7) Cara Menggunakan OYO Money
Bab ini saya akan gunakan VIDEO. Jadi anda wajib TONTON video ini untuk pemahaman yang lebih jelas:
1. Jika OYO Money anda RM0, bermakna anda masih belum layak untuk menggunakan OYO Money.
2. Apabila tiba HOT OFFER seperti penginapan RM1 ataupun FREESTAY promotion, jumlah OYO Money sangat memainkan peranan.
3. Jika OYO Money anda lebih banyak dari kadar penginapan/harga hotel, anda sememangnya LAYAK untuk mendapat semua potongan kerana ianya boleh “ditebus” dengan mudah.
4. Sebab itulah saya sertakan sekali TEKNIK yang saya guna, supaya anda BOLEH KUMPUL OYO Money sebanyak yang mungkin.
5. Mereka (ANDA) yang diperingkat awal membeli panduan ini, dan sudah FAHAM cara serta konsep apps OYO, mereka SANGAT BERPOTENSI untuk mengumpul lebih BANYAK OYO MONEY!
Ini kerana di Malaysia masih ramai lagi yang menggunakan apps ini dan masih ramai yang tak faham mengenai konsep OYO Money ini (eWallet).
Rata-rata masih lagi menganggap ewallet OYO Money ni memerlukan mereka untuk masukkan atau transfer duit dari akaun bank ke dalam apps OYO dengan tujuan untuk membuat booking.. walhal ianya bukan begitu.
Nampak tak?
Peluang anda masih terbuka untuk collect OYO Money sebanyak mungkin.
6. OYO Money selalunya “auto-ready” untuk digunakan… anda tidak perlu risau.
7. Yang anda perlu buat ialah TAMBAHKAN Oyo Money anda. Itu sahaja.
8. Walaubagaimanapun, ada masanya OYO Money tidak appplicable untuk sesebuah hotel/apartment pada hari yang kita hendak bermalam.
Lihat gambar di bawah:
9. OYO Money tidak boleh ditolak SEMUA, melainkan jika OYO membuat promosi OYO MONEY + RM1 (lihat bab 6.2 LIVE PROOF – booking hotel RM1). Kebiasaannya OYO Money akan diperuntukkan mengikut giliran (rotation) mengikut potongan yang telah ditetapkan.
10. OYO Money tidak wajib ada pada semua hotel. Hanya hotel yang terlibat dalam promo OYO Money sahaja akan mempunyai di senaraikan di dalam apps.
Mungkin hotel A TIADA dalam senarai hotel yang layak terima OYO Money minggu ini… tapi minggu depan ada. Sebaliknya hotel B minggu hadapan TIADA dalam senarai, walaupun ia ada tersenarai senarai minggu ini”
Mungkin ini adalah salah satu marketing yang dibuat oleh OYO untuk “memujuk” kita supaya bermalam di hotel yang lain.+
Walaubagaimanapun, jangan risau sebab ianya hanyalah untuk sementara sahaja/penggiliran.
Kalau TIADA OYO Money, adakah saya dah membuat kesilapan BESAR dengan membeli Panduan Hotel?
Susahlah macam ni… kena cari oranglah… kena beri REFERRAL LINK lah… leceh betul!!
SABAR…….
Anda tak buat kesilapan pun. Malah keputusan anda dengan membeli Panduan Hotel adalah antara keputusan yang tepat untuk pelaburan percutian di masa akan datang.
OYO Money ni kalau tiada, tak mengapa. Kalau ada pula, itu dikira BONUS sebab bila hotel tu ada peruntukan OYO Money, maka kita dapatlah tambahan penjimatan.
Saya sendiri walaupun ada banyak OYO Money, tetap tidak bergantung sepenuhnya kepada OYO Money.
Sebab apa?
Sebab OYO memang selalu buat PROMO dari masa ke semasa. Dari promo tersebut, kita akan dapat TAHU coupon code apa yang kita boleh guna untuk penjimatan.
Even ada coupon code atau promo code yang beri peluang menginap di hotel pada harga murah pun, saya bukannya mampu pergi semuanya.
Sebab saya pun bekerja dan masa saya terbatas. Saya pasti anda juga sama. Kita semua ada komitmen yang sama.
Sebab tu saya tak kisah kalau OYO Money tiada, sebab OYO dah beri BANYAK PENJIMATAN pada promosi yang selalu diberi… setiap bulan.
Ditambah lagi dengan promo code yang telah dikongsikan dalam BAB Coupon dan juga coupon coupon promo semasa di dalam group support.
Untuk info coupon promosi, ada diceritakan dalam Bab Coupon / Promo Code. So teruskan membaca.
UPDATED!!
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, TIDAK SEMUA HOTEL mempunyai promosi untuk OYO Money.
Hotel yang terlibat akan bertukar (rotate) mengikut senarai yang ditentukan.
Tujuannya adalah untuk memberikan PELUANG YANG SAMA RATA kepada semua hotel yang ada di dalam senarai supaya mendapat PROMOSI berdasarkan waktu yang telah ditetapkan.
Mungkin HOTEL A tiada dalam list minggu ini, tapi minggu hadapan ada. Mungkin HOTEL B ada dalam senarai minggu ini tetapi minggu hadapan tiada.
Jadi bagaimana untuk mengetahui HOTEL mana yang ada OYO Money???
Mudah sahaja.
Saya ada kongsikan videonya di dalam group support di FB.
Mohon klik link ini sekarang:
https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/702161203624247/
Bagaimana kalau paparan dalam video di atas TIDAK MUNCUL dalam apps saya?
Tak perlu risau.
Ketentuan OYO Money samaada disediakan atau tidak pada sesebuah hotel tu tetap ADA ditunjukkan dalam details ketika anda hendak membuat booking nanti.