3) Kajian Dan Pemilihan Produk

Kajian dan Pemilihan Product adalah perkara asas yang perlu dilakukan affiliate sebelum mempromosikan panduan atau sistem yang akan dijual. Sebelum membuat keputusan untuk menjual panduan, affiliate perlu tahu beberapa perkara penting.

Dalam bab Pemilihan ini, Ejen Viral akan kongsikan cara untuk cari Produk Affiliate, Cara memilih produk dan Pemilihan Owner Produk akan diterangkan lebih lanjut di bawah.

1) Cara cari Produk Affiliate.

Ada beberapa Affiliate Network dalam Malaysia yang menyediakan platform Affiliate. Antaranya ialah JV WARRIOR , KLIK JER , dan banyak lagi. Mereka ni adalah Owner Platform Affiliate yang menawarkan pendaftaran terbuka untuk menjadi Affiliate. Ada banyak panduan yang telah disediakan boleh dijualkan kepada prospek untuk affiliate mendapatkan komisen.

Jv Warrior ada menyediakan beberapa panduan yang boleh dijual dalam jangka masa panjang. Panduan Export Mudah dan Panduan Hotel telah dijual bermula awal 2019 dan masih mempunyai demand yang tinggi sehingga sekarang. Ini kerana panduan yang dikeluarkan oleh owner platform berganding bahu bersama owner panduan adalah panduan berbentuk Evergreen dari segi permintaan prospek.

klikjer.com juga merupakan platform affiliate, Klikjer mengumpulkan ramai penulis dan menerbitkan banyak panduan. Banyak pilihan produk dari pelbagai jenis niche boleh dijualkan pada prospek untuk mendapatkan komisen. 

Antara panduan yang dikeluarkan kelikjer.com ialah Panduan Bisnes Shopee, Panduan Bisnes Lazada dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan adalah kategory mampu milik, affiliate perlu buat kajian market terlebih dahulu sebelum memlilih produk yang ingin dijual.

Follow Individu yang selalu anjurkan program Affiliate.

Antara cara untuk cari produk affiliate yang ingin dijual, follow owner produk dan owner platform yang menawarkan panduan untuk dijual. Ada beberapa individu yang selalu menganjurkan program Affiliate antaranya

Hafizi Zain
– Panduan Part Time Shopee dan Panduan Borong Jepun hasil

Rahman Basri 
– Panduan Sistem Jualan Pro.

Azian Osman
– Panduan Shopee dan Cara Berbisnes

Khairul Hakimin Muhammad 
– Panduan motivasi 

Ismail Arshad
– Panduan Bisnes Shopee

Zainol Rashid
– Panduan Bisnes 

Wazeen Azizan
– Sociking

follow socialmedia mereka yang sering anjurkan program affiliate agar kita dapat join sebagai affiliate untuk merebut contest dan peluang. Ramai yang menawarkan reward Contest bagi mereka yang menjadi Top Seller jual Panduan.

Follow TOP – TOP Affiliate.

Ramai yang buat Bisnes Affiliate tidak menonjolkan diri mereka, mereka lebih suka buat secara underground. Antara Top Affiliate yang masih aktif dalam bisnes Affiliate ialah 

Mahmud Roslan
– Top Affiliate Panduan Jualan

Nur Alia Mohd Nor
– Top Affiliate Panduan Bijak Cukai

Ismail Nazaruddin
– Top Affiliate Panduan Part Time Shopee

Rashvin Singh 
– Top Affiliate Sociking

Naim Musthapa
– Top Affiliate Panduan Borong China

Nazrin Amin
– Top Affiliate Shopee Evo

Nama – nama besar yang sering muncul di carta Top Ranking Contest yang Dianjurkan Owner Panduan atau Owner Platform. Info terkini berkaitan jualan panduan boleh dapatkan lebih dari owner panduan dan owner platform affiliate.

2) Pemilihan Produk

Market Luas

Proses pemilihan produk memerlukan beberapa pemerhatian sebelum menentukan keputusan untuk menjual Panduan. Affiliate perlu memilih Panduan yang mempunyai Market yang luas untuk dijual.Untuk menentukan kajian Market yang Luas Affiliate boleh gunakan Teknik Survey dan Strategy bertanya pada 100  orang.

Dalam 100 Orang berapa ramai yang berminat nak dapatkan Panduan?

Berapa ramai yang akan buat belian panduan?

Affiliate perlu mengenal pasti permintaan dan kebolehan pelanggan untuk membuat belian. Sekiranya seramai 50 orang dari 100 orang berminat akan panduan yang dijual dan 10 Orang yang membuat belian, Affiliate boleh memilih panduan tersebut dan terus mempromosikan panduan sebab ramai orang memerlukan panduan tersebut.

Panduan yang uniq akan menjadi panduan yang dikejar prospek. Antara permintaan tinggi adalah Panduan Jana Pendapatan dan Panduan Berbisnes. 2 jenis panduan ini boleh dikatakan mempunyai tarikan tersendiri dari Prospek untuk dapatkannya.

Ada Database Besar atau Mudah untuk dapatkan Database dari Zero

Bagi mereka yang mempunyai Prospek atau Database pelanggan boleh diguna pakai yang sedia ada untuk mempromosikan panduan tetapi perlulah mengikut niche Prospek. Sebagai Contoh Databased mereka yang berminat dengan Panduan Bisnes di Shopee, boleh diguna pakai balik untuk mempromosikan panduan berkaitan dengan Jana Pendapatan dan Cara Berbisnes. Bagi Affiliate yang tidak mempunyai databased, Affiliate perlu memilih Panduan yang Mudah Viral untuk dipromosikan agar mudah dapatkan Prospek.

Komisen Berulang

Terdapat panduan yang membolehkan kita mendapatkan Komisen Berulang dari Pelanggan kita yang telah membuat belian. Komisen yang berulang boleh didapati dari panduan yang menawarkan Pakej Upgrade. Sebagai contoh, Panduan yang menawarkan Ebook dan Bengkel, Pelanggan yang membuat belian ebook boleh di pujuk untuk upgrade untuk dapatkan Pakej Bengkel. Dari belian Upgrade pakej Ebook ke Bengkel affiliate akan terima lagi sekali Komisen hasil customer Upgrade. Komisen Pertama diterima hasil Jualan EBook.

Ada Pengetahuan Tentang Produk Yang Nak Dipromote

Affiliate perlu mengutamakan panduan yang mudah difahami dan semestinya mempunya sedikit pengetahuan berkaitan dengan Panduan. Pengetahuan berkaitan panduan yang akan dijual dapat memudahkan kerja – kerja mempromosikan panduan. Untuk dapatkan pengetahuan, Affiliate boleh membuat belian panduan terlebih dahulu atau mendapatkan penerangan dari Pemilik Panduan. 

Perkara asas dan proses bisnes yang diajarkan dalam panduan dapat membantu affiliate dalam process educate prospek untuk membuat belian. Pentingnya pengetahuan agar segala pertanyaan dan masalah yang dihadapi prospek dapat dibantu Affiliate.

Ada Sediakan Group Support

Perkara paling penting sewaktu membuat pemilihan produk adalah memastikan Panduan yang dijual menyediakan Support Group untuk pembeli panduan. Support Group dapat mengurangkan kerja-kerja menjawab pertanyaan dari pembeli kepada affiliate, Affiliate boleh salurkan pembeli ke group support untuk dapatkan bimbingan dari Owner Panduan.

Panduan yang menyediakan SUpport Group adalah panduan yang akan menjadi pilihan utama Affiliate. Support group adalah Bonus Extra yang ditawarkan Owner Panduan untuk membimbing Pembeli. Support Group semestinya menjadi satu kemudahan pembeli untuk dijadikan rujukan dan tempat dapatkan talian hayat.

3.Pemilihan Owner Platform

Pemilik Panduan yang Dipercayai

Pemilihan Owner Platform sangat penting sebelum menjadi ajen affiliate, Owner Platform perlulah individu yang boleh dipercayai dan mempunya kepakaran dalam panduan yang di ajar dan mampu memberi bimbingan pada pembeli panduan.

Pemilik panduan yang menjadi pilihan affiliate adalah mereka yang membayar komisen cepat kepada affiliate. Ada platform yang menawarkan bayaran komisen 2 kali seminggu , setiap minggu atau sebulan 2 kali. Pemilik yang menawarkan pembayaran yang cepat dapat memudahkan kita mendapatkan hasil. Normal bagi setiap manusia akan lebih bersemangat apa bila cepat mendapat reward, maka lagi cepat komisen dibayar, itu lah pemilik yang terbaik.

Owner platform perlu mempunya kemahiran untuk menjawab segala persoalan dan pertanyaan pembeli, bantuan sepenuhnya diberikan untuk kemudahan affiliate. 

KAJIAN

Affiliate perlu membuat sedikit kajian  sebelum membuat keputusan pilihan produk. Antara kajian yang perlu dilakukan adalah Fahami Produk. Tujuan kajian dibuat untuk memastikan permintaan dan target prospek yang sesuai untuk ditawarkan mendapatkan panduan. 

Fahami Produk.

Tujuan untuk Affiliate Fahami Produk supaya mudah untuk affiliate buat dan sediakan bahan promosi. Untuk bahan Promosi affiliate boleh menyediakan sendiri jika dah fahami produk. Bahan sendiri atau self testimoni dapat lebih meyakinkan prospek untuk membuat belian.

Selain dari bahan sendiri atau self testimoni, Affiliate juga perlu boleh dapatkan Testimoni / sharing di group support sebagai bahan marketing untuk promosikan produk. Dalam group support, Testimoni lebih mudah di kumpul dan semestinya bukti paling proven boleh disajikan kepada prospek untuk meyakinkan prospek membuat belian panduan.

Tujuan affiliate perlu fahami produk adalah supaya lebih mudah untuk menjawab sebarang pertanyaan yang ditujukan prospek. Dengan kefahaman sepenuhnya isi dalam panduan, affiliate boleh membuat promosi Pre – Sale untuk kongsikan info dan detail berkaitan produk kepada prospek.

Cara Nak Fahami Produk

Beli dan Hadam Produk

Ada beberapa cara yang boleh diguna pakai affiliate untuk fahami produk sebelum membuat pilihan untuk dijual. Antaranya affiliate boleh beli panduan terlebih dahulu, boleh apply terlebih dahulu sebelum dipromosikan terlebih dahulu agar nampak keseluruhan proses dan flow ilmu yang disampaikan dalam panduan. Ini adalah optional recommended untuk fahami produk.

Survey di Google Dan Youtube

Selain dari membeli panduan, Affiliate boleh survey di google dan youtube untuk dapatkan info tambahan berkaitan panduan. Pemahaman yang tinggi dapat membantu selesaikan permasalahan yang timbul sewaktu proses promote. Dan semestinya survey dilakukan untuk mendapatkan idea dan bahan promosi.

Study SaleS Letter

Affiliate juga boleh menjadikan sale letter untuk memahami produk yang ingin dipromosikan. Keupayaan affiliate menerangkan info dan detail produk tanpa merujuk sale letter dapat lebih meyakinkan prospek dan meningkatkan kemahiran close sale. Sale Letter juga merupakan sumber bahan Promosi yang boleh digunakan untuk promote panduan.

Study Testimoni / Sharing di Group Support

Testimoni sebenar merupakan bahan terbaik yang perlu dikongsikan kepada pelanggan. Testimoni yang baik mestilah boleh meyakinkan dan menarik minat prospek untuk membuat keputusan dapatkan panduan. Testimoni adalah bukti result pembeli yang telah mendapatkan panduan.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik