28) Manual Close Sale

Manual close sale adalah aktiviti reply soalan yang prospek tanya secara manual. Manual close sale dapat lebih meyakinkan prospek dengan panduan. Proses jual beli panduan akan menjadi lebih cepat hasil keputusan info dan detail lebih lanjut berkaitan panduan.

Manual close sale biasanya dibuat pada waktu lapang sebab akan amik masa yang lama untuk sesi soal jawab bersama prospek. Prospek yang masuk bertanya berada dalam keadaan berminat untuk dapatkan panduan tetapi ada beberapa persoalan yang menjadikan keputusan membuat belian terbantut.

Manual Close Sale memerlukan kefahaman sepenuhnya berkaitan panduan untuk meyakinkan prospek membuat belian panduan.

Ada beberapa step yang ejen Viral guna pakai untuk process manual close sale. Di bawah ni antara beberapa step manual close sale yang boleh diguna pakai untuk memujuk prospek buat belian.

1) Intro + Soalan
– Prospek akan masuk ke inbox untuk bertanya,admin perlu menjawab soalan dan berikan info Panduan.

2) Detail + Gambar
– Berikan detail peneranga berkaitan panduan. boleh sertakan gambar-gambar testimoni atau bukti untuk meyakinkan prospek.

3)Solution/Cara
– Prospek ada masuk untuk bertanyakan macam mana cara dan admin perlu berikan solution untuk pertanyaan. Sebagai contoh, cara untuk mendapatkan panduan. Admin perlu guide prospek untuk buat belian.

4)Link Affiliate
– Part paling penting untuk sampaikan info pada prospek. prospek perlu baca terlebih dahulu web jualan dan dapatkan panduan.

5)Urgency
– Sebagai seller Panduan, boleh menawarkan bonus special untuk prospek yang membuat belian. Penerangan detail berkaitan bonus special akan diterangkan dalam bab Boost Sale

APPs Untuk Simpan Skrip di Telefon

Untuk kemudahan manual close sale, boleh sediakan skrip jawapan untuk reply kepada prospek. Skrip akan terhasil dari soalan dan jawapan yang berulang kali. Ada juga pemilik panduan yang sediakan Skrip Close Sale untuk kemudahan affiliate, perlu dapatkan pengesahan dari pemilik panduan atau owner platform.

Dibawah ni adalah APPs untuk kemudahan menyimpan skrip dan hanya copy and paste untuk menjawab soalan prospek.

Iphone = Phraseboard
boleh download di Apps store.

Android = Clipper @ Clipboard
boleh download di Play Store

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik