12) Kenapa saya suka konsep penginapan dan Apps OYO
Ada banyak sebab kenapa saya suka dengan konsep penginapan / bilik tidur dan Apps OYO itu sendiri. Di bawah adalah senarai yang sempat saya kongsikan:
a) Support after sales menggunakan Whatsapp
Ini yang mengkagumkan saya.
Setiap kali selepas booking, mereka akan hantar whastapp untuk pengesahan pertama. Kemudian sehari sebelum tarikh check-in, mereka akan buat pengesahan kedua.
Tak cukup dengan itu, ada masanya staff OYO akan CALL saya dan bertanyakan sama ada dah sampai atau belum, dah check in atau belum.
Sampailah selepas check out pun, mereka akan meminta feedback. Lihat whatsapp yang saya terima di bawah ini:
b) Konsep OYOROOMS yang sangat best
Pernahkah anda terfikir kenapa laman web rasmi mereka diletakkan bersama perkataan “ROOMS”?
Sebab konsep bisnes OYO sangat MUDAH. OYO akan “handle” kualiti bilik manakala pemilik hotel pula wajib beri kerjasama. Sebagai balasan, OYO akan tingkatkan “sales” untuk hotel masing-masing.
Kalau anda pernah buat booking dengan OYO, anda TENTU perasan gambar yang ada dalam resit “Booking Confirmation” ini:
Jika anda TIDAK DAPAT EMAIL PENGESAHAN BOOKING selepas membuat booking, anda boleh REQUEST dari OYO Careline untuk hantarkannya kepada anda menggunakan panggilan telefon berdasarkan butiran booking yang dihantar melalui Whatsapp.
Itu adalah bukti mereka sangat MEMENTINGKAN KUALITI BILIK TIDUR.
Ini juga yang saya telah ceritakan di awal panduan tadi mengenai “kualiti bilik tidur”. Masih ingat lagi?
c) On The Spot Respons and Request
Disebabkan OYO sangat menjaga kualiti bilik tidur, jadi tidak hairanlah mereka boleh menawarkan servis seperti di bawah ini:
i) boleh call careline untuk tukar bilik kalau tidak puas hati dengan kualiti bilik.
ii) boleh call careline untuk menukar nama kepada nama orang lain yang hendak menginap.
iii) boleh bayar baki bayaran penginapan secara TUNAI di hotel (tiada debit atau kredit kad pun tidak mengapa).
d) Last minute booking
Ini merupakan perkara yang PALING MENARIK MINAT saya suami isteri.
Dulu waktu menggunakan apps A**** untuk bermalam di hotel, agak payah bila saya terlambat buat booking (selepas pukul 3.00 petang).
Maknanya kalau dah pukul 4-5 petang tu, anggap sahajalah dah tak boleh booking sebab tarikh yang kita nak pilih itu sudah tidak boleh di klik. Krik… krik.
Tapi apps OYO ni lain. Selagi bilik tu available… atau belum ada orang masuk, nak check-in pukul 9.00 malam pun boleh!!!
e) Konsep nama hotel yang ditukar ke nombor OYO
Ini sangat “rare”… malah saya rasa ini konsep yang pertama seumpamanya di dunia yang saya pernah jumpa (saya ni kolot sedikit orangnya).
Caranya, OYO mewakilkan semua hotel dan penginapan mereka dengan menggunakan “nombor”.
Jadi kalau katakan pemilik hotel tu mempunyai 5 cawangan hotel yang sama dalam negeri yang sama, tidak akan wujud isu “tersalah booking dan check in”.
Buat pengetahuan anda, pada tahun 2016, OYO mempunyai lebih dari 40,000 bilik di India sahaja. Dan jumlah ini semakin bertambah.
Sekarang OYO sudahpun memasuki pasaran di negara-negara lain termasuklah Malaysia, Indonesia dan banyak lagi.
Bayangkan jika terdapat 60 apartment di Kuala Lumpur yang menyediakan penginapan, bukankah lagi mudah untuk kita mengingati nombor dari menghafal NAMA?
Sangat brilliant.
Sungguh memudahkan pelanggan apabila mereka membuat panggilan ke careline, termasuklah saya.
Setiap kali saya buat panggilan untuk menginap atau bertanyakan apa-apa soalan, saya akan menyatakan “ID nombor” penginapan. Itu sahaja.