Coupon)

*Ada juga sesetengah hotel tidak “applicable” untuk OYO Money (bergantung pada promosi).

PERHATIAN!!!

UPDATED (15hb Mei 2019) !!!

 

OYO telah upgrade apps mereka dan yang terbaru, JUMLAH OYO Money anda TIDAK LAGI DIPAPARKAN seperti sebelum ini.

Sebaliknya, OYO telah menunjukkan NAMA mereka yang install apps OYO di bawah (rujuk screenshot di bawah) .

Insentif untuk referral juga telah dinaikkan. Mereka yang download menggunakan  referral link anda akan mendapat RM100, bukan RM50 lagi!!!


RM50 x 2 = RM100
RM50 apabila mereka INSTALL APPS (Signed In) dan RM50 untuk CHECK-OUT (booking kali pertama).

Menarik bukan???

Lihat screenshot ini:

Dengan adanya paparan NAMA mereka yang install apps OYO di bawah anda sekarang (seperti gambar di atas), rujukan anda akan menjadi LEBIH MUDAH!!

UPDATED!!
Terdapat perubahan lagi pada OYO Money selepas bermulanya Pandemic Covid-19 seluruh dunia.

Sambungan kepada perubahan OYO Money selepas PKP ini ada diterangkan di dalam bab 11.

Tapi anda tak perlu risau, teruskan membaca dulu ya…. tenang.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi saya beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan saya memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik