2) Pengenalan

Setuju tak kalau saya katakan TIADA seorang pun dari kita yang TAK SUKA pergi berjalan-jalan… pergi holiday… atau makan angin?

Kalau ditanya, SEMUA akan beritahu yang mereka suka berjalan-jalan… pergi holiday… berehat… bersama insan tersayang, betul?

Apatah lagi kalau dapat tidur di hotel yang bersih dan selesa.

Bercakap pasal hotel, kenapa tidur di hotel selalu dikaitkan dengan “selesa”?

Sebab perkataan “HOTEL” itu sendiri dah memberikan rasa “mewah” dan “eksklusif”. Pendek kata, hotel itu melambangkan sesuatu yang “eksklusif” dan ada “class”.

Sampai kadang-kadang wujud sentimen “HOTEL = MAHAL” yang mampu membuatkan kita TAK NAK tidur di hotel… semata-mata nak “save budget”.

Akhirnya kita akan melabel mereka yang selalu bermalam di hotel itu sebagai “orang kaya” atau orang yang “berkemampuan” walhal sebenarnya kita pun boleh!

Jadi hari ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana orang kebanyakan seperti kita boleh bermalam di hotel pada harga yang jauh lebih RENDAH dari biasa!!

Baca dulu kisah “penginapan di hotel” saya dalam bab seterusnya sebagai pembuka bicara.

2.1 – Kisah Saya Dan Penginapan di Hotel

Selama beberapa tahun saya memikul tanggungjawab sebagai seorang weekend husband (JB – Tapah), hotel telah menjadi rumah saya yang ke -2.

Pengalaman tidur di hotel secara rutin telah membuatkan saya menjadi seorang yang sangat “memilih” bila tiba isu bilik tidur.

Kalau anda nak tau lagi, disebabkan isu bilik tidur ini jugalah saya mula kurang “percaya” pada rating atau jumlah bintang yang ada pada sesetengah hotel.

Rating atau bintang yang tinggi tak semestinya mewakili keadaan bilik hotel yang bersih… terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan hygiene bantal, tilam dan seumpamanya.

Secara ringkas, saya tak kisah bagaimana rupa luar sesebuah hotel itu. Asalkan dalaman dan bilik tidurnya BERSIH… itu dah cukup untuk saya.

Pendek kata, KUALITI BILIK TIDUR sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti tidur saya sebab perjalanan JB – Tapah bukannya dekat, sebab itulah saya perlukan bilik yang selesa.

Jadi, adakah anda juga mementingkan kualiti bilik tidur hotel seperti saya?

Jika YA, teruskanlah membaca….

2.2 – Kepentingan Penjagaan dan Kebersihan Bilik Tidur di Hotel

Secara peribadi terdapat 6 perkara yang saya utamakan apabila hendak bermalam di hotel iaitu:

1. Bilik yang tidak berbau
2. Bantal yang empuk
3. Comforter yang gebu
4. Tilam yang tebal (ada standard)
5. Tuala yang lembut
6. Bilik air (bathroom) yang bersih dan tidak melekit.

Sekarang cuba bayangkan bantal yang anda baring tu masih ada bau rambut… bau peluh… dan bau badan mereka yang bermalam sebelumnya… apa perasaan anda?

Isu yang sama juga selalu berlaku ketika saya dan isteri bermalam di Cameron Highlands (sebulan sekali memang akan ke Cameron masa jadi weekend husband) dulu.

Selepas daftar dan bayar deposit untuk bilik hotel, kami akan terus buat “spot check”. Memang ada je bilik yang cadar, selimut dan sarung bantalnya tidak bertukar.

Saya tak tipu.
Bila itu terjadi, saya akan request untuk tukar semua persalinan. Kalau tidak, saya akan minta tukar bilik.

Adakah apa yang saya nyatakan di atas tadi menunjukkan saya ni jenis yang cerewet?

Atau adakah saya ni terlalu mengada-ngada? Serta poyo?

TIDAK.
Saya cuma pertahankan hak saya sebagai seorang pengguna… sama seperti anda.

Lagipun saya tau di Malaysia kita tiada talian hotline untuk kita adukan masalah bilik tidur hotel. Paling teruk pun, kita akan “bergaduh” dengan pengusaha hotel.

Cuba bayangkan kalau ORANG TUA ANDA yang menginap di bilik hotel yang diceritakan di atas tadi, adakah anda boleh terima?

Mesti anda akan pertahankan hak ORANG TUA anda… betul?

Dalam panduan yang saya sediakan ini, saya ada berkongsi mengenai option untuk membuat aduan secara DIRECT jika tidak puas hati dengan bilik tidur yang telah dibooking melalui Apps yang telah disediakan.

Bermakna kalau anda check-in di hotel-hotel yang tersenarai di dalam Apps tersebut dan mendapati bilik tidurnya seolah-olah tidak dibersihkan, anda boleh terus buat panggilan ke Support Center (nombor telefon akan saya berikan).

Anda juga boleh request untuk pindah ke bilik yang lain (bergantung pada tahap keperluan) dan pihak hotel akan uruskannya.

Anda malah boleh “shifting” ke hotel lain jika keadaan mendesak!

Amacam?
Bestkan?
Ada rasa macam VIP tak?

Inilah antara faktor mengapa saya SUKA menggunakan Apps ini. Mereka sangat KOMITED dalam memberikan yang terbaik untuk pelanggan.

Itu baru sedikit… ada banyak lagi info yang menarik untuk anda baca.

Tapi apa nama Apps yang saya guna?
Sabar… teruskan pembacaan anda…

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi saya beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan saya memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik