Cara nak selesaikan masalah akaun kena suspend selepas register sebagai seller di eBay

Selepas anda mendaftar sebagai seller di eBay, anda mungkin mendapat salah satu email dari eBay. Mungkin email yang anda terima berbeza daripada contoh seperti gambar di atas dan juga di bawah tetapi tujuannya sama. 

eBay hendak verify anda memang wujud dan juga untuk bertanya beberapa soalan sebagai kepastian. 

Apa yang anda perlu buat ialah hantar email kepada Ebay mengunakan email anda yang berdaftar dengan ebay kepada myrswebhelp@ebay.com.my . Rujuk gambar di bawah.

Contoh ayat untuk hantar email kepada eBay.

Anda boleh guna ayat lain mengikut kesesuaian anda. Tujuannya sama, untuk eBay  verify akaun anda. 

Kena sediakan dokumen dahulu ye. Salinan kad pengenalan/lesen/passport, proof of address seperti yang diterangkan sebelum ni dalam bab daftar eBay Payoneer. Boleh guna bank statement, bill utiliti dan sebagainya. Dan juga resit barang yang nak dijual. 

Lepas klik link macam kat bawah kena submit dokumen dalam masa 24 jam ye!

Janagn submit resit makanan ataupun barang yang dijual tu boleh masuk mulut. Macam ubatan, susu. Kalau nak jual makanan selepas 2 bulan verify dengan eBay. INGAT NI!

Selepas email eBay akan dapat balasan di bawah. Ianya mungkin berbeza sedikit ye. Klik link yang eBay berikan

Klik submit

Baca apa yang gariskan di bawah. Selepas klik kena submit dalam masa 24 jam. Sediakan dokumen dahulu siap-siap sebelum nak submit. Klik seperti anak panah dibawah

1) Disini submit muka depan kad pengenalan

2) Submit bahagian belakang kad pengenalan

3) Dokumen bank statement ataupun yang berkenaan. 

4) Resit barang yang nak dijual. Dalam ni submit alatan tulis

Selepas itu submit.

Sekiranya sudah verified, eBay akan memberitahu akaun anda akan active dalam masa 72 jam. Good Luck!

Jika permohonan tidak berjaya

Antara punca permohonan tidak berjaya

  • Submit document tak lengkap termasuk tak sama dengan maklumat register eBay
  • Konflik internet IP adress atau tidak pernah tutup wifi di rumah
  • Pernah mengakses website tidak bermoral (sengaja ataupun tidak sengaja)
  • Identiti pernah digunakan untuk buat akaun eBay
  • Menjual barang terlarang VERO ataupun barang larangan keras dari FDA (biasanya barangan menguatkan seks atau barang kesihatan)
  • Tergesa-gesa dengan klik link yang eBay beri terlalu banyak 

Langkah ini yang anda perlu lakukan “Buka Akaun eBay baru”. Buka akaun baru eBay tak semudah pertama kali buka akaun kerana nama anda sudah ada dalam rekod eBay (track record akaun pernah kena pemenant suspend).

Cara buka akaun kedua untuk mengelak di jejaki eBay seperti ini

  1. Mengunakan identiti baru
  2. Mengunakan computer baru atau menghapuskan “history bagi penggunaan computer sama”
  3. Menggunakan internet IP address yang lain
  4. No telefon baru dan email baru
  5. No card bank yg baru (belum pernah register eBay)

Mengunakan identiti baru

Jika akaun pertama yang terkena permenant suspend adalah nama betul anda. Untuk akaun kedua, gunakan identiti saudara mara atau kenalan kerana anda mungkin perlu submit IC mereka di eBay. 

Pastikan identity baru tidak pernah digunakan untuk mendaftar eBay dan mempunyai alamat yang berbeza dengan alamat yang pernah kena permenant suspend.

Gambar IC hendaklah jelas dan boleh dibaca. Pastikan mempunyai copy depan belakang (IC warna). Fotostat tidak diterima eBay. 

Pastikan nama dekat IC tidak mempunyai special character (seperti nama “Ahmad bin Ali @ Abu”. “@” tidak dibenarkan di payoneer. Jadi carilah IC yang biasa yang tiada special character.

Mengunakan computer baru atau menghapuskan “history bagi penggunaan computer sama”

Cara paling sesuai untuk membuka akaun kedua adalah dengan membuka di computer baru. Tetapi, adakah setiap kali akaun terkena pemenant suspend kita hendak membeli computer baru?

Disini akan terangkan cara memadam sejarah dalam layaran internet kita (clear history). Cara nak clear cookis bagi google chrome

Klik titik 3 di google chrome

Kemudian pilih setting

Selepas itu pilih clear browsing data

Pilih “Advance” dan pilih “all time” Pastikan semua tick dekat petak kosong sebelah kiri

Ataupun anda pergi ke laman Youtube dan search clear cookies. Contoh nya jika gunakan browser chrome cari “clear cookies chrome”

Jika gunakan browser safari cari “clear cookies safari”. Dan seterusnya jika guna browser mozilla, microsoft edge ataupun opera. 

Menggunakan IP address yang lain

Ip Address adalah berkait rapat dengan internet yang kita guna. Cara nak tukar kepada ip address baru cukup senang. Hanya matikan suis internet dan hidukan balik suis tu.

Anda boleh juga check ip address di sini

https://www.whatismyip.com/

Anda pastikan no ipv4 itu bertukar sahaja untuk dapatkan ip address yang baru. Off suis dan on balik akan tukarkan ip address tu dan anda boleh membuka akaun baru eBay. 

Jangan guna u mobile ye. Sebab ianya tidak tukarkan ip address. 

No telefon baru dan email baru

Jika akaun lama anda mengunakan no telefon peribadi anda. No telefon tu dah tak boleh guna. Jangan guna no telefon yang sama. Untuk akaun kedua ni disarankan guna prepaid sahaja yang berharga RM10.

Jangan risau, jika no telefon tu lebih tempoh atau expired anda boleh menukar no telefon dekat eBay bila-bila masa sahaja.

Telco mana-mana pun tak kisah. Sebab kita perlukan no telefon yang boleh ebay menghantar SMS code. Tapi pastikan telefon bimbit anda tidak menpunyai SPAM filter SMS. Jika ada, anda boleh check SMS code dekat inbox spam sms anda.

No card bank yg baru (belum pernah register eBay)

Cara nak dapatkan no card baru cukup senang:

  • Jika sebelum ni menggunakan maybank anda boleh menggunakan bank lain samada cimb, rhb dan sebagainya
  • Jika anda hanya mempunyai 1 bank Anda boleh tukarkan no card dengan  menukar kad baru – Biasanya tukar kad baru akan dikenakan caj sebanyak RM12
  • Mengunakan Mpay – Anda boleh add kad baru dekat applikasi anda. Dan kad baryu itu boleh di gunakan untuk akaun kedua.

Apabila semua syarat atau Langkah di atas sudah lengkap barulah anda boleh membuka akaun baru atau akaun kedua.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik