11) TIPS Mendapatkan Coupon + Diskaun

Adakah anda masih ingat lagi janji saya untuk membuktikan kewujudan harga hotel RM10-RM30 seperti yang saya kongsikan sebelum ini di laman rasmi jualan?

Baiklah.
Saya akan buktikannya sekarang. 

Hotel yang saya tunjukkan di atas tadi adalah bilik single yang pernah ditawarkan di Grid 9 Hotel, Kuala Lumpur.

Saya tunjukkan details untuk tempahan di hotel ini sebagai bukti:

Lihat pada gambar di atas, ada potongan sebanyak RM30 di bahagian Coupon Applied. Tips mengenainya ada diceritakan sebentar lagi.

Jika anda selalu outstation, bilik tidur yang cantik serendah RM15 ini pastinya memberikan kelegaan pada poket anda!!

Ini pula adalah bilik untuk 2 orang (2 guests – Deluxe) yang anda boleh bermalam pada kadar RM19 sahaja!

Hotel yang cantik dan bilik tidur yang selesa ini terletak di Sunway Velocity Mall, KL.

*tips untuk coupon RM30 akan saya terangkan sebentar lagi

Sekali lagi, kelihatan potongan sebanyak RM30 ada di situ. Dari mana datangnya coupon RM30 tersebut?

RM19 untuk bilik tidur di hotel best seperti ini? Saya yakin anda takkan menolak harga yang semestinya dalam kemampuan!

Dan bagi anda yang mempunyai citarasa “high class”serta suka bermalam di bangunan pencakar langit di ibukota… penginapan di APARTMENT MEWAH ini pastinya jangan dilepaskan. Cuma RM88 sahaja!

Masih lagi menggunakan Coupon RM30 sama seperti sebelum ini.

Siapa kata menginap di sini memerlukan perbelanjaan setinggi RM500 ringgit?

Saya sudah buktikan kepada anda bahawa dengan OYO, anda boleh menginap di hotel yang bersih dan selesa pada kadar harga yang “luar biasa”.

Tapi bagaimana caranya untuk anda mendapatkan kadar potongan HARGA serendah itu? Apakah TIPS yang boleh digunakan?

Teruskan membaca tips yang saya sediakan di bawah….

Tips Pertama:

Jika anda ingin mendapatkan banyak discount dan juga coupon dari OYO, anda harus menjadi seorang “customer” yang baik.

Menjadi seorang customer yang baik di mata OYO adalah customer yang selalu membuat booking melalui OYO.

Saya telahpun membuat “eksperimen” sendiri dengan menggunakan 2 nombor telefon.

Dari situ saya dapat lihat, phone pertama yang saya gunakan untuk buat booking dengan OYO LEBIH KERAP mendapat notification discount.

Lihat sendiri discount dan offer mahupun FLASH SALE yang saya terima dari pihak OYO di bawah ini:

Kalau anda guna apps OYO setahun sekali, saya tidak rasa anda akan terima pelbagai coupon atau discount dari OYO seperti yang ditunjukkan di atas ini.

Tips Kedua:

Inilah antara RAHSIAsaya boleh dapat discount, tapi dalam masa yang sama tidak pada orang lain.

Iya, hanya mereka yang pernah menginap di hotel OYO sahaja yang tahu. Seperti yang saya katakan tadi, OYO sangat pandai “memikat hati” pelanggannya yang selalu menginap di bilik hotel mereka.

Tahukah anda?

Sesetengah coupon code ada diletakkan dengan megahnya di FRONT OFFICE / RECEPTION hotel. 

SIMPAN COUPON ITU UNTUK KEGUNAAN PENGINAPAN ANDA AKAN DATANG (ada expired date)

Jadi untuk soalan yang dihantar kepada saya berbunyi “kenapa saya tak dapat harga yang murah seperti yang En Izad dapat?” bukanlah satu soalan yang mudah untuk saya jawab.

Hanya mereka yang kerap menginap di bilik OYO sahaja yang tahu. Lihat lagi 2 gambar ​dan 1 video di bawah:

Di bawah ini pula adalah video sewaktu saya menginap di MS Hotel pada 29hb Mac 2019 yang lepas (cuti sekolah).

Waktu saya check out, staff di reception counterkan memberi saya kad diskaun ini. Kupon diskaun PROMOSI ini boleh digunakan SEKALI sahaja sehingga bulan June 2019 (penjimatan sebanyak RM30.00).

Inilah yang saya maksudkan sebagai “kelebihan” kepada mereka yang selalu menggunakan apps OYO untuk menginap.

Kupon sebegini MEMANG tiada di laman web OYO sekalipun. Ianya adalah satu penghargaan kepada mereka yang datang menginap di hotel.

Tapi saya kongsikan juga kupon ini dengan anda… dalam FB group support pun ada saya kongsikan.

Lagi satu kalau anda perasan, RAHSIAsemua hotel yang berharga RM15 dan RM19 di atas tadi termasuklah apartment mewah itu telah ditebus dengan menggunakan coupon RM30 (lihat dengan dekat pada bahagian “Coupon Applied (OYOMY30)​ 

*Coupon OYOMY15 (diskaun 15%) kebiasannya sentiasa ada. Manakala Coupon promosi yang lain biasanya mempunyai tarikh expired / maksimum penggunaan.

Tips Ketiga:

Tips ketiga ini adalah tips yang saya sendiri cuba as a “trial error”. Anggap sahajalah ini “personal thought” saya… tak nak guna pun takpe. 

Cuba lihat dulu notification-notification di bawah ini:

Pernah saya tertanya, kenapa harga sesetengah hotel atau harga apartment kelihatan “kurang cantik”?

Saya cuba untuk mencari sebabnya tapi gagal. Jadi apa yang boleh saya lakukan, saya “explore” hotel dan apartment tersebut.

Kemudian terjadilah 1 perkara “pelik”. Saya menerima “pelawaan” untuk menginap di sana. Seakan ada “AI” atau robot yang merekodkan lawatan saya ke hotel itu tadi!

Bermakna setiap hotel yang belum pernah saya tempah, kemudian saya habiskan masa beberapa minit di  hotel tersebut (dalam apps) selang beberapa minit saya akan mendapat notification untuk penginapan di hotel tersebut. Menarik bukan???

Antara ayat​ ​keramat​ ​yang mereka hantar sebagai tanda “pelawaan” melalui notification ialah:

1. “Congrats! You have unlocked…. “

2. “Special recommendation for you….”

Maknanya saya “entitled” untuk dapat harga yang lebih “best”. Menarikkan?

Tips Keempat:

Memahami “code” yang OYO gunakan.

Saya telah membuat panggilan untuk mengetahui maksud “coupon code” yang OYO gunakan dan ini jawapan yang dimaksudkan:

Jika anda tidak boleh menggunakan coupon, ada 2 SEBAB yang berlaku:

1. Coupon code itu telah pun expired.
2. Code TIDAK dimasukkan dengan betul.

Walaubagaimanapun,Coupon Code ini bukanlah mandatori (ia hanyalah sekadar pemahaman asas sahaja).

Ada banyak lagi Coupon yang OYO beri tapi dalam bentuk code yang berbeza.

Contohnya:

1. Coupon untuk Chinese New Year yang lepas = OYOCNY68

2. Coupon sempena Valentines Day yang lepas: OYOVDAY48

Saya juga ada bertanya kepada staff OYO berkenaan cara termudah untuk pelanggan seperti saya (bukan 1st time user) dalam mendapatkan INFO mengenai coupon code ini.

Jawapan yang diberikan ialah:

“Sekiranya ada yang kurang jelas atau jika nak tahu coupon code terkini, boleh sahaja call customer care OYO yang berpusat di Johor Bahru untuk bertanyakan apa-apa yang patut”


Ini adalah nombor customer care atau careline OYO untuk anda simpan:
07-533 0400
010 – 401 1393

Terus SAVE kedua nombor ini untuk kegunaan anda di masa hadapan. Save sekarang di PHONE anda.

Sekali lagi, SAVE sekarang… kalau tak esok lusa anda pasti kelam kabut nak mencari no OYO Careline ini.

Jangan kata saya tak beri ya. 

UPDATED (7hb April 2019)
==••==••==••==••==••==

Ada beberapa coupon yang boleh digunakan tapi bergantung kepada jumlah diskaun yang telah ditentukan. Jika hendak tahu bila coupon ni expired, cuba masukkan coupon code dan lihat sama ada masih available atau tidak.

 

Coupon untuk OYO Hotel:
==================

OYOTRAVEL
JOMOYO
OYOIP30
OYOIP50
OYOCU30
OYORM30
OYOMY40 (1st time booking)
OYOMY20 (disc 20%)
OYOWE25 (last minute booking)

**coupon ini saya sediakan untuk anda (pembeli Panduan Hotel). orang luar tidak akan tahu coupon ini. jadi simpan baik-baik (banyak lagi coupon terbaru akan saya kongsikan di dalam group support)

 

Coupon untuk OYO Home:
==================

OYOCUHOME (40% discount)

*OYO Home adalah penginapan selain dari hotel seperti banglo, apartment mewah dan kondo mewah.

 

Walaubagaimanapun, OYO juga ada berikan coupon code yang cukup berbaloi seperti OYOPPP50 (special untuk hotel tertentu dan tidak boleh digunakan pada hotel lain).

Kalau anda dapat coupon 50% seperti ini, tak perlu guna coupon code yang lain pun boleh… sebab 50% diskaun sebenarnya dah cukup berbaloi!!

 

**Coupon juga bergantung kepada availability dan kuota yang telah ditetapkan kepada sesebuah hotel.

**Coupon code yang lain atau yang terbaru, akan dikongsikan di dalam group Panduan Hotel (Support Group)

Klik sini untuk ke post tersebut:
https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/602626000244435/

p/s: cuba coupon di atas dan lihat perbezaan harga ya…. kemudian pilih mana yang lebih berbaloi.??

Tips Kelima:

Antara “TIPS” terawal yang saya terima ketika menggunakan Apps OYO ialah:

1. Kebanyakan OFFER akan bermula pada jam 8.00 malam.

2. Ini adalah waktu yang paling tepat untuk anda “grab” harga bilik atau penginapan mengikut budget anda sendiri.

Selalulah “alert” juga dengan promosi yang di hantar melalui email.

Ia juga berbaloi untuk digunakan.

Seperti yang saya tunjukkan di sebelah kiri ini, Johor Travel Week memberikan anda nilai penjimatan sehingga 65%!!

Untuk memudahkan reminder dari OYO diterima dengan baik, anda boleh setting semua email dari OYO sebagai “important” di Gmail.


Tips Keenam:

**Walaupun teknik ini TIDAK MEMERLUKAN APA-APA KUPON DISKAUN, tapi saya SELALU menggunakan teknik ini… hehe

Ini merupakan SATU TIP yang PALING SELALU saya gunakan iaitu membuat:

Last Minute BOOKING!!!


OYO mempunyai satu “bargain” yang agak PELIK.

Ini merupakan satu situasi yang agak “KONTRA” dengan apa yang berlaku kalau kita walk-in secara manual di hotel-hotel.

Contohnya:

Anda mempunyai hal URGENT untuk bertugas di luar kawasan (out station).

Selalunya bila anda dalam keadaan emergency, pihak hotel boleh melihat dengan JELAS betapa TERDESAKNYA anda inginkan penginapan.

 

 

Di sini selalunya apa yang berlaku ialah pihak hotel akan “sembelih” anda dengan HARGA yang agak TINGGI sebab mereka TAHU anda TIADA PILIHAN (desperate).

Tapi dengan OYO, membuat booking last minute akan menjadikan HARGA BILIK LEBIH MURAH dari biasa.

Ini adalah satu TAWARAN LUAR BIASA dari OYO untuk kita sebagai pengguna apps mereka.

 

 

Kenapa harga bilik hotel menjadi LEBIH MURAH bila booking last minit?

Sebab OYO mempunyai satu dasar yang sangat harmoni kepada penggunanya.

Lebih kurang beginilah mesej yang hendak mereka sampaikan:

 

“Dari biarkan BILIK HOTEL tu kosong, baik bilik itu ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif… at least hotel itu penuh dengan pelanggan”

Walaubagaimanapun, suka saya ingatkan di sini bahawa tak semua last minute booking berada dalam keadaan “available” sepanjang masa.

Bila buat last minute booking, kita berhadapan dengan kemungkinan BILIK HOTEL SEMUA PENUH.

Jadi kena pandai mencari pilihan hotel yang sesuai untuk anda bermalam.

Tips Ketujuh:

Mengambil bahagian dalam “cabaran” yang OYO perkenalkan.

TAHUKAH ANDA?

Pada Valentines Day yang lalu, OYO ada membuat satu cabaran yang dinamakan OYOHOME FREESTAY 

Untuk mendapatkan FREESTAY di kondo/apartment mewah, apa yang perlu dilakukan ialah dapatkan 3 orang sahaja rakan atau sesiapapun untuk install apps OYO.

Setiap 3 orang yang install apps OYO melalui referral link, kita akan diberikan 1 malam PERCUMA tau!!

Lihat gambar di bawah:

Video Puan Adilah ini menerangkan segala-galanya mengenai pengalaman beliau duduk di kondo mewah pada harga RM0 ringgit (RM12 disebabkan beliau membuat penambahan seorang lagi yang ingin menginap):

Tahukah anda?

Bermula dari 20hb Jun 2019 semalam, OYO telah memulakan KEMPEN FREESTAY lagi sekali (lihat kembali Tips Keenam di atas).

 

Cabaran kali ini masih lagi mengekalkan syarat kelayakan yang SAMA seperti sebelum ini, iaitu:

– Setiap 4 orang yang download APPS OYO dengan menggunakan REFERRAL LINK masing-masing, akan diberi 1 MALAM PERCUMA untuk menginap di mana-mana OYO Hotel atau OYO apartment (akan diberi pilihan).

 

– Bermakna jika anda mempunyai 20 rakan yang belum kenal apa itu OYO, berikan REFERRAL LINK anda untuk mereka install apps OYO… dan anda akan dapat 5 MALAM PERCUMA untuk tempoh masa yang akan dinyatakan.

 

– Cara untuk melihat siapa yang install apps OYO melalui REFERRAL LINK kita adalah dengan membuat semakan di bahagian menu Invite and Earn.

 

– Kemudian klik pada OYO Money Earned, dan klik sekali lagi pada menu EARNED:

(Signed In bermaksud dah installed)

– Sekali lagi, setiap 4 orang di bawah anda installed apps OYO menggunakan referral link anda… anda akan menerima 1 email KHAS dari OYO.

Dalam email tu nanti akan disertakan coupon code untuk anda TEBUS PENGINAPAN anda dalam apps OYO.

Best kan???

– Di Malaysia, ada BERJUTA ORANG lagi yang belum install apps OYO. So cubalah target seramai yang boleh yea… BOLEH DUDUK DAN BERMALAM untuk NEXT HOLIDAY SECARA FREEEEEEE!!!

– Good luck!!!

Tahukah anda?

Buat yang ke sekian kalinya, bulan lepas (September 2019) OYO menganjurkan lagi promosi FREESTAY.

Ini bermakna promosi FREESTAY ini bukanlah dipromosikan SETAHUN SEKALI seperti didakwa oleh sesetengah pihak OYO.

Saya “flashback” sedikit promosi FREESTAY untuk tahun ini:

 

Pada bulan Februari lalu, FREESTAY untuk OYO Home ada dilancarkan.

Kemudian pada bulan Mei dan Jun pun ada juga promosi FREESTAY dilancarkan… tapi kali ini untuk OYO Hotel.

 

Kali ini promosi FREESTAY dilancarkan pula untuk OYO Home semula.

Konsep dan syaratnya MASIH SAMA, iaitu refer 4 orang untuk install OYO apps menggunakan referral link, dan kita akan dapat 1 malam FREESTAY di OYO Home yang terpilih.

Lihat email FREESTAY yang saya dapat dari pihak OYO di bawah ini:

 

 

Selain dari itu, OYO juga telah upgrade penerimaan Discount Code ini di dalam sub-menu “Rewards you've won” di menu utama “Invite $ Earn” pada apps.

Lihat screenshot di bawah ini:

Dengan Discount Code inilah SAYA BUAT BOOKING di The Platinum Hotel and Suites selama 2 malam berturut-turut.

Malam pertama RM3 ringgit sahaja (bilik punyalah besar) dan keesokannya (malam kedua) RM0 ringgit.

Jadi total saya bayar untuk bayar RM3 ringgit untuk 2 malam… betul??? hehe…

Lihat bukti BOOKING SAYA di bawah ini:

 

Kronologi dan CATATAN PENUH percutian saya di The Platinum Hotel and Suites anda saya dokumentasikan di dalam Channel Telegram.

Terus terang sebenarnya saya pergi sebanyak 3 KALI ke The Platinum Hotem and Suites.

 

Pergi kali pertama tu sebab saya nak sangat pergi menginap sebab dari dulu lagi saya tunggu The Platinum ni join OYO.  Jadi bil mereka join OYO, saya tak tunggu lama… terus saya buat booking dan gunakan coupon code (mana yang ada, janji jimat).

 

Pergi yang kali pertama je dah buatkan SAYA TAK NAK BALIK. Nak je saya lepak kat sini setiap hari…. huhu

Lepas tu bila saya dapat FREESTAY, saya booking lagi untuk malam ke-2 dan malam ke-3.

Klik di sini untuk membaca serta melihat video yang sempat saya rakamkan (Pastikan anda sudah install apps TELEGRAM terlebih dahulu:)

Klik sini: Jurnal The Platinum Hotel and Suites

Apalagi… dah tengok sendirikan cara saya mengurangkan KOS PENGINAPAN???

Proven method!!!

Bila anda dah tahu dan semakin FAHAM dengan OFFER yang OYO tawarkan, anda akan dapat LEBIH lagi manfaat.

Lihat sahaja testimonial dari rakan yang semakin ligat GRAB offer dari OYO.

Anda bacalah ya!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OYO juga baik hati kerana memberikan promosi pada harga murah secara “surprise”!

Promosi ini dinamakan sebagai FLASHSALE. Biasanya diberi oleh OYO pada setiap bulan (so far).

Di mana anda boleh grab promosi FLASHSALE ini??

Semuanya ADA DALAM APPS OYO anda. Bukan dari sesiapapun.

Ia juga dikongsi oleh saya sendiri dan juga rakan lain di dalam group secara sukarela.

Jadi, kalau anda nak “alert” yang cepat, sentiasalah buka apps OYO… setiap hari.

Jangan tunggu rakan lain update di dalam group.

Ini kerana besar kemungkinan anda akan terlambat dan terlepas peluang.

Promosi seperti ini akan direbut oleh sesiapa sahaja kerana ianya akan berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”.

Bermakna OYO akan menaikkan dulu “promo” di dalam APPS beberapa jam sebelum ianya sedia untuk direbut.

Contohnya seperti di bawah ini:

Klik pada LINK INI untuk ke baca post di atas.

Satu lagi contoh seperti di bawah:

 

UPDATED 4HB DISEMBER 2019!!

Awal Disember ini OYO beri lagi promo Flash Sale yang berharga RM19. 

Tapi ada juga yang GAGAL untuk mendapatkan slot promo ini atas 3 FAKTOR UTAMA iaitu:

Sebab PERTAMA:

Promo ini adalah untuk mereka yang belum pernah buat booking melalui apps OYO (hadiah untuk rakan baru).

Ada ditulis dalam Terms and Condition tapi RAMAI yang TIDAK BACA.

Sebab KEDUA:

Waktu offer seperti ini beribu orang berebut untuk buat booking. Jadi kadang-kadang memang sedikit susah nak tembus booking.

 Sebab KETIGA:

Masih ramai yang kekal dengan sifat MALAS untuk membaca Terms and Condition yang diberikan oleh OYO.

Akibatnya ramai yang hubungi saya dan mengatakan mereka tidak boleh booking.

YA, 
Sebab paling utama sekali ialah promo ini tarikh check-in nya adalah pada 2hb Jan sehingga 4hb Jan 2020 nanti (bulan hadapan). 

Tapi ramai yang main isi je tarikh sesuka hati. Sebab itulah mereka tak dapat buat booking dengan sempurna.

Hakikatnya HANYA mereka yang baca memang berjaya buat booking.

Setiap bulan pada TARIKH yang sama mengikut bulan tersebut, akan ada 1 HARI ISTIMEWA yang boleh dibooking.

Contohnya jika bulan Julai (bulan 7), maka OYO dengan baik hati akan membuat tawaran penginapan di OYO Hotel pada harga RM7/-.

Jika pada bulan Ogos (bulan 8), OYO akan berikan kadar harga penginapan harga RM8 pada satu malam.

Begitu juga dengan bulan September (bulan 9), akan ada promosi penginapan pada harga RM9/-.

Lihat gambar di bawah ini (bulan September – bulan ke-9 = RM9/permalam):

 

 

Lihat gambar di bawah ini (bulan Ogos – bulan ke-8 = RM8/permalam):


Lihat gambar di bawah ini (bulan July – bulan ke-7 = RM7/ permalam:

Ini merupakan promo yang disediakan oleh OYO berdasarkan kepada musim-musim yang ada di Malaysia.

Contohnya, musim cuti sekolah… musim perayaan dan sebagainya.

Di bawah ini adalah contoh (yang kesemua PROMO ini diberikan MELALUI APPS):

 

 

 

 

Kita semua sedia MAKLUM mengenai isu pandemik Covid-19 yang melanda DUNIA.

Bukan sahaja di Malaysia, malah semua negara turut merasai kesannya, termasuklah sektor pelancongan.

Bagi OYO, mereka juga turut terima tempias apabila semua pengunjung terpaksa untuk KEKAL BERADA DI RUMAH.

Tanpa sebarang dolak dalih, memang akan wujud beberapa perubahan atas terma “new norm” atau “norma baru”.

Terdapat S.O.P yang diwajibkan untuk dipatuhi dan ini sememangnya memberi kesan secara tidak langsung.

Ada resort yang diarahkan untuk DITUTUP…

Ada homestay yang terus tak BERPENGHUNI….

Dan ada hotel yang TERPAKSA DIJUAL…

Sebagai pengguna OYO, saya melihat sekarang ini (July 2020) wujud beberapa perubahan yang berlaku (buat masa sekarang).

 

Antaranya ialah:

 

1. Jumlah OYO Money.

Jumlah OYO Money yang diperkenalkan bukan lagi pada nilai RM50, tapi sudah ditukar kepada RM10 (lihat gambar di bawah):

Sebelum pasca Covid-19, nilai Oyo Money adalah RM50. Tapi sekarang dah menjadi RM10.

 

2. Jumlah OYO Home 

 

Bilangan ataupun jumlah OYO Home semakin berkurangan (buat masa sekarang) dan kalau ada pun, tidak banyak seperti sebelum-sebelum ini.

Walaubagaimanapun, saya sendiri pun tidak pasti apakah kesinambungan OYO Home ini kerana kita masih lagi dalam fasa PKP.

 

3. Jumlah OYO Hotel

Jumlah OYO Hotel juga berubah-ubah. Di sini apa yang nak saya sampaikan adalah, keadaan ekonomi yang tidak rancak memang memungkinkan untuk apa jua terjadi.

Maksudnya ada di antara hotel yang dulunya “hidup”… tapi sekarang sudah “collapse” tidak mampu untuk meneruskan perniagaan masing-masing.

Tapi dalam waktu yang sama, ada banyak lagi hotel yang BARU  join OYO kebelakangan ini (selepas Perdana Menteri menggalakkan industri pelancongan dipacu semula).

Lihat gambar di bawah ini:

Untuk membuktikan fakta kewujudan hotel/resort baru yang telah joined OYO, anda boleh LIHAT post-post terbaru yang dikongsikan oleh rakan lain dalam group support Panduan Hotel di FB.

Real punyerrrr!!!

 

Pada waktu info ini ditulis (7/7/2020), kebanyakan promo baru untuk ahli lama masih belum direlease lagi.

Promo yang ada sekarang ini lebih kepada:

 

1. Promo coupon code untuk pengguna baru OYO (1st time user)

 

 

Adakah pengguna-pengguna OYO yang baru BOLEH mendapatkan coupon untuk penginapan?

Jawapannya BOLEH.


Rujuk link ini untuk melihat senarai coupon code yang boleh digunakan:

https://m.facebook.com/groups/570556076784761?view=permalink&id=602626000244435

**lihat pada kategori coupon di bawah “1st time user” yang dikongsikan pada komen-komen yang ada dalam post di atas (klik link di atas).

 

2. Promo code untuk harga RM9/malam (boleh baca sendiri di dalam group support). Contoh ada pada link-link di bawah:

 

– https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/921868271653538/

https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/920309561809409/

https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/919752561865109/

– https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/919651831875182/

– https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/915298278977204/

 

 

 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi saya beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan saya memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik