Strategi Keuntungan Berganda
1. Jual barang secara banyak ataupun bulk
Barang yang kuantiti satu pun jual. Barang yang sama dengan kuantiti yang banyak contohnya 20,30 ataupun 40 pun jual juga. Macam yang diterangkan sebelum ini, tidak selalu laku tetapi kalau laku memang banyak untungnya. Ramai seller ebay yang lama guna strategi ini. Buyer yang beli bulk ini biasanya penjual juga. Biasanya buyer yang beli bulk ini korang boleh guna strategi no 2 macam di bawah.
2. Berurusan di luar ebay
Lepas buyer beli barang, korang akan dapat email. Boleh guna email itu untuk buat marketing dan suruh buyer itu beli di website korang kalau ada. Kalau korang takde website boleh email buyer itu berminat tak nak beli di luar ebay untuk order seterusnya. Jangan cakap nak deal luar ebay. Mungkin korang boleh offer buyer tu kalau nak beli banyak boleh email ke korang dulu untuk dapatkan discount. Lepas buyer itu email korang, mungkin boleh bagi diskaun 5%. Ebay fee 10%, kalau bagi diskaun 5% masih jimat 5%. Kemudian create invois di PayPal dan send kepada buyer itu. Ingat ya, kalau orang tu belum beli lagi dengan korang, jangan pandai-pandai nak deal luar ebay. Ebay akan bagi warning nanti. Ada juga yang tidak minat untuk deal luar ebay dan peratus yang nak deal luar ebay hanyalah sedikit.
Gambar di atas dalam salah satu contoh buyer yang beli di luar ebay setelah beri invoice pada mereka.
3 . Jual barang berkaitan hobi atau barang rare
Barang berkaitan hobi ni memang kadang kala tidak masuk akal bagi bukan peminat. Kalau kebetulan memang korang ada barang-barang ini, memang dapat “jackpot”. Bagi peminat barang itu memang biasa pada mata mereka. Bagi mereka yang ada koleksi macam duit lama, stem, baju bundle yang rare memang boleh buat banyak duit.
Korang boleh guna advanced search ebay macam yang ditunjukkan sebelum ini dan gunakan keyword ini

1) Bank negara >> akan jumpa duit Malaysia yang dijual dengan harga mahal. Ramai seller luar negara yang jual duit Malaysia lama. Ada juga ternampak orang mencari duit lama di group Facebook. Sekarang korang dah tahu kan mana diorang jual dan dapat keuntungan berganda money-mouth

2) Johor / Malacca ataupun negeri korang >> banyak khazanah dijual di ebay. Harga memang mahal

3) Hot wheels >> barang mainan kecil. Yang ini memang ada banyak jenis. Kalau korang ada koleksi  memang boleh jual di ebay

4) Vintage >> banyak baju bundle yang keluar kalau korang buat item location Malaysia masa buat kajian menggunakan advanced search di ebay. Yang ni senang sikit nak cari. Boleh pergi ke kedai bundle. Kalau towkey kedai bundle tu tak tengok harga kat ebay, ada harga baju tu RM10 korang boleh jual $50 atau $100 atau $200. Kalau towkey bundle tu selalu tengok harga di ebay, memang harga kapak diorang jual kat kedai bundle.Cuma kalau nak jual bundle banyak masa yang korang habiskan nak cari satu-satu baju di kedai bundle. Ramai yang menjual baju vintage ataupun bundle bermula dengan cari baju di kedai bundle. Lepas ada modal dan keyakinan disebabkan baju banyak laku dan untung biasanya mereka ambil guni terus ataupun geng bundle panggil “bale”.

Untuk startegi nombor 3 memang tak ramai ada kelebihan. Kalau yang memang ada contoh senarai nombor 3 memang kelebihan. Jangan risau, guna strategi nombor 1 dan nombor 2 pun dah ok sebenarnya. Kadang-kadang satu transaksi boleh untuk RM500 hingga 4 angka.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik