Cara nak hantar barang ke luar negara melalui BerkatPos

Bagi yang tiada SSM untuk daftar syarikat kurier tiada masalah. Anda boleh gunakan servis BerkatPos dari Tim Export Mudah. 

Buat masa ni penghantaran ke USA, Canada, UK, Australia dan Singapore sahaja. Kos penghantaran ke USA seperti dibawah

0.5 kg = RM 116.85
1.0 kg = RM 134.20
1.5 kg = RM 150.95
2.0 kg = RM 168.00
2.5 kg = RM 185.05
3.0 kg = RM 202.10
3.5 kg = RM 219.15
4.0 kg = RM 236.20
4.5 kg = RM 253.25
5.0 kg = RM 270.30

NOTA : Kos ini berubah mengikut kadar caj tambahan semasa DHL Express. Namun biasanya ianya tidak lari jauh dari harga seperti diatas. 

Untuk caj penghantaran ke negara lain seperti Singapore, Canada, UK dan Australia boleh semak di BerkatPos.com. 

Untuk ke Canda dan Australia biasanya kami akan semak dahulu samada alamat itu dikenakan remote area (kawasan pendalaman) caj ataupun tidak. Remote area ialah kawasan pendalaman. Biasanya caj RM96 extra akan dikenakan.

Caranya ialah hantar barang ke alamat di bawah. Jika anda beli dari Shopee, Lazada ataupun supplier boleh letak terus alamat ni.

Berkat Global Network
No 21B, Jalan Eko Perniagaan 9
Taman Kota Masai
81700
Pasir Gudang, Johor
+60193312354

Selepas itu kami akan packing semak dan check berat. Kami akan beritahu berat yang sebenar dan selepas itu baru anda buat pembayaran di BerkatPos.com. 

Kurier akan caj berdasarkan berat dimensi ataupun berat sebenar. Sebab itu kami akan lihat dan semak samada ianya berat sebenar ataupun berat dimensi. Boleh baca ikut link di bawah

Tracking number dari DHL akan diberikan selepas pembayaran diterima. Anda boleh semak di akaun berkatpos.com tracking number.

Anda boleh hantarkan tracking number barang yang dibeli di Shopee , Lazada, supplier lain ataupun barang yang anda hantar sendiri ke pejabat kami. 

Mesej tracking number  ke telegram https://t.me/export_mudah

Ataupun email butiran dibawah ke eksportmudahnetwork@gmail.com

Berapa lama BerkatPos.com proses order?

Biasanya dalam masa sehari bekerja. Jika barang sampai awal pagi dan kurier DHL masih belum pickup di opis kami, kebiasaannya hari itu juga kami hantar. 

Untuk detail penerima eBay anda boleh semak di sellerhub iaitu ebay.com/sh/ovw ataupun rujuk bab pengurusan order. 

Antara sebahagian yang dah gunakan servis dari BerkatPos ke USA dan Singapore.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik