Bagaimana hendak membuat pinjaman rumah dan kereta menggunakan hasil jualan di ebay

Mempunyai rumah dan kereta atas nama sendiri merupakan idaman dan impian bagi ramai orang. Jika dilihat dari dada akhbar dan juga television pemilikan hartanah dikalangan bumiputra sangatlah rendah. Mungkin salah satu faktor adalah ekonomi. Hendak sampai hujung bulan pun kadang-kadang “tak lepas” lagilah hendak cerita mengenai pemilikan hartanah. 

Ada juga pemaju yang mengenakan hanya sedikit wang pendahuluan untuk pemilikan rumah dan pemaju tanggung kos guaman. Walaupun kena bayar kos pendahuluan yang minima untuk beli rumah baru, banyak sebenarnya kos yang diperlukan. Boleh dikatakan kos yang minimun ada berbelas ribu ringgit. Biasanya kos berbelas ribu ringgit ini kos asas sahaja seperti kos wiring, membeli lampu, kipas, tambah soket dan kelengkapan rumah yang lain.

Anda bertuah kerana memilih untuk memiliki panduan ini dimana kami akan tunjukkan langkah-langkah bagaimana kami berjaya membuat pinjaman bank dengan menggunakan hasil jualan ebay. Dengan teknik ini kami berjaya membuat pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman ASB, dan juga kad kredit. Kredit kad kami gunakan untuk membayar bill DHL. Tiada caj kad kredit yang dikenakan dan selepas bayar bill DHL menggunakan kredit kad malahan akan dapat point. Point ini ada yang kami gunakan untuk tebus PS4 dengan hanya perlu membayar separuh harga sahaja dengan pengeluar kredit kad. Tapi awas, jangan salah gunakan kredit kad. 

Semasa awal menjual di ebay, kami daftar lesen enterprise dari SSM. Walaupun jualan kami sikit sahaja, kami sudah daftar SSM. Kami membuka akaun bank mengunakan lesen enterprise ini. Segala resit perbelanjaan membeli barang kami simpan. Ebay fee pun kami simpan dan cetak. Hampir semua resit perbelanjaan yang kami keluarkan untuk menjual di ebay kami simpan dalam fail.

Untuk setiap akaun ebay, sebagai contoh Akaun ebay A yang menggunakan nama kami sendiri. Segala pengeluaran duit dari PayPal akaun A akan kami transfer ke akaun syarikat. Untuk akaun ebay B yang menggunakan nama isteri akan di transfer juga ke akaun syarikat. Dengan menggabungkan beberapa akaun ebay, hasil jualan ebay kami konsisten 5 angka ke 6 angka sebulan. 

Selepas itu kami gunakan khidmat syarikat yang boleh mengira cukai keuntungan jualan ebay kami. Segala jenis dokumen yang mereka minta kami sudah sediakan dan simpan didalam fail. Selepas pengiraan keuntungan dilakukan, kami membayar cukai. Setelah ada bukti dan resit pembayaran cukai, hendak buat pinjaman bank memang senang. Biasanya pihak bank ingin melihat dalam 2 tahun lepas ada bayar cukai ataupun tidak. Kalau ada bayar cukai untuk 2 tahun berturut-turut memang senang nak lulus pinjaman.

Biasanya dokumen yang bank minta untuk buat pinjaman rumah adalah bank statement, e-filing LHDN, resit pembayaran cukai, SSM yang sudah 3 tahun. Setiap bank berbeza keperluan dan dokumen yang mereka pinta. Walaupun korang baru mula menjual di ebay, buatlah lesen niaga SSM. Kalau jenis bank yang memerlukan pemohon ada perlu SSM yang sudah 3 tahun, sekurang-kurangnya korang dah bersedia dari awal. Kalau jualan korang memang sudah konsisten 5 angka tetapi korang tidak bayar cukai memang susah hendak lulus permohonan. Mengikut logik bank, kalau tanggungjawab terhadap negara pun tak dilaksanakan apatah lagi tanggungjawab terhadap pinjaman bank. Contoh surat pembelian rumah seperti dibawah

Pada mulanya kami berjaya menyelesaikan pinjaman kereta yang kecil (viva dan kancil) kemudian kami berjaya menyelesaikan pinjaman kereta myvi masing-masing. Selepas itu kami berjaya selesaikan hutang PTPTN dan memang nampak banyak potensi kalau betul-betul fokus.

Ianya tidak mudah dan ianya juga tidak mustahil. Untuk mendapat jualan di ebay memang mudah. Untuk mendapat jualan yang konsisten bukannya mudah dan cepat. Mungkin rezeki korang cepat sampai dengan panduan ini ataupun lagi lambat. Yang penting kena ada usaha yang berterusan dan cepat-cepat korang bina tim sendiri iaitu ada pekerja yang uruskan order, mencari niche baru dan juga jadi customer service bagi pihak korang.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik