Cara sempoi extra untung bersih 3 hingga 4 angka sebulan

Senang je nak dapat extra untung. Rules yang pertama ialah anda mesti lama bertahan di eBay. Ye lah kalau tak buat eBay macam mana buyer nak order cool
Tak ramai yang buat ni tetapi ada yang saya kenal dan tahu pembeli eBook Export Mudah version 1 yang amalkan. Memang untung bersih extra mereka 3 hingga 4 angka.
Untung bersih ye. Bukannya sales.

1) Hubungi buyer

Masa nak hantar barang pembeli tu kan ada nombor telefon buyer. Cuba whatsapp, telegram or mesej buyer tu.
Biasanya kami buat bila barang dah sampai baru hubungi buyer tu. Dan satu lagi biasanya kalau buyer beli dengan nilai lebih $100 USD baru hantar mesej.
Kalau anda nak hantar mesej kepada yang bawah $100 USD pon boleh. Siapa nak marah kan?
Beritahu buyer kalau nak order lagi boleh hubungi anda semula. And of course beritahu yang anda akan bagi sedikit discount.
Jangan pula mesej buyer di eBay mesej ye. Ni kita ajak buyer beli dari luar platform eBay.

2) Pamplet or brochure

Buat satu design ataupun iklan masa nak hantar barang buyer. Print iklan tu dan masukkan sekali didalam barang yang nak hantar.
Ada rezeki mereka order lagi. Takde rezeki tiada repeat order.

3) Macam mana nak suruh buyer bayar?

Kami akan create invoice di PayPal. Buyer akan automatik dapat email dari PayPal untuk membuat pembayaran.
Boleh rujuk bab cara buat invois di PayPal.
Cuma sekarang eBay dah tak gunakan PayPal lagi. Jadi penjual eBay yang baru biasanya tiada akaun PayPal. Penjual eBay ada akaun Payoneer.
Payoneer pon boleh buat invoice juga. Boleh baca di website Payoneer

4) Ramai ke yang nak beli luar eBay

Tak ramai yang nak beli. Tapi jangan kecewa. Kita cerita pasal extra money. Dalam 20 puluh mesej ataupun brochure yang hantar belum tentu sorang akan reply berminat.
Tapi lepas ada yang reply berminta memang kena jackpot. Ada diantara mereka yang merupakan seller juga di negara mereka.
Ada yang jual balik barang itu di eBay, Amazon ataupun kedai mereka.
Ada yang order setiap bulan, ada yang order setahun 3 kali, sebulan 2 kali, setiap 2 bulan, setiap sebulan.

5) Buyer dah balas tapi taknak deal luar eBay

Ada je yang tak suka deal luar eBay. Mereka lebih percayakan eBay sebab jika barang tak sampai or barang tak sama dengan apa yang order boleh open cased.
Layankan je buyer tu.Boleh buat eBay listing yang baru then bagi link tu dekat dia. Kalau sebelum ni buat listing dengan eBay ads katakan 8%, listing baru tak payah buat ads. Dah ada extra 8%.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik