10) Cara Untuk Menambah OYO Money TANPA MODAL
Sebelum anda baca bab ini, saya ingin jelaskan ini HANYALAH PILIHAN (option) sahaja. Anda boleh SKIP bab ini jika tak berminat untuk menambahkan OYO Money.
Tiada OYO Money pun kita masih boleh gunakan coupon promosi untuk buat booking, ye tak? hehe…
Tapi kalau bab ni tak penting, kenapa bab ini disediakan juga?
Sebab kalau anda masih lagi ingat, saya dah janji di salespage www.PanduanHotel.com/murah yang saya akan KONGSIKAN semua teknik yang saya pernah guna…. ini adalah KISAH BENAR saya (walaupun kisah benar ini didokumentasikan pada tahun 2018).
Masih ingat lagi???
Baiklah.
Ini adalah bahagian yang saya rasa anda hendak tau sangat. Fokus ya!
Saya beri contoh yang mudah di bawah supaya anda dapat LIHAT sendiri beza bila anda ADA OYO Money dan bila anda TIADA OYO Money:
Katakan OYO sedang membuat tawaran ”Diskaun 50%” untuk penginapan.
Bilik yang anda ingin booking pula bernilai RM300 (Family Suite).
Jadi 50% dari RM300 = RM150.00
OYO Money dalam wallet anda sekarang pula cuma ada RM50.
Maka anda cuma boleh “tebus” maksimum RM50 sahaja. Baki RM250 lagi anda kena bayar sendiri untuk bayaran baki penginapan (ruginyaaa).
Berbanding dengan kawan anda yang mempunyai OYO Money RM150.
Dia layak untuk tebus sebanyak 50%. Bermakna dia cuma perlu bayar RM150 sahaja untuk bayaran baki penginapan (untungnyaaa).
Anda bayar RM250 kepada pihak hotel, kawan anda pula bayar RM150 sahaja.
Ada beza RM100 di situ.
Nampak tak penjimatan kos penginapan melalui OYO Money?
Tahukah anda beza RM100 itu tadi boleh digunakan untuk perbelanjaan makan dan minum ketika anda sekeluarga pergi bercuti???
Bukankah ini yang anda INGINKAN selama ini?
Bukankah ini juga TUJUAN anda membeli panduan ini?
Kalau dulu anda berkira-kira nak pergi bercuti + bermalam di hotel, tapi hari ini HAK anak isteri anda untuk pergi berjalan dengan KOS penginapan yang MURAH sudah pun terhidang di depan mata.
“nikmat mana lagi yang engkau dustakan?”
Percayalah… banyak penjimatan yang anda boleh dapat.
Sekarang saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk mengumpul beribu ringgit OYO Money tanpa sebarang modal berbayar.
Yang penting anda cukup 4 syarat ini:
a) “referral link” atau “invite code” OYO.
b) gambar yang sesuai untuk sampaikan MESEJ.
c) akaun media sosial (saya gunakan Facebook).
d) Whatsapp atau Telegram.
Saya kongsikan dahulu standard steps dari OYO yang bole anda gunakan untuk anda tambah OYO Money.
Steps standard dari OYO:
1. Dapatkan referral link atau invite code anda di dalam Apps OYO.
2. Klik pada “Invite & Earn” pada menu di bawah.
3. Promosikan link tu pada semua kenalan anda (ini cara yang OYO suggestkan)
Sekali lagi, di atas tadi adalah steps yang OYO telah sediakan di dalam apps.
Ini pula adalah CARA yang sendiri lakukan.
Saya tak ikut seperti yang OYO suggestkan sebab khuatir kalau saya hantarkan mesej bahasa Inggeris seperti itu melalui Whatsapp secara tiba-tiba kepada rakan-rakan, mungkin ramai yang anggap mesej tersebut sebagai “scam”.
Jadi saya UBAH dan “adjust” sedikit mengikut keserasian kawan-kawan FB saya yang lebih selesa menggunakan bahasa Melayu (ianya berhasil!)
Apa yang saya lakukan sehingga berjaya mengumpulkan lebih dari RM3500.00 OYO Money dalam masa yang singkat?
Ini yang saya lakukan (ikuti sahaja langkah ini dan anda akan melihat kesannya):
1. Langkah Pertama
i) Upload status beserta gambar yang ada mood “percutian” atau “holiday”. Di sini saya gunakan gambar sewaktu bercuti di Cameron Highlands (gambar lama).
ii) Letakkan tajuk yang sesuai untuk tujuan eye mapping captured dan WAJIB meletakkan link Whatsapp dalam post anda supaya mudah untuk prospek menghantar mesej melalui Wasap.
Saya gunakan servis percuma dari laman web www.wasap.my untuk tujuan ini.
1. Langkah Kedua
i) Bila mesej dah mula masuk ke wasap anda, reply semua mesej yang masuk. PASTIKAN anda sertakan sekali “referral link” yang anda dapat pada Langkah Pertama.
ii) Gunakan www.wasap.my atau social tools yang seumpamanya untuk follow up.
iii) Tiru saja ayat yang saya sediakan dalam wasap di bawah untuk anda reply semua wasap yang masuk.
Untuk tujuan “create urgency”, saya telah menambah 1 live video dan juga ayat “dah download bagitau, saya bagi tips”
Link live video tersebut ada saya sediakan pada step seterusnya di bawah.
– Saya minta mereka download dahulu, barulah saya berikan tips. Ia bertujuan supaya mereka tidak “bertangguh” dari mendownload apps menggunakan “referral link” saya.
– Jika tidak, saya mungkin rugi kerana jika mereka download dari orang lain, saya takkan dapat OYO Money.
Video Live Hotel RM1 yang saya kongsikan dalam Whatsapp di atas pula boleh di perolehi di sini (anda boleh download menggunakan perisian Youtube Downloader):
Selain dari itu, saya juga ada sediakan 2 lagi screenshot untuk kegunaan anda. Ini boleh digunakan dalam menarik lebih ramai lagi rakan sekeliling untuk install apps OYO.
Alhamdulillah cara yang saya gunakan terutamanya video pendek yang tertera hotel RM1 dari Apps OYO itu sangat meyakinkan, sehingga bertalu-talu wasap masuk tanpa henti semata-mata nak tau Apps apa yang saya guna.
Anda TIRU sahaja step yang saya telah tunjukkan, supaya OYO Money anda bertambah.