Cara-cara untuk revise negative feedback yang buyer berikan
Kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita. Kita dah buat sehabis baik hantar barang, description yang kita tulis di ebay pun kita dah buat dengan betul dan tepat tetapi apabila berurusan dengan manusia ada sahaja masalah yang tak kena. Walaupun dengan jelas kita tulis, buyer itu tak baca, kalau nasib tidak baik akan dapat negative feedback. Untuk seller baru, feedback sudah la sedikit lepas itu dapat negative feedback, memang tension. Potensi buyer pun berfikir nak beli dengan kita.
Biasa kalau tengok seller ebay baru, ada juga yang tak revise feedback. Memang biasanya seller baru ini tak tahu ada fungsi yang ebay berikan untuk revise negative ataupun neutral feedback. Ataupun seller baru ini tiada skill iaitu hubungi buyer dulu untuk selesaikan apa-apa masalah. Tengok salah satu contoh seller dari Malaysia ini yang tak pernah revise feedback
Kalau seller ini jaga feedback mungkin sales akan lebih lagi. Contoh seller dari Malaysia yang dah revise feedback
Sebelum hantar request revision negative ataupun neutral feedback, biasanya kami buat perkara ini dahulu
1. Salah siapa?
Kalau memang salah kita, offer buyer itu half refund ataupun full refund. Salah satu contoh salah kita adalah cara packing kita tak betul, ataupun kurang bubble wrap. Kalau buyer itu setuju dengan offer kita, refund kepada buyer dahulu. Lepas itu baru send request feedback button.
2. Salah buyer
Yang ni kadang-kala kalau fikir memang kelakar. Ada juga beberapa kes yang buyer nak bagi positive feedback tetapi tertekan negative feedback, memang naya kita. Yang ni memang kena hubungi buyer cepat-cepat. Lepas buyer itu bersetuju ataupun respon dengan mesej kita baru kita hantar request feedback button.
3. Salah syarikat kurier
Yang ni memang diluar kawalan kita. Barang dah pack betul-betul tetapi rosak. Mungkin staff syarikat kurier itu terduduk ataupun seribu satu masalah lain. Yang ni memang biasanya kena full refund ataupun korang janji nak hantar yang baru. Lepas buyer itu setuju dengan terma dan syarat yang korang bagi baru send request feedback revision.
Jangan terus hantar ataupun send request feedback button. Ini kerana lepas korang request, buyer hanya ada masa 10 hari dari tarikh kita send request feedback button. Selepas itu kalau buyer itu tidak revise, kita sudah tidak boleh request untuk tevise buat kali kedua.
Cara-cara nak revise feedback ialah
- Klik My ebay
- Klik Account
- Klik Feedback
Lepas itu klik Request Feedback Revision dan pilih negative ataupun neutral feedback yang kita nak hantar kepada buyer.