6) Cara Membuat Booking atau Tempahan Penginapan
Untuk membuat booking menggunakan Apps OYO, caranya sangat mudah. Malah lebih mudah dari apps hotel lain yang kita pernah guna.
Secara tertibnya, inilah proses yang terlibat dalam proses membuat booking ataupun tempahan:
1. Buka apps OYO
2. Taip atau pilih tempat yang anda ingin pergi.
– Pada saat ebook ini ditulis, OYO masih dalam proses untuk menambahkan lagi hotel di dalam senarai pengkalan data mereka.
Jika lokasi yang ingin anda pergi itu TIADA SENARAI HOTEL, bermakna memang belum ada lagi penginapan OYO di situ.
Jadi TIPS TERBAIK yang saya boleh beri kepada anda untuk membuat carian hotel terkini ialah dengan menggunakan 3 jenis kata kunci atau keyword di bahagian “search” berdasarkan:
i) nama negeri masing-masing.
ii) nama bandar yang anda ingin pergi.
iii) nama kawasan/daerah/lokasi yang anda ingin pergi.
3. Pilih jenis bilik dan harga penginapan.
– Ini bergantung kepada budget masing-masing.
Kalau anda seorang diri dan perlukan bilik single, maknanya itu lebih sesuai dan lebih ekonomi.
Kalau berdua, bilik deluxe mungkin menjadi pilihan manakala mereka yang sudah mempunyai anak, Family Suite tentunya will be the best choice.
4. Pilih tarikh untuk anda pergi.
– Pemilihan tarikh sangat penting kerana ianya memainkan peranan dalam menentukan harga penginapan.
Ini adalah kerana harga penginapan di hujung minggu (Sabtu dan Ahad) memang confirm lebih tinggi sedikit dari hari biasa (weekdays).
5. Masukkan Coupon (jika ada)
– Coupon adalah tertakluk kepada promosi semasa. Untuk info yang ini, saya akan kongsikan di bahagian akhir nanti.
6. Isikan maklumat booking dibuat untuk siapa.
– Sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, anda boleh nyatakan dengan mudah (ini salah satu sebab kenapa saya suka OYO!)
7. Klik butang Book Now.
– Bayaran boleh dibuat secara online ataupun di hotel.
Saya selalu memilih untuk membuat pembayaran di hotel. Kemudian, saya akan confirmkannya lagi sekali dengan pihak OYO.
Walaubagaimanapun, ada ketikanya OYO meminta kita untuk membuat pembayaran secara ONLINE pada waktu itu juga.
Mengapa ini terjadi sedangkan biasanya kita boleh buat pembayaran di hotel sewaktu check in?
Ini jawapannya (berdasarkan pengalaman saya):
Ada ketikanya kita pernah membuat CANCELLATION setelah kita membuat booking.
Apabila OYO melihat kita selalu membuat cancellation, ini menyebabkan orang yang nak booking di tempat yang sama TERPAKSA MEMBATALKAN BOOKING mereka disebabkan perbuatan kita yang kerap membatalkan booking atau tempahan yang telah dibuat.
Dalam ertikata lain, pemilik hotel/resort/apartment/kondo akan rugi… NO BUSINESS.
Kalau anda merupakan pemilik hotel dan kebanyakan customer buat perkara yang sama, anda juga akan marah dan kecewa.
Bila anda tiada business, OYO juga tiada business… manakala orang lain pula akan rasa teraniaya… sedangkan mereka memang nak pergi atau menginap di tempat tersebut.
Jadi untuk mengatasi masalah ini, OYO akan meminta kita membuat pembayaran ON THE SPOT bagi mengekang perbuatan ini dari menular.
Jika anda tidak pernah membuat cancellation, kemungkinan hotel itu secara puratanya menerima banyak cancellation secara mendadak.
Bagaimana boleh terjadinya cancellation mendadak?
Okay sekarang baca senario di bawah ini:
*************************************
Katakan OYO membuat promosi potongan harga “kaw-kaw” untuk hotel yang baru join.
Secara logiknya, ramai pengguna OYO yang akan buat booking ( dan bayar di hotel) SEMATA-MATA tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan harga murah.
Atas dasar booking dibuat BUKAN DISEBABKAN untuk menginap atau atas tujuan bercuti mahupun atas urusan kerja, maka di akhirnya secara beramai-ramai juga ramai yang buat CANCELLATION.
Inilah merupakan satu KERUGIAN YANG BESAR untuk semua PIHAK.
Jadi saya harap anda faham kenapa ada masanya anda tidak boleh bayar di hotel.
Anyway, jika anda pernah berada dalam situasi kena bayar secara on the spot, JANGAN RISAU sebab lama-kelamaan kemudahan untuk bayar di hotel akan diberikan kembali kepada anda seperti biasa.
6.1 Tutorial Bergambar Cara Membuat Booking / Tempahan
1. Pilih lokasi yang anda ingin pergi
2. Klik pada gambar penginapan
3. Tentukan tarikh check-in
4. Klik pada tarikh yang telah anda tetapkan
5. Tentukan jenis bilik
Untuk jumlah Guest, saya biarkan sahaja pada 1 adult kerana 1 adult masih BOLEH BOOKING kesemua jenis bilik.
Saya boleh booking Family Suites sekalipun dan menginap seorang dalam bilik tersebut.
Jadi kalau anda bertiga (seorang anak) tapi katil KING boleh memuatkan anda bertiga, boleh saja.. tiada masalah.
Tapi kalau datang BEREMPAT dan booking 1 bilik yang katilnya CUMA 1, itu pasti akan membaca masalah kepada keluarga anda sendiri.
Melainkan kalau anda dapat bilik hotel seperti The Platinum Hotel and Suites… itu tidak jadi masalah kerana biliknya besar
UPDATED:
Mohon RUJUK VIDEO LIVE saya di sini sebab saya ada update sekali INFO LANJUT mengenai BILIK:
KLIK LINK INI SEKARANG:
https://www.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/769995800174120/
6. Jika ada coupon, masukkan coupon.
Perhatikan pada gambar ke-6:
i) Apa yang anda lihat ini tidak sama dengan apps yang baru anda install sebentar tadi.
– Apps yang baru (yang belum ada OYO Money) masih belum “entitled” untuk mendapat OYO Money Benefit (lihat anak panah).
– Tapi anda masih boleh mendapat Price Drop dan Coupon (lihat anak panah).
ii) Jika ingin membuat booking untuk orang lain, klik pada logo pensil sebelah nama anda yang berwarna hijau tu dan masukkan nama serta phone number mereka (lihat anak panah besar)
7. Semak semua pilihan dan jika betul, klik butang BOOK NOW
8. Booking ID anda berada di bahagian atas sekali.
Perhatikan pada gambar ke-8:
i) Di bawah Booking ID, ada link untuk anda maklumkan pihak OYO mengenai masa ketibaan anda (waktu untuk check-in). Jika anda lambat, pilih waktu yang disediakan.
ii) Anda tak perlu risau mengenai lokasi hotel kerana butang Directions ada disediakan di bawah.
iii) Jika anda ragu mengenai booking anda, saya rekomen anda untuk telefon careline OYO.
*Jangan risau, anda tak perlu tunggu lama untuk mendengar suara mesin menjawab panggilan anda. Staff OYO akan membantu anda on the spot.
9. Bayar terus atau bayar di hotel pun boleh.
10. Anda akan terima mesej dari OYO.
Perhatikan pada gambar ke-9:
i) Bayaran boleh dibuat selepas booking dan juga waktu tiba di hotel. Untuk saya, saya lebih suka buat bayaran di hotel.
Perhatikan pada gambar ke-10:
i) Inilah antara konsep OYO yang saya suka. Bukan setakat melalui email, tapi OYO akan menghantar notification mengenai booking saya di Whatsapp!
Dari situ, saya akan reply mesej mereka mengatakan saya akan jelaskan bayaran penginapan di hotel.
OYO sangat cooool….
11. Pengesahan melalui email dari OYO
12. Support OYO melalui Whatsapp
Perhatikan pada gambar ke-11:
i) Selain dari notifikasi di Whatsapp, seperti biasa anda juga akan menerima email slip tempahan yang anda boleh di print out untuk dijadikan sebagai bukti penginapan
Perhatikan pada gambar ke-12:
i) Itu adalah chatting saya bersama support OYO di whatsapp. Selalunya staff OYO akan respons pantas untuk setiap soalan yang saya ajukan.
Cara memasukkan Coupon Code:
Saya sediakan sekali tutorial dalam bentuk VIDEO untuk anda lihat dengan lebih JELAS.
Sekali sahaja anda tonton video ini, saya pasti anda akan tahu caranya.
COUPON CODE YANG LAIN:
Sebenarnya selain dari coupon yang ditunjukkan dalam video di atas, ada BANYAK LAGI coupon yang saya sediakan di dalam 11) TIPS Mendapatkan Coupon + Diskaun.
Itu anda BOLEH BACA sendiri di bab 11 nanti ya. Sabar dulu… baca sehingga habis satu-satu bab.
Anda beli Panduan Hotel ini untuk belajar cara mengurangkan kos penginapan…. kan?
So bacalah yea… jangan tak baca.
6.2 LIVE PROOF (booking hotel RM1)
Ini adalah screenshot pengalaman pertama saya membuat booking atau tempahan untuk bermalam di Bayu View Hotel di Melaka pada harga RM1:
Pengakuan:
Sewaktu saya membuat booking hotel RM1 ini, saya sangat berasa was-was.
Saya anggap ini semua “sembang kosong” sahaja.
Tapi selepas saya terima email pengesahan (lihat gambar sebelah/atas)), saya mula rasa yakin sedikit.
Bila hati dah yakin, saya dengan beraninya terus membuat 2nd booking di hotel yang sama… juga pada harga RM1.
Jika dibayar terus, nilai RM0 akan keluar – tak perlu bayar di hotel lagi).
Ini gila… memang gila!
Hanya selepas membuat kedua-dua booking tu, barulah saya beritahu isteri saya:
“Lusa kita pergi Melaka nak? Kita makan angin… boleh jalan-jalan kat Jonker Walk”
Isteri saya membalas,
“Aikkk… anniversary kita hujung bulan ni bang. kenapa pergi sekarang? hari ni baru 21hb… lagi 10 hari je kot… ”
Saya terus jawab,
“Abang nak make sure sama ada betul ke promosi hotel RM1 ringgit ni wujud… itu je. Rezeki kita ni… dapat 2 malam”
Hari yang ditunggu pun tiba, saya dan isteri terus bertolak ke Melaka untuk check in.
Sampai di sana, saya terus pergi ke reception… saya tanya habis-habis dan ternyata promosi ini memang wujud… bukan SCAM!!
Ini adalah resit pembayaran dari Bayu View Hotel:
Tapi saya masih lagi was-was:
– Bagaimana dengan keadaan bilik RM1 ni?
– Adakah biliknya SAMA CANTIK seperti yang ditunjukkan di dalam apps?
– Hotel RM1 kot… takkan kemudahannya sama dengan hotel RM80 – RM150 yang biasa saya bermalam di kawasan Bandar Hilir?
Selama ini kalau kami ke Melaka, port kami selalunya di hotel yang berhadapan dengan Menara Taming Sari. Sebab harga bilik hotel di situ dalam range RM80-RM150.
Hotel di area tu cukup strategik.
Pergi ke Mahkota Parade dekat, pergi ke Dataran Pahlawan Mega Mall dekat… pergi bangunan Stadthuys dekat, pergi Bukit St Paul dekat, pergi A Famosa dan Muzium Melaka dekat… pergi ke Jonker Walk pun dekat.
Jalan kaki sahaja!
Cuma masalahnya bilik hotel di kawasan itu tidak berapa selesa.
Pernah sekali kami dari Kedah nak pulang ke JB, disebabkan hari dah senja… dan penat memandu, kami singgah tidur di Melaka.
Punyalah kepam bau bilik tidur kami, tak boleh nak describe. Tapi sebab badan dah letih sengat… tidur sahajalah.
Kami pasti anda juga pernah mendapat bilik yang seperti itu.
Berlainan dengan bilik RM1 yang kami dapat di Bayu View Hotel ini.
Sebaik saja masuk ke bilik… terkejut dibuatnya.
Sangat memuaskan!!
Isteri saya kata biliknya pun wangi. Bathroom bersih… sarung bantal pun sangat “fresh”.
Saya sendiri personally sangat rekomen anda untuk menginap di Bayu View Hotel.
Yang penting, saya belajar satu perkara penting pada hari itu iaitu bilik tidur OYO memang cukup BERSIH dan SELESA!!
Pendek kata, apa yang dilihat di dalam gambar SAMA 100% dengan situasi bilik yang sebenar. Ohsemmm!!
6.3 LIVE PROOF (booking hotel RM24)
Ini pula “review” dan screenshot perjalanan saya menginap di My Home Hotel, Melaka baru-baru ini iaitu pada 13hb Januari 2019 pada harga RM24 sahaja!!
Hotel ini terletak di Tengkera.
Kalau dari sini nak ke Bandar Hilir… dalam 5 minit saja (ikut Taman Kota Laksamana).
Di hotel ini juga saya dapat berkenalan dengan salah seorang staff OYO Melaka. Saya ambil peluang ini untuk bertanyakan konsep “penginapan murah” yang OYO praktikkan.
Secara peribadi, saya lebih suka berehat di hotel yang selesa dan bersih pada harga RM24 berbanding dari berehat setahun sekali di bilik yang berharga RM300++
Asalkan bilik tidur saya cantik, bersih dan selesa… itu dah lebih dari yang saya mahukan. Tak kiralah hotel tu RM10 je… RM20 ke… RM30 ke…
Di Melaka ni kalau anda berfikir tentang hotel 5 bintang untuk tidur, lebih baik duduk di rumah. Sebab Melaka punyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Tak guna duduk terperap dalam hotel sepanjang hari. Balik hotel sekadar untuk lepaskan penat… esok sambung lagi aktiviti/berjalan-jalan… betul?
6.4 Hotel / apartment / kondo / resort HILANG atau TIDAK WUJUD LAGI dalam apps??!!!
Ini adalah perkara BIASA. Mana-mana apps pun, akan terjadi isu seperti ini.
Selalunya apabila hotel yang kita nak cari itu TIADA dalam apps lagi, besar kemungkinan memang mereka sudah tidak bersama lagi dengan OYO.
Berlakunya isu sebegini adalah disebabkan ialah:
1. Berlakunya perlanggaran kontrak.
2. Kontrak dah tamat.
3. Pemilik unit penginapan tidak ingin meneruskan kerjasama dengan OYO.
Antara unit penginapan yang TIADA lagi dalam OYO setakat hari ini ialah:
Expressionz OYO Home di KL, Adena Beach Resort di Kuantan Pahang, Hotel SunBirds di Cameron Highlands dan Resort Rock Mountain Raub, juga di Pahang.
Cara Booking OYO Home
Di sini saya berikan TIPS MUDAH jika anda ingin membuat booking di OYO Home (Kondo, Banglo. Apartment):
Apa sahaja yang bukan didaftarkan sebagai HOTEL, akan masuk di bawah OYO Home… bukan OYO Hotel.
1. Deposit untuk menginap di mana-mana OYO Home adalah di antara RM100-RM300 (bukan RM50-RM100 seperti OYO Hotel).
2. Dengan deposit RM300 itu anda akan mendapat Access Card dan kemudahan lain yang terkandung dalam mengikut dalam pakej.
3. Saya galakkan anda sebelum membuat booking, buat dulu panggilan kepada OYO untuk bertanyakan beberapa perkara penting seperti:
– parking mcm mana? adakah disediakan parking di dalam kawasan atau tidak?
– apa lagi equipment yang ada di dalam bilik?
– apa lagi kemudahan yang disediakan?
Seperti swimming pool dan yang lainnya… kerana swimming pool bukanlah terletak di bawah OYO, tapi di bawah pihak pengurusan apartment/kondo/hotel. Ada juga unit penginapan yang memerlukan kita BAYAR untuk swimming pool ya.
– bayaran deposit di bayar di LOBI atau dengan pegawai OYO yang bertugas di pondok guard?
– jika anda MEMBUAT BOOKING lebih dari 1 bilik, anda BOLEH call pihak OYO dan confirmkan sama ada kedua-dua BILIK itu di dalam 1 unit rumah yang sama atau lain-lain rumah.
– kalau kedua-dua bilik berada dalam 2 unit rumah yang berasingan, anda disyorkan untuk REQUEST kedua-dua BILIK itu dalam SATU APARTMENT yang sama.
– tapi jika memerlukan 1 bilik, cari yang tertulis 1BR… bermakna 1 bedroom. tak perlu cari 2BR atau 3BR jika hendak menggunakan 1BR. itu lebih mudah.
– harga untuk 1BR, 2 BR DAN 3BR MEMANG TIDAK AKAN SAMA. jika 2BR atau 3BR, harga akan menjadi 2 dan 3 kali ganda (lihat gambar harga di bawah):
Selepas membuat booking, ada CARA PALING MUDAH untuk buat confirmation.
Hanya TEKAN sahaja button yang di tunjukkan di bawah ini untuk bercakap dengan “person incharge” atau pegawai bertugas.
Pastikan anda TANYA dan AMBIL NAMA pegawai bertugas supaya senang untuk rujukan lanjut:
Mudahkan???
***************************
Baru-baru ini, saya ada buat LIVE di dalam group support FB.
Dalam video LIVE selama 1 jam ini, saya ada sentuh mengenai TIPS untuk membuat booking di OYO Home.
Anda boleh tonton video ini di dalam group dengan klik pada link di bawah:
https://web.facebook.com/ijadjohorian/videos/10212612130578258/
4. Selepas membuat booking, dapatkan nombor telefon pegawai yang bertugas untuk memudahkan urusan komunikasi. Sehari sebelum datang, confirmkan lagi sekali mengenai check-in keesokan hari.
Cara untuk membuat booking atas NAMA ORANG LAIN SANGAT MUDAH.
Lihat gambarajah di bawah:
1. Klik pada tanda “pen merah” di sebelah nama kita.
2. Isikan nama orang yang kita nak buatkan booking atas nama dia.
3. Masukkan nombor telefon orang tersebut.
4. Klik Update details.
5. Call OYO Helpline (010- 4011 393) dan buat pengesahan sekali lagi.
p/s: sebarang SMS, Whatsapp atau butiran tempahan yang OYO hantar kepada kita haruslah di forwardkan sekali kepada orang tersebut, supaya mereka boleh gunakannya sewaktu check-in nanti
FLASH TIPS
(Memilih Tarikh Booking Dengan Betul)
Saya ada kongsikan satu lagi TIPS untuk membuat booking di dalam group support Panduan Hotel dalam bentuk VIDEO.
Boleh klik link di bawah untuk menontonnya di dalam group support ya!!
https://web.facebook.com/groups/panduanhotel/permalink/765630680610632/
OYO ASSIST
(Fungsi Terbaru Dalam Apps OYO
Terdapat banyak perubahan yang berlaku selepas berlakunya pandemic Covid-9.
Wabak Covid-19 yang membuatkan semua negara terkesan dalam sektor pelancongan telah menjadikan OYO lebih respon terhadap penggunaan teknologi demi kelangsungan industri.
Ini boleh dilihat dari kewujudan OYO Assist yang tidak pernah ada dalam apps OYO sendiri sebelum ini.
OYO Assist adalah satu “automated quick respon” sistem yang dibangunkan untuk membantu kita MENYEMAK booking yang kita telah buat.
Sebelum ini (anda boleh baca semula di atas), kita digalakkan untuk membuat semakan dengan membuat panggilan ke pegawai bertugas di talian Oyo Careline.
Tapi kini TIDAK LAGI.
Kita boleh menyemak terus booking yang telah dilakukan SECARA DIRECT ke dalam sistem OYO sendiri.
Menarik bukan?
Baik.
Sila tonton video yang telah saya sediakan di bawah ini:
Dalam video di atas, saya ada tunjukkan cara untuk gunakan OYO Assist…. termasuklah cara untuk mendapatkan NO TEL lokasi penginapan kita sekali.
Walaubagaimanapun, OYO Assist hanya sekadar memberikan confirmation dari segi STATUS sahaja, bukan HARGA PENGINAPAN TERKINI yang dibayar.
Maknanya ada 2 saja jawapan yang kita boleh dapat dengan tepat iaitu CONFIRMED atau NOT CONFIRM .
Lihat kembali video dan fokus kembali kepada harga ASAL penginapan (Triple Suite – Sabtu malam Ahad – weekend), harganya RM175 … kan?
Dari segi logik, memang cukup logik sebab itu adalah tarikh pada Sabtu malam Ahad.
Harga sebenar atau harga terkini selepas ditolak dengan coupon sebenarnya masih ADA dalam menu Bookings seperti biasa.
Untuk harga bilik saya, ini adalah harga selepas ditolak:
Sekali lagi, OYO Assist berfungsi untuk pengesahan BOOKING sahaja… bukan untuk pengesahan PEMBAYARAN.
Walaupun begitu, dengan adanya OYO Assist kita boleh TAHU SECARA DIRECT semua STATUS BOOKING kita berbanding dengan cara lama, membuat panggilan.
Perlu diingat, semua hotel masih bergantung kepada details BOOKINGS ya… bukan info dalam OYO Assist.
Jadi pastikan anda bawa nombor ID booking dan yang lain-lain untuk check in.