Panduan Hotel bukanlah KELAB atau mewakili apa-apa PERTUBUHAN mahupun kumpulan rasmi di bawah OYO.
Panduan Hotel adalah sebuah produk DIGITAL yang disediakan dalam bentuk modul 15 bab untuk anda baca dan fahamkan konsepo penginapan yang sedikit berbeza dari platform online booking hotel yang lain.
Tiada sebarang bayaran “renewal” ataupun bayaran tahunan dikenakan.
Jika anda beranggapan Panduan Hotel ini sebuah kelab berbayar, mungkin itu adalah kekeliruan yang wujud pada group support yang telah disediakan.
Group support Panduan Hotel bukanlaah group berbayar. Sebaliknya, ia adalah GROUP PERCUMA untuk mereka yang membeli produk Panduan Hotel seperti anda.
Ada satu lagi MASALAH UTAMA yang menyebabkan apps OYO gagal di install.
ia berlaku disebabkan tidak mengikut STEPS bergambar yang telah disediakan pada bab cara install apps OYO (bab 5).
Jika anda meletakkan nombor telefon anda seperti dalam screenshot di bawah, memang confirm apps OYO gagal di install (OTP tidak dapat dihantar).
So, tidak perlu letak angka O di hadapan phone number anda sebab code +60 itu dah membawa maksud code negara Malaysia.
Sambung sahaja dengan angka seterusnya. Dalam kes di bawah, terus sahaja menulis 123675350.
Jelas?
OYO Money pada sesebuah hotel juga boleh diperiksa ketika hendak membuat booking. Pada ruangan harga, akan terpapar kenyataan sama ada wujud OYO Money atau tidak.
Video ini dirakam pada Januari 2020. Maksud SPOT ON baru diperkenalkan bermakna ianya mula diperkenal pada akhir tahun 2019.
Ada satu lagi kategori penginapan yang digelar sebagai CAPITAL O.
Kategori Capital O ini bermaksud penginapan yang lebih “class” dan lebih mewah sedikit.
Selalunya hotel rangkaian OYO yang menerima taraf Capital O ini mempunyai keluasan bilik yang lebih besar dari hotel hotel yang lain.
Maknanya BILIK di hotel yang bertaraf Capital O memang LEBIH LUAS. Dan harganya juga lebih tinggi sedikit.
Terpulang kepada selera masing-masing, kerana OYO memang sentiasa sedaya upaya memenuhi selera dari pelbagai peringkat golongan pengguna.
Jangan lupa untuk PERHATIKAN Terms and Conditions setiap promo FlashSale yang diberikan.
Ada banyak jenis syarat, bergantung kepada jenis promosi. Semuanya memang sengaja dibuat oleh OYO.
Ya,
OYO memang mengkehendaki kita (pengguna OYO) untuk mengejar semua promo yang diberikan.
Maknanya siapa yang selalu belek apps OYO bermakna dialah yang selalu dapat GRAB promo yang diberikan.
Inilah beza antara mereka yang AKTIF menggunakan apps OYO dengan mereka yang mungkin sebulan sekali baru nak belek apps.
Ada promo yang bermula jam 10 malam… 10 pagi… 4 petang dan sebagainya.
Ada promo FlashSale yang memerlukan kita untuk MENGGANTIKAN coupon code yang diberikan, manakala ada yang memang telah sedia ditukar oleh OYO sendiri. Tinggal hendak buat booking sahaja.
Di sinilah group support memainkan PERANAN YANG BESAR.
Kerana ada ramai rakan dalam group yang sudi berkongsikan info sebaik sahaja promo mula direlease di dalam apps.
Bermakna kalau anda tak sempat nak belek, anda boleh sahaja menunggu info yang dikongsikan secara sukarela oleh rakan lain dalam group.
Tapi bila mereka dah kongsikan di dalam group, bermakna ramai lagi rakan lain yang akan nampak. Jadi antara cepat atau tidak sahaja anda GRAB offer/promo yang telah dikongsikan.
Sebarang isu yang memerlukan anda untuk hantarkannya secara bercetak, boleh dilakukan melalui email ke pihak OYO.
Dibawah ini adalah email OYO Malaysia:
malaysia.escalations@oyorooms.com
Coupon apa yang saya pakai?
Masa menginap di PCB Resort ini, coupon yang saya guna adalah OYOCAROUSELL.
Coupon ini saya dah “fully utiulized” pada tahun lepas banyak kali, sehingga dah reach maximum transactions.
Tapi tahun ini OYO kasi lagi peluang untuk kita semua guna. Sebab itu saya pernah katakan, siapa yang RAJIN godek-godek apps OYO, dia akan dapat. Kalau mengharapkan kawan-kawan lain update, merekalah yang dapat dulu.
Sebab itulah nama OYO dipilih, kerana ia membawa maksud Own Your Own !!!
Jawapannya ADA!!
Saya dah sediakan 2 tempat dalam group support untuk anda “kejar” info-info semasa yang saya tak mampu nak masukkan dalam panduan ini.
Contohnya, video-video LIVE yang saya dah pernah kongsikan dan ianya masih ada dalam group support.
Video-video ini SANGAT BERBALOI untuk anda tonton kerana ianya penuh dengan isu-isu semasa dan juga soalan yang ditanya oleh rakan lain untuk saya jawab secara ON THE SPOT.
Begitu juga dengan info-info lain yang kalau nak dicari satu persatu, mungkin agak memakan masa.
2 tempat itu ada dalam menu Announcement dan juga Units.
Lihat gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas: