FORMAT POST VIRAL

Dalam topik sebelum ni kita belajar tentang bagaimana cara untuk buat post viral. Anda juga sudah tahu apa bahan yang diperlukan untuk hasilkan post viral.

 

Dalam topik ini, saya akan kongsikan tentang apa elemen penting yang anda perlu tahu untuk sediakan bahan-bahan tersebut.

 

Kita mulakan dengan video.

 

VIDEO

 

Video mainkan peranan yang sangat penting untuk tarik perhatian audience yang lihat atau baca posting kita.

 

Jadi, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan untuk pastikan video yang disediakan dapat penuhi selera mata dan juga telinga para penonton.

 

Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah setting untuk merakam video. Tak tahu cara nak setting, memang tak jadi lah video anda nanti!

 

1) Rakam Video secara melintang

 

Semasa proses merakam video, pastikan anda rakam secara melintang atau landscape.

 

Ini adalah untuk pastikan video itu berada di bahagian atas dalam susunan semasa upload di Facebook.

 

Apabila anda sudah tahu cara yang betul untuk rakam video, perkara seterusnya pun akan jadi tugas anda. Apa tugasnya?

 

2) Rakam video secara sendiri

 

Anda tidak perlukan videographer yang professional untuk dapatkan 1 video untuk post viral.

 

Gunakan kapasiti sedia ada dalam syarikat untuk hasilkan video ini. Anda boleh dapatkan bantuan daripada team / staf untuk mudahkan proses rakaman.

 

Ini dapat jimatkan kos kerana anda tidak perlu bayar upah kepada orang lain.

 

Selepas video sudah berjaya di rakam dengan baik, anda perlu pastikan ia adalah user-friendly untuk semua audience.

 

Apa yang perlu ditambah dalam video?

 

3) Masukkan subtitle dalam video

 

Subtitle dalam video adalah sangat penting untuk ditayangkan terutamanya untuk mereka yang tidak dapat mendengar ataupun tidak dapat aktifkan speaker button.

 

Jadi dengan adanya subtitle, ia dapat bantu mereka untuk fahami apa mesej / content yang anda cuba sampaikan di dalam video itu.

 

Subtitle boleh dimasukkan menggunakan handphone ataupun laptop.

 

Jika anda gunakan handphone, antara apps yang boleh digunakan ialah;

1. Iphone – Filmstory

2. Android – Filmora

 

Untuk laptop pula, anda boleh gunakan apps screencast o matic atau apa sahaja editor yang anda selesa dan biasa gunakan.

 

Apa yang paling penting ialah anda perlu pastikan kualiti video yang disediakan adalah terbaik. Rakaman video dan audio adalah jelas dan subtitle bergerak seiring dengan bunyi suara.

 

Sebelum video di upload ke Facebook, pastikan setting upload video pada handphone anda adalah dalam mode “UPLOAD HD”.

 

GAMBAR   Gambar pun sama pentingnya seperti video. Ada perkara-perkara penting yang perlu anda tahu sebelum masukkan gambar ke dalam post.   Antara perkara yang perlu anda tahu ialah;   1) Gambar mesti jelas dan cantik   Gambar yang nak diguna pakai untuk post viral mestilah jelas dan cantik. Ini penting untuk menarik perhatian audience.   2) Gambar self shoot / selfie   Gambar boleh self shoot atau selfie sahaja kerana gambar yang nampak natural ini lebih menarik.   Jadi, anda sudah jimat kos di sini sebab tak perlu upah orang untuk jadi photographer.   3) Masukkan caption / blurkan gambar   Untuk buat gambar lebih menarik, kita boleh masukkan caption atau boleh juga blurkan sesetengah bahagian gambar.   Ini akan buat audience tertanya-tanya dan rasa nak tahu apa yang ada disebalik gambar itu.

Ini adalah contoh gambar yang di blur kan di bahagian tertentu untuk tarik perhatian audience.

 

Caption yang power juga dapat bantu untuk buatkan audience rasa ingin lebih tahu.

 

Perhatikan caption dalam gambar kat atas. Perkara yang di highlight adalah “Tanpa pakai Fb Ads”.

 

Jadi untuk yang pengguna tegar FB Ads, mereka akan rasa nak tahu. Sebab kalau guna FB Ads untuk dapat 10 ribu komen seperti ini, mahu 5 angka juga kos yang perlu dilabur.

 

COPYWRITING

 

Sebelum anda siapkan satu copywriting yang berpengaruh dan dapat tarik perhatian prospek atau audience untuk beli produk, anda sebagai seller mestilah bersedia dengan perkara-perkara ini. Antaranya ialah;

 

1) Faham tentang produk

 

Bila anda nak jual sesuatu produk, perkara pertama yang perlu buat adalah fahamkan tentang produk. Anda perlu faham dari segi;

  • Fungsi produk
  • Kelebihan produk
  • Kebaikan produk

 

Adakah 3 perkara di atas dapat bantu untuk selesaikan masalah prospek anda?

 

Di sini anda perlukan bukti untuk jawab persoalan prospek. Jadi anda perlu persiapkan diri dengan ilmu tentang produk yang dijual.

 

Ini sangat penting supaya mudah untuk anda  jawab soalan apabila prospek bertanya tentang produk.

 

2) Kenalpasti prospek secara umum

 

Pada headline kita akan tuju kepada umum supaya ramai orang yang tertarik dan baca copywriting kita.

 

3) Kenalpasti targeted prospek

 

Dalam content barulah kita masukkan tentang targeted prospek.

 

Contoh headline umum:

 

Contoh 1:

MACAM NI CARA AKU DAPATKAN MUKA LICIN DALAM MASA 3 HARI SAHAJA.

 

Apa akan jadi kalau headline kita berbunyi macam contoh 2 ni?

 

Contoh 2:

MACAM NI CARA AKU HILANGKAN JERAWAT DALAM MASA 3 HARI SAHAJA.

 

Untuk headline dalam contoh 2 ini, hanya orang yang ada masalah jerawat sahaja yang akan baca. Tetapi untuk headline dalam contoh 1, semua orang yang nak muka licin akan baca.

 

Tak kiralah sama ada mereka ada jerawat, jeragat atau parut. Mereka semua akan tertarik untuk lihat dan baca copywriting yang gunakan headline 1.

 

Sekarang anda sudah jelas kan macam mana nak buat satu copywriting yang bermula dengan headline yang boleh tarik lebih ramai audience untuk baca.

 

Ingat ya, ia perlu bermula dengan headline yang general / umum.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik