9) Perbezaan Membuat Booking Melalui Apps Berbanding Laman Web
OYO mempunyai laman web rasminya iaitu www.oyorooms.com
Untuk Oyo Malaysia, cuma perlu tambahkan /my saya dibelakangnya: www.oyorooms.com/my
Kalau anda tanya yang mana satu menjadi pilihan saya untuk membuat booking… saya tetap memilih untuk menggunakan Apps.
Ini adalah kerana Apps OYO terlalu mudah untuk digunakan berbanding web.
Saya pernah cuba untuk membuat booking menggunakan web, malangnya masa yang saya ambil lebih lama berbanding menggunakan Apps kerana ada sesetengah info lebih MUDAH untuk dicapai melalui apps.
Contohnya pada waktu saya menulis info ini, saya cuba untuk mencari di mana statement OYO Money saya tapi tiada di versi laman web (sekarang dah ada):
Begitu juga dengan “feeling” ketika mencari hotel yang sesuai, menggunakan phone + apps nampaknya lebih “mengasyikkan” berbanding versi laman web.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Terpulang pada anda, mengikut keselesaan.
Opss.. sebelum saya terlupa. Pengalaman saya sejak tahun lepas menggunakan apps OYO, saya sendiri melihat PENAMBAHAN HOTEL yang dimasukkan ke dalam list.Ianya semakin bertambah!
Kalau sebelum ini Batu Pahat tiada hotel OYO, sekarang sudah ada. Bilik hotelnya punyalah cantik (lihat gambar di atas) … bersih… dan kelihatan “fresh”.
Begitu juga dengan Kelantan… Terengganu dan di tempat-tempat lain. Pegawai Pemasaran OYO sedang bergerak menemui lebih ramai pemilik hotel supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan.
Kini kemudahan penginapan hotel untuk anda sekeluarga semakin banyak tersedia!