Cara daftar akaun eBay dan Payoneer

Pastikan sebelum register akaun ebay & Payoneer, korang sudah call bank untuk mengaktifkan “internationalpurchase” dan juga e-payment. Kebiasaannya student kami ada baki sekurang-kurangnya RM50 didalam akaun.

Langkah pertama masuk ke website ebay.com.my dan klik register. 

Masukkan butiran yang eBay minta. Nama, email dan juga buat password

Klik akaun setting disini.

1)Klik anak panah ni

2)kemudian klik akaun setting

Klik Personal Information

Kalau eBay minta masukkan password, masukkan seperti password yang anda create tadi. Perkara biasa bila eBay suruh masukkan password beberapa kali dalam step yang seterusnya.

Masukkan butiran yang eBay minta. Postcode, city, negeri, alamat dan juga nombor telefon. Masukkan nombor telefon yang betul kerana eBay akan hantar kod ke nombor telefon.   

PERINGATAN!! Alamat ni mesti sama dengan bank statement ataupun bill api ataupun bill air ataupun apa-apa dokumen dari kerajaan seperti PTPTN, tabung haji, ASB, cukai pintu ataupun tanah. Ini kerana eBay akan minta anda submit salah satu dokumen ini kemudian sebagai pengesahan. Pastikan nama dan alamat anda sama dalam dokumen. 

1 – Klik verify email. eBay akan hantar kod ke email anda dan perlu masukkan kod kesini

2 – Klik Verify phone number. Kod akan dihantar ke nombor telefon dan perlu masukkan juga kesini

Selepas selesai verify nombor telefon dan email, pergi ke sini

https://www.ebay.com.my/pages/help/sell/sell-getstarted.html

kemudian klik setup a seller account now seperti di bawah

Akan muncul paparan seperti di bawah. Klik get started

Akan muncul paparan seperti di bawah. Klik get started

Klik Text me

Masukkan kod yang Payoneer hantar ke nombor telefon anda. Kemudian klik continue

Klik Yes, keep this as an individual account kemudian klik continue

Sekiranya tiada lagi akaun Payoneer klik No, create one. Sekiranya sudah ada akaun Payoneer sebelum ni klik Yes, sign in. Untuk akaun ni masih tiada Payoneer jadi kena klik No, create one. 

Masukkan tarikh lahir anda kemudian klik Next seperti di bawah

1) Masukkan alamat anda. Pastikan sama seperti eBay dan Payoneer juga akan minta dokumen untuk pengesahan alamat. Sama macam yang diterangkan dokumen yang eBay minta seperti penerangan sebelum ni. 

2) Isikan nombor telefon yang sama register eBay

3) Masukkan kod yang Payoneer hantar ke nombor telefon anda

4) Klik next

1) Create password Payoneer. Kemudian masukkan sekali lagi password itu

2) Pilih security question dan jawab. Kena ingat ye jawapan ni. 

3) Masukkan Malaysia

4) Masukkan nombor kad pengenalan tanpa simbol – (dash)

5) Klik next

1) Pilih Bank anda disini

2) Masukkan nombor akaun bank anda.

3) Tandakan agree untuk kedua-dua ni

4) Klik next

Kemudian ianya akan redirect ke eBay seperti di bawah. Klik Continue

1) Masukkan nombor kad debit ataupun nombor kad kredit

2) masukkan expiration date kad anda

3) security code bagi kad anda

4) Masukkan nama

5) Klik continue

Bagi yang tak tahu apa itu card number, expiration date dan juga security number. Ianya ada di kad debit ataupun kad kredit anda. Boleh refer seperti contoh dibawah

Klik submit request

Tahniah. Bahagian eBay dan selesai jika paparan seperti di bawah. Di bahagian Payoneer ada sedikit lagi yang perlu dibuat

Pergi ke laman Payoneer.com dan klik sign in seperti di bawah

Masukkan email dan juga password Payoneer. Akan keluar Two-Step Verification. Jika anda aktifkan setiap perubahan yang dilakukan di akaun Payoneer akan memerlukan nombor kod dan ianya dihantar ke nombor telefon anda. Dalam contoh ni saya klik not now seperti dibawah. Cuma untuk security lebih baik aktifkan. Terpulang kepada anda. 

Jawab sekali lagi security question. Perlu ingat ye jawapan yang anda. Kalau susah nak ingat tulis dibuku nota. 

Selepas siap isi jawapan pergi ke setting dan klik verification center. 

Buat masa sekarang tiada apa-apa lagi dokumen yang Payoneer suruh anda submit. Biasanya dalam masa seminggu pihak Payoneer akan minta dokumen seperti salinan kad pengenalan ataupun lesen ataupun passport. Untuk pengesahan alamat anda perlu submit dokumen seperti bank staement, ataupun bill utiliti ataupun dokumen lain seperti yang diterangkan sebelum ini. 

Masuk email anda. Wajib untuk verify my email yang Payoneer hantar ke email anda. Klik verify my email. 

Sudah selesai register akaun eBay dan Payoneer. Sekarang hanya perlu tunggu email dari Payoneer untuk submit dokumen. Kebiasaannya eBay akan suspend akaun eBay dan anda perlu submit dokumen yang eBay minta. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik