Strategi Pemilihan Produk (Long Term)

Untuk produk yang boleh jual lama, korang mesti kena ada supplier sendiri. Yang ini memang kena cari sendiri. 

Cuba tanya kenalan, kedai berhampiran, carian di internet ataupun kalau terserempak dengan lori yang korang rasakan pemborong, ambil nombor telefon di badan lori itu. Ya, itulah cara yang kami lakukan.

Kalau dah jumpa supplier jaga dengan baik hubungan dengan mereka. Supplier ini kadang-kadang tak tahu pun yang korang jual di ebay. 

Ada yang tahu dan supply kepada beberapa seller ebay. Mereka ini akan beritahu jika ada produk baru, produk apa yang hot dan banyak terjual di ebay dan apa-apa jua informasi terkini yang tidak ada di internet.

Setiap barang ada jangka hayat. Ada barang yang jangka hayatnya setahun.Ada yang dua tiga bulan. Ada yang bertahun-tahun. Ada juga kes bulan pertama jual memang laku keras. 

Satu barang sahaja untung dah beribu ringgit. Bulan kedua sampai keempat masih ok lagi. Bulan kelima dan makin ramai orang yang jual dan bermulalah perang harga. Begitulah seterusnya. Kerja korang memang kena sentiasa cari produk untuk dijual.

Cari barang yang jangka hayatnya bertahun-tahun dan orang akan beli kalau dah habis gunakan. Kalau dah dapat memang korang dapat durian runtuh. 

Lepas tu jangan jual kuantiti sedikit sahaja. Jual kuantiti yang banyak juga contohnya terus jual dengan 30 unit untuk satu listing. Contohnya “30 pcs box A”. Ada pembeli yang beli barang dari anda untuk dijual balik di negara mereka. 

Contohnya mereka beli barang “30 pcs box A” di ebay dan jual balik di Amazon. Ataupun mereka beli “30 pcs box A” di ebay dan jual balik di ebay “1 pc box A”. Dan ada juga kes dimana mereka jual balik di kedai mereka ataupun di pasar malam di negara mereka. 

Ini adalah berdasarkan pengalaman kami bertanya kepada pembeli kenapa mereka beli barang dengan kuantiti yang banyak. Barang macam ini memang jarang laku tetapi sekali laku memang untung banyak.

Kalau korang minat baju bundle, memang boleh tahan lama jual di ebay. Baju bundle ini susah sikit orang nak tiru. Katakan terjual baju A, orang lain susah hendak cari baju yang sama. 

Baju bundle memang setiap hari tak laku 2 ke 3 helai tetapi sekali laku biasanya memang berbaloi. Untuk yang berminat korang boleh search di ebay dengan menggunakan keyword “vintage”

Gambar di atas adalah sebahagian baju yang dijual di ebay. Ramai yang menjual baju di ebay terutamanya mereka yang tinggal di pantai timur.

Ingat ya, untuk menjual di ebay hampir semua orang boleh jual barang, tetapi untuk bertahan bertahun-tahun perlukan skil dan usaha yang berterusan. 

Networking sangat penting kerana kalau korang dah buntu nak cari barang apa tanyalah dengan networking korang. Tak pun kalau stok korang habis awal dan networking korang masih ada stok, korang boleh minta tolong hantarkan. 

Untuk order barang dengan banyak dari supplier dan mendapat harga murah, korang boleh kongsi dengan networking. Ini boleh kurangkan risiko barang tidak laku.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik