Cara-cara untuk membuat PayPal invoice
Kalau sudah lama dan biasa dengan eBay, biasanya akan dapat mesej dari buyer untuk beli secara bulk ataupun beli dengan kuantiti yang banyak. bagi mereka yang register eBay sebelum bulan 6, 2021 akan ada akaun PayPal. Sekarang pakai Payoneer.
Mereka ini ada juga seller dimana mereka beli bulk dan jual balik di negara mereka. Kalau dapat deal macam ni memang best!
Sebelum nak deal dengan mereka ini, pastikan mereka sudah membeli barang korang di eBay. Jangan lah kalau belum beli lagi dan korang sudah mahu ajak mereka deal luar eBay.
Yang ni memang cari nahas dengan eBay. eBay boleh suspend akaun korang kalau tak ikut rules eBay.
Kalau buyer sudah beli akan dapat nombor telefon mereka. Biasanya kami try whatsapp ataupun telegram buyer tu. Kalau ada reply dan nak beli memang kena jackpot. Dapat jimat eBay fee 12.55% tu.
Memang tak ramai yang reply. Biasanya dalam 30 mesej sorang dua je reply. Ok lah tu. Boleh jadi regular customer.
Contoh invoice yang sudah dibayar di PayPal dan email seperti dibawah
Senang sahaja nak buat invoice PayPal untuk dihantar kepada buyer. Lepas login akaun PayPal klik Tools kemudian klik Invoicing
Kemudian klik Create
Masukkan butiran seperti gambar dibawah dan klik send
Sudah berjaya hantar invoice dan hanya perlu tunggu buyer bayar. Deal macam ni tidak banyak berlaku tetapi kena pastikan kalau dapat deal macam ni pastikan untung terus berbaloi.
Kalau mereka sudah percaya, mereka akan repeat order lagi. Jadi boleh bayangkan berapa besar potensi kalau dapat ramai buyer macam ni.
Jangan terlalu gopoh untuk deal macam ni. Tanya dulu dengan buyer tu. Contoh mesej yang diterima di eBay
“Hi,
I wish to order ** boxes again. Can you provide discount for this?
Thanks“
Lepas tu balas gunakan whatsapp ataupun telegram, bukannya send melalui eBay message
“Hello (nama buyer),
Lepas tu buyer tu balas
“Hi,
Thanks for getting back to me. This price is fine. Can you send the invoice to this PayPal account:
****@gmail.com
Is this okay? The delivery address is the same on both accounts. I will pay for this right away once you have sent the invoice.
Thanks,”
Tanya dulu. Kalau buyer tu ok baru kita deal. Jangan tergesa-gesa kerana ada juga buyer yang hanya mahu deal di ebay sahaja.