POST VIRAL

Ini adalah contoh post yang telah dibuat oleh Shahrul untuk affiliate Panduan Export Mudah.

 

Jika sekali tengok gambar ini, apa yang first sekali yang anda semua nampak?

 

Komen, share dan like yang banyak kan?

 

Post kat atas berjaya viral dan telah reach kepada 2 juta lebih pengguna Facebook hanya dengan free marketing sahaja. Tak pakai fb ads langsung.

 

Buktinya, ada perkataan BOOST UNAVAILABLE.

 

So sekarang anda semua dah nampak kan, kenapa kita semua perlu buat post viral ni.

 

Tujuan utama viralkan post kita ialah supaya lebih ramai orang tahu tentang produk yang sedang kita jual ini.

 

Persoalannya, kat mana nak viralkan?

 

Untuk viralkan post, anda semua boleh pakai apa sahaja medium yang anda selesa. Anda boleh gunakan sama ada :

 

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Telegram
  • Youtube
  • Whatsapp

 

Tapi dalam panduan ini kami fokuskan kepada Facebook.

Apa yang kita nak sebenarnya daripada post viral ini?

 

Bila post dah go viral, maksudnya post kita dapat banyak komen, like dan share. 3 benda inilah yang akan bantu generate sale untuk kita, sama ada secara auto atau manual.

 

Dan bonus untuk kita apabila audience turut share post kita itu. Mereka tolong viralkan lagi post kita. Bila member dia tengok dan tertarik, member dia pula ikut sama share.

 

Kesannya, viral ni berterusan dan kita akan dapat lagi banyak reach yang menyumbang kepada like, komen dan share.

 

So, adalah sangat penting untuk kita buat satu post viral yang menarik dan boleh tarik perhatian lebih ramai audience. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik