Barang yang tak boleh dijual di Ebay

Nak menjual di eBay kena ikut peraturan yang ditetapkan di ebay dan juga peraturan yang ditetapkan oleh negara yang anda jual barang itu. Contohnya kalau jual di negara USA, kena ikut peraturan negara USA.

Tak boleh jual barang berjenama yang baru kerana ada pihak yang dapat hak penjualan di eBay. Sebagai contoh tak boleh jual barang Supreme, LV, Channel yang baru di eBay. Boleh tengok list barang yang tak boleh jual di link ini  https://pages.ebay.com/seller-center/listing-and-marketing/verified-rights-owner-program.html .

Ada juga peraturan dari USA iaitu FDA (Food & Drug Administration) dimana tak boleh jual barang tertentu. Boleh rujuk link ini https://www.fda.gov . 

Ada ramai seller Malaysia jual barang terlarang ini kalau korang jumpa barang ini dan semak dengan website FDA. 

FDA boleh remove barang yang korang listing ini. Kalau remove sahaja tidak apa, kalau terus kena banned dari menjual di eBay memang tak berbaloi.

Ada juga contoh dimana barang itu boleh dijual di negara USA tetapi tidak boleh dijual di Negara UK dan Australia. Contohnya niche berkaitan haiwan. Ini kerana persatuan pencinta haiwan di negara UK dan Australia menghalang barang ini dijual didalam talian.

Lagi satu ada barang yang seller Malaysia jual dan laku tapi kami tak galakkan anda jual. 

Ada simbol Flammable iaitu barang mudah terbakar seperti di atas. Ada juga yang kena banned terus dari syarikat kurier setelah mereka tahu penjual hantar barang ini. Biasanya bagi akaun baru mendaftar dengan syarikat kurier. 

Ianya kisah benar dari pengguna Export Mudah V1. Syarikat kurier juga ada email seperti di bawah. 

Banyak lagi barang lain yang boleh anda jual di eBay. Di video spy produk ada beribu barang yang laku dijual oleh penjual dari Malaysia.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik