Pengurusan return order eBay

Kalau korang dah lama menjual di eBay akan dapat satu ataupun dua kes yang pembeli nak return barang yang dibeli. Ada beribu sebab dan alasan buyer nak return barang. 

First sekali kena tahu 2 jenis return. Jenis yang pertama ni buyer nak return dan buyer kena tanggung kos nak return. Biasanya akan dapat email seperti dibawah. 

Tunggu sahaja buyer return balik barang tu dan lepas dapat barang tu baru refund duit buyer tu. 

Kalau dapat email yang jenis kedua ni korang kena sediakan kos penghantaran untuk barang itu dipulangkan balik. Kosnya sangat mahal ye.

Jika gunakan DHL Express untuk return yang bawah 500 gram sudah lebih RM500. return dari USA ke Malaysia. 

Jadi macam mana uruskan masalah ini? Ada 2 pilihan. Samada refund kepada buyer ataupun sediakan return label kepada buyer.

Keputusan ini ditangan korang. Kalau berbaloi nak sediakan return label boleh buat dan kalau tak berbaloi lebih baik refund. 

Apa terjadi kalau buat tak tahu sahaja? Kalau buyer contact eBay dan anda kalah, akaun anda lama kelamaan akan jadi below standard. Below standard ni nak dapat sales pon susah ye. Sebab eBay dah buat tanda yang akaun anda bermasalah. 

Kami gunakan khidmat returnhelper.com. Jika ada pembeli nak return, mereka akan hantar ke alamat kami di USA.

Selepas barang sampai, kami akan lihat gambar yang staf returnhelper upload didalam sistem mereka. Jika betul maka kami akan refund. 

Berapa kos nak buat akaun returnhelper ini? $200 USD

Oh ye, memandangkan Export Mudah ada 4 author, kami share berempat. Sorang baru $50 USD. Ok lah tu. Korang pon boleh buat benda yang sama gak. 

Returnhelper akan tolak kos setelah barang sampai ke warehouse USA. Contoh barang yang dah return seperti dibawah. 

Kos untuk return akan diterangkan oleh pihak returnhelper. Untuk sekilo biasanya dalam $10 USD. Baki akaun kami pada masa ni ialah $76 USD.

Cara nak daftar ialah masuk ke website returnhelper dan klik GET IN TOUCH. Masukkan butiran yang diperlukan. 

Selepas daftar dan buat confimation email akan dapat butiran seperti dibawah. Dah sampai step sini korang boleh wassap returnhelper.

Nanti pihak returnhelper akan bimbing korang selepas buat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan ke akaun PayPal ataupun Payoneer mereka. 

Ada jugak buyer yang kami dah send return label tapi tak return. Tak pasti buyer tipu or memang malas buyer ni nak pergi pos opis. Apa pun dah bagi return label dan dia tak boleh dispute lagi dengan eBay. 

Nak buat apa dengan barang yang sudah sampai return ni?

Kalau nak hapuskan barang ni pon boleh. Kena tambah caj dalam $1 USD. Kalau barang masih ok dan nak hantar ke pembeli lain (jika ada order lain) pun boleh. Tiada masalah. 

Kalau nak suruh returnhelper hantar balik barang korang ke Malaysia pun boleh jugak. Caj yang dikenakan adalah $15 USD untuk setiap kilogram. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik