Apa yang korang perlu tahu tentang dropshipping ebay bagi akaun baru
Untuk akaun baru tidak digalakkan untuk membuat dropshipping. Kalau sudah ada pengalaman membuat dropshipping sebelum ini tiada masalah.
Kalau belum ada pengalaman tidak digalakkan. Dalam dunia yang perfect ataupun sempurna, dropshipping merupakan model bisnes yang paling bagus iaitu kita tidak perlu menyimpan stok. Ada jualan di ebay, order barang dari dropshipper dan tunggu barang sampai.
Tetapi bukannya semuanya indah belaka. Sebagai contoh, katakan barang yang kita jual itu botol air berwarna merah, tetapi dropshipper hantar kepada buyer kita botol berwarna biru. Buyer itu akan cari kita bukannya dropshipper.
Katakan buyer itu dari USA, dropshipper dari China dan kita di Malaysia. Kalau ada masalah ini, buyer dari USA nak return barang ke kita. Buyer tidak mahu tahu tentang kesalahan dropshipper. Kita pula komplen dengan dropshipper. Lepas itu dropshipper cakap kalau nak refund kena hantar barang itu kepada mereka. Contoh mesej supplier Aliexpress macam ini
Tidak boleh kawal harga jualan. Sebagai contoh hari ini harga yang dropshipper tawarkan adalah $20 USD. Kita pun jual di ebay dengan harga $35 USD dan potensi keuntungan RM35 hingga RM40 ringgit. Selepas itu barang yang kita jual itu laku.
Apabila nak beli, harga jual yang asalnya $20 USD itu sudah naik kepada $28. Maka punah lah harapan untuk dapat keuntungan. Sekadar cukup-cukup sahaja. Tidak rugi dan tidak untung. Kira macam buat amal kebajikan. Kalau dropshipper naikkan harga lebih tinggi sebagai contoh $30 USD, itu dah kira rugi.
Masalah lain yang mungkin akan timbul adalah katakan barang yang kita list ataupun jual di ebay hari ini. Barang itu laku 3 minggu kemudian. Apabila hendak membeli barang daripada dropshipper didapati barang itu kehabisan stok.
Tengok supplier lain pun sama juga kehabisan stok. Perkara ini memang selalu terjadi. Kita tengok dalam sistem dropshipper itu masih ada stok tetapi selepas membuat pembayaran dropshipper mesej kita beritahu yang stok sudah kehabisan.
Ada bermacam-macam lagi senario tentang keburukan dropshipping. Seperti yang diberitahu sebelum ini, kalau sudah ada pengalaman tiada masalah seperti mencari supplier yang berkualiti.
Cuma katakan dalam 10 transaksi, ada satu transaksi yang bermasalah dan 9 transaksi tiada masalah. Semua 10 transaksi ini buyer memberi feedback. 9 buyer beri positive feedback dan sorang bagi negative feedback, maka positive feedback adalah 90%. Boleh dikatakan rendah postive feedback 90% ini.
Kalau dropship memang susah untuk menjaga feedback. Ada juga software dimana kalau dropshipper naikkan harga, maka harga jualan di ebay akan automatik naik mengikut peratusan keuntungan yang ditetapkan. Kalau barang itu sudah tiada stok maka listing di ebay menjadi kosong. Cuma ianya software berbayar. Kalau baru hendak mula memang tidak mampu dan tidak digalakkan. Kalau dah banyak order memang tiada masalah.