8) Cara Untuk EXTEND VALIDITY OYO Money

OYO Money mempunyai tarikh EXPIRED yang anda perlu TAHU.

Merujuk kepada apps saya (sejak guna), validity untuk OYO Money adalah 2 BULAN selepas dari TARIKH TERAKHIR booking/tempahan dibuat.

Di sini saya berikan contoh dari booking terakhir saya di My Home Hotel pada 13hb Januari yang lepas.

Lihat tarikh penginapan pada 13hb Januari dalam gambar di atas.

Jadi jika anda ingin extend expired date OYO Money, caranya mudah sahaja:

1. Gunakan OYO Money paling tidak 2 bulan sekali (seperti percutian saya 13hb Januari yang lepas akan expired pada 13hb Mac) di hotel yang ADA OYO MONEY.

Jika anda hendak extend OYO Money tapi anda BUAT booking di hotel yang tidak menyediakan OYO Money, maka booking tersebut cuma kekal setakat booking sahaja. 

Ada 2 manfaat yang diperolehi sepanjang proses anda extend OYO Money:

1. Dapat bermalam di hotel pada harga yang murah.

2. Dapat membawa keluarga anda berjalan / berehat / makan angin dengan kerap.

Apa SYARAT UTAMA untuk kita EXTEND OYO MONEY:

Syarat UTAMA untuk kita EXTEND OYO MONEY ialah:

1. Kita MEMPUNYAI Oyo Money dalam wallet.

2. Hotel yang kita tempah/booking itu MESTI APPLICABLE untuk OYO Money.

Sila lihat PERBEZAAN hotel yang ADA OYO Money dan hotel yang TIADA oyo Money (lihat dalam gambar di bawah):

Walaubagaimanapun, KETIADAAN OYO Money untuk sesebuah penginapan ini BUKANLAH MANDATORI ya.

Maknanya tidak semestinya hotel yang TIADA Oyo Money itu akan kekal TIADA Oyo Money.

Situasi ini akan bertukar… mungkin hari ini hotel A tiada OYO Money, tapi esok OYO Moneynya ada. Dan esok mungkin Hotel B ada OYO Money, lusa tiada OYO Moneynya.

Bermula dari awal Ramadhan 2019 kelmarin, OYO telah MENUKAR sistem EXTEND Oyo Money mereka kepada satu cara yang BARU.

Bermakna ANDA TIDAK PERLU LAGI BUAT BOOKING semata-mata untuk extend OYO Money.

Apa yang perlu anda lakukan ialah cuma refer atau kenalkan apps OYO kepada rakan-rakan untuk extend OYO Money anda.

Dengan kata lain, seorang rakan yang download apps OYO menggunakan link referral anda, anda mendapat RM50 dan ianya akan KEKAL selama 1 bulan (sekarang bukan lagi RM50 ya, boleh baca info terbaru dalam Bab 11 untuk info terkini untuk OYO Money).

Expired date pula masih 1 bulan dari tarikh rakan anda install apps OYO.

Contoh:

– Rakan anda telah install apps OYO menggunakan link referral anda pada 15hb Mei 2019.

– Anda akan mendapat sebanyak RM50 OYO Money.

– RM50 itu akan kekal di dalam akaun anda sehinggalah 15hb Jun  2019. Selepas dari tarikh 15hb Jun, barulah ia akan expired.

– Di bawah ini saya sertakan email yang dihantar oleh pihak OYO kepada salah seorang rakan pengguna OYO. Tertulis di situ “the policy has changed”:

Seperti yang saya katakan di atas tadi, cara BARU yang OYO perkenalkan ini masih lagi dalam proses.

Jika berlaku ralat atau info yang kurang tepat pada apps anda, saya galakkan anda untuk hubungi pihak OYO untuk kepastian melalui nombor telefon yang tertera dalam gambar di atas.

Ini kerana dari pemerhatian saya, ada juga sesetengah dari pengguna yang merekodkan expired date dalam apps OYO mereka dianjakkan ke tahun 2020 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

 

Sekali lagi, saya suggestkan anda semua untuk call OYO jika ada perkara yang ingin ditanya terus terutamanya apabila melibatkan perkara TEKNIKAL.

Untuk diri saya, saya memandang ini sebagai salah satu “side effect” yang bersifat sementara apabila mereka hendak menukar requirement baru.

Walaubagaimanapun, sebarang maklumat terkini saya akan update di dalam group support seperti biasa.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi saya beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan saya memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik