3) Bermulanya Kisah Hotel RM1

Ceritanya bermula begini…

Pada bulan November 2018 yang lepas, saya ada berkongsi info mengenai satu Apps di wall Facebook saya yang menawarkan penginapan hotel semurah RM1.

 

Waktu itu ramai yang tak percaya dengan apa yang saya kongsikan.

Ada yang menyangka saya bergurau… sengaja nak buat troll… ataupun prank mereka dengan harga hotel RM1 untuk 1 malam. 

Nasib baik dalam banyak-banyak tu, ada juga antara sahabat FB saya yang percaya dan hasilnya mereka sudah pun memiliki satu lagi option untuk menginap di hotel terpilih pada harga yang berbaloi.

Nampak macam tipu, tapi ianya adalah BENAR. Zaman dah berubah… ini adalah konsep baru.

Ramai yang bertanya kepada saya:

– En Izad, macam mana En Izad boleh bermalam di hotel pada harga RM1? 

– Kalau bukan RM1 yang promosi itu pun, kenapa saya tak boleh dapat “rate” atau kadar penginapan antara RM10-RM30 dengan menggunakan apps yang sama?
 
– Hotel yang murah macam ni tahap kebersihannya macam mana? bagus ke?

– Sekali lagi soalan saya… hotel RM1? betul ke ni? bunyi macam tipu je…?

Saya masih ingat lagi  lokasi hotel RM1 ringgit yang dipromosikan. Ia hanyalah untuk hotel yang berada di Johor Bahru, Melaka dan KL sahaja.

Ini antara hotel-hotel yang tersenarai di bawah promosi RM1 ketika itu:

Buat pengetahuan anda, senarai hotel Apps ini buat masa sekarang saya lihat lebih kurang sama dengan Agoda sewaktu mereka mula-mula hendak terjah market Malaysia suatu ketika dulu.

Maksudnya, mereka belum mempunyai senarai hotel yang banyak.

Tapi yang pasti dan yang saya hendak anda semua TAHU, senarai hotel mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa!!

By the way, cerita pasal Apps…. anda tau tak apa nama apps yang saya maksudkan sejak dari mula tadi???

Bersambung di bab yang seterusnya…

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi saya beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan saya memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik