POST MORTEM

 

Jom kita sama-sama buat post mortem pada copywriting ini supaya lebih faham dan boleh terus apply apabila habis baca bab ini.

 

HEADLINE:

 

Headline yang digunakan adalah headline yang tergantung. Ia menimbulkan persoalan macam mana, bagaimana, apa dan kenapa kepada audience.

 

Headline yang menarik dan timbulkan tanda tanya seperti ini akan buat audience lebih nak tahu, tambah lagi topik holiday kan.

 

Perhatikan perenggan 1 dan 2. Dua perenggan ini menceritakan tentang diri dan masalah.

 

Masalah:

  • Harga hotel mahal
  • Banyak kena spent duit untuk holiday

 

Tentang aku;

  • Gaji bulan cukup-cukup makan je
  • Tak cukup duit untuk bayar macam-macam
  • Setahun sekali je boleh holiday

 

Bila anda mulakan copywriting dengan masalah dan tentang aku ini, ia akan buat audience yang baca faham situasi dan apa masalah yang anda hadapi.

 

Perenggan 3 dan 4 pula menceritakan tentang cari jalan keluar kepada masalah itu.

 

Ada seorang blogger ajar aku…memang menjadi

 

Bila ada masalah, kita semua tentu akan cari jalan untuk keluar dari masalah itu. Dan masalah kepada hotel yang mahal adalah cari yang murah.

 

Anda perlu tulis satu persatu dan pastikan ada kaitan antara setiap perenggan supaya audience rasa seronok dan makin nak tahu.

 

Perenggan 5 pula menceritakan tentang suggestion.

 

Sesuai untuk kaki travel….

 

Suggestion atau cadangan ini akan buka minda audience bahawa sebenarnya hotel ini bukan sahaja untuk holiday, tapi ada juga orang yang book hotel untuk tujuan lain.

 

Perenggan ke 6, adalah tentang solution.

 

Buat je macam yang blogger ni ajarkan…tak payah pening-pening

 

Bila ada kita dah mulakan dengan bercerita tentang masalah, pastikan kita akhirkan dengan bagi solution kepada masalah itu.

 

Info solution pula ada dalam perenggan ke 7 iaitu Call To Action (CTA).

 

Untuk CTA – Dalam Ejen Viral, kita gunakan 3 CTA. 1 CTA nyata dan 2 lagi CTA yang diberikan secara halus kepada audience.

 

CTA nyata adalah pada perenggan ke 7 iaitu tinggalkan komen ‘nak'. CTA ini sangat penting untuk pastikan post anda viral berpanjangan.

 

Manakala 2 CTA yang secara halus ialah SHARE dan TAG.

 

Dalam post viral, kita akan gunakan ayat yang berlapik dan tidak mendesak untuk minta audience share dan tag.

 

Aundience akan follow arahan kita tanpa sedar dan secara rela hati. Ini akan bantu viralkan lagi post kita. Refer pada p/s dalam copywriting kat atas ya.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik