Cara nak gunakan eBook Export Mudah

Tahniah korang dah dapatkan eBook ini. eBook ini disusun mengikut susunan dari awal buka akaun eBay sehingga dapatkan jualan di eBay dan uruskan order eBay.

Jika sudah ada akaun eBay boleh skip mana-mana bab dan terus ke bahagian yang ingin dibaca ataupun ditonton.

Jika belum ada lagi akaun eBay sila baca bab awal sehingga pembukaan akaun eBay dan PayPal. Jangan gelojoh untuk terus buat listing di eBay kerana game menjual di eBay ini long term.

Untuk buat ebay tidak boleh guna wifi di kedai mamak, starbuck, mcdonald, pejabat ataupun wifi yang dikongsi. Perlu guna internet sendiri. Dikautiri untuk akaun baru akan kena suspend dengan eBay.

Jangan jual makanan dahulu untuk akaun baru. Banyak lagi benda yang boleh dijual. Just aplikasikan seperti dalam bab spy produk percuma di eBay.

Banyak persoalan yang ditanya ada jawapannya di group support Facebook Export Mudah. Boleh search dahulu soalan di group itu dan biasanya jawapan ada disitu.

Boleh cari jawapan di button search seperti diatas. Taip sahaja soalan dan biasanya akan ada jawapan. Jika tiada jawapan boleh tanya disitu ataupun klik hubungi kami dibawah ini.

Insha Allah dalam masa 24 hingga 48 jam hari bekerja akan dibalas oleh tim kami. Hari cuti biasanya tim kami cuti juga ye.

Di musim covid19 ini khidmat Flexipack International Pos Malaysia tidak boleh digunakan lagi. 

Korang boleh gunakan khidmat DHL Express, DHL Ecommerce, Singapore Post. Jika tiada SSM untuk daftar kurier ini boleh gunakan khidmat Flexpack dan juga web2ship.

Ahli group Export Mudah ada juga kongsi pengalaman menggunakan khidmat Flexipack dan juga web2ship. Boleh baca di rentassempadan.com ataupun klik link dibawah

Tim Export Mudah menggunakan khidmat DHL Express untuk penghantarn. Untuk beginner boleh guna flickpost dan juga web2ship. Dalam web2ship anda boleh guna DHL Express juga. Mereka ibaratkan ejen DHL Express.

Selain dari eBook ini korang boleh baca juga di website RentasSempadan.com . Disitu akan ada artikel terbaru mengenai ecommerce.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik