Mindset yang betul untuk buat duit dengan eBay
Kami selalu dengar dari mereka yang baru hendak menjual di eBay menyatakan bahawa perlu ada feedback dahulu untuk menjual di ebay. Kena beli barang dahulu di ebay kemudian selepas dapat feedback baru boleh mula menjual barang di eBay.
Sebenarnya tidak perlu. Kalau ada feedback sebagai pembeli bagus juga tetapi tidak semestinya perlu ada feedback dahulu.
Akaun baru perlukan antara sebulan hingga 3 bulan untuk stabil jualan di ebay. Walaupun feedback korang masih 0, tiada masalah untuk membuat jualan. Ramai student kami yang berjaya membuat jualan bermula dengan feedback kosong.
Banyak produk yang dijual di shopee dan lazada sangat murah dan korang boleh jadikan shopee dan lazada sebagai supplier.
Untuk akaun baru, kebiasaannya ebay hanya benarkan untuk menjual 10 barang sahaja. Jumlah keseluruhan nilai barang itu mestilah tidak melebihi $500 USD. Polisi ini bertujuan untuk menjaga platform ebay selamat untuk menjual dan membeli. Sudah banyak kes akaun baru yang menjual barang tidak original ataupun menjadi scammer.
Ramai penjual dari platfrom lain seperti Shopee, Lazada tidak suka dengan eBay dengan peraturan ini iaitu hanya boleh menjual 10 barang sahaja untuk permulaan tetapi ini merupakan kelebihan bagi korang kerana dalam panduan ini akan diterangkan tentang cara-cara untuk menaikkan selling limit.
Setiap bayaran yang diterima bagi akaun baru, duit itu akan di hold oleh eBay. Selepas 21 hari, baru duit itu akan clear. Ini bertujuan untuk memastikan penjual baru menghantar barang dengan cepat. Barang yang dihantar mestilah dalam keadaan yang elok dan baik serta tiada komplen daripada pembeli. Kebiasaannya eBay akan hold untuk setiap transaksi selama sebulan hingga 3 bulan.
Perkara normal yang korang kena tahu bila menjual di eBay adalah setiap hari akan ada sales. Dengan startegi dan cara yang betul, setiap hari kami ada sales sejak 2014. Apabila skill dan pengalaman korang semakin bertambah, semakin bertambah la akaun bank korang .