PENTING

Tahniah saya ucapkan kerana anda semua dah berjaya sampai ke topik yang second last dalam Ejen Viral ni.

 

Saya yakin dan percaya, anda semua mesti dah tak sabar nak mulakan bisnes affiliate kan?

 

Sebelum tu, anda semua kena baca topik ini sampai habis dulu ye. Sebab saya akan kongsikan tips penting untuk berjaya dalam bisnes affiliate ni. Okey?

 

Ada 11 tips penting untuk anda semua yang baru nak berkecimpung dalam affiliate dan jadi Ejen Viral.

 

1- Jangan share link affiliate direct di Facebook.

Sekarang Facebook tak benarkan untuk letakkan link affiliate kat wall atau dalam messenger Facabook.

 

 

Apa yang kita kena lakukan adalah redirect prospek ke Telegram. Dalam Telegram lah kita bagi link affiliate.

 

2-Sebab-sebab kehilangan komisen.

Ini adalah sebab utama kenapa ejen kehilangan komisyen:

 

i- Prospek beli guna device yang berbeza dengan device yang digunakan sewaktu klik link affiliate pada kali pertama.

 

Untuk senang faham, pertama kali klik link affilite, prospek klik dari handphone.

 

Tapi semasa beli, prospek beli dari laptop dan klik pada link affiliate orang lain pula. Kat sini berlakunya kehilangan komisen.

 

ii- Prospek klik link agen lain sebelum beli. Semasa pertama kali dapat info tentang produk, prospek telah klik link affiliate A.

 

Bila dia nak beli, dia search dan jumpa link lain pula, dia klik link tersebut.

 

So, pembelian dikira dari last klik link affiliate.

 

Ejen yang last link affiliat di klik akan dapat komisen.

 

iii- Prospek “open using external browser” dari Facebook.

 

Situasi ini berlaku apabila prospek copy link affiliate dari Facebook dan paste di browser.

 

Bila jadi macam ni, komisen untuk ejen tadi terus hilang.

 

3- Tiruvasi.

Jangan sesekali tiru bahan marketing ejen affiliate lain.

 

Its ok untuk dapatkan idea, tapii kena olah ikut cara kita sendiri. Oleh supaya lebih baik dari yang kita tiru tadi.

 

Ingat,  jangan sampai nampak macam tiru bulat-bulat.

 

Jika ada bahan marketing yang anda perlu dari ejen lain, dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ejen tersebut.

 

4- Buat promosi setiap hari.

Jangan pernah give up untuk promote.

 

Kita guna teknik soft selling untuk terus buat promosi kepada database.

 

Minimum softsell yang kita lakukan di kolam Telegram dan yang lain adalah 3 kali sehari.

 

5- Reply komen di group

Ini adalah untuk bump post di group tersebut.

 

Reply secara berkala ikut masa yang sesuai. Ini untuk pastikan posting yang kita share sentiasa jadi top post dalam group.

 

Bila kita reply, secara langsung post tu akan naik ke atas.

 

6- Sentiasa tarik trafik baru.

Nak dapat trafik baru, kita memang kena konsisten buat post viral di FB dan Twitter. Serta sharing di group-group besar.

 

Buat post viral yang boleh tarik perhatian audience. Post viral yang ikut trending semasa juga senang dapat komen, like dan share yang banyak.

 

7- Tweet viral di Twitter pun kena buat juga, baru kita boleh konsisten dapat trafik baru.

 

8- Sentiasa monitor keberkesanan marketing untuk tindakan susulan.

 

Kita memang kena rajin cek progress setiap task yang kita buat.

 

Data yang kita dapat tu akan tentukan samada teknik marketing yang kita guna berkesan atau pun tidak.

 

Bila tak okey, inilah masanya kita kena buat tuning atau bertukar ke produk lain.

 

9- Buat Post Viral baru selalu untuk elak isu share limit.

Sekarang Facebook ada had limit untuk share post untuk setiap orang. Limit biasa yang dikenakan ialah setiap orang buat 10 share sahaja (limit 10 share/post/person).

 

10- Sentiasa buat research
Kita kena sentiasa dan banyak buat research untuk dapat idea-idea yang best untuk buat post viral.

 

Kadang post viral tak perlu pun benda yang related pasal produk kita jual, tapi macam mana kita nak selit pasal produk dalam post viral tu.

 

11- Jangan terus promote link dekat main tweet (Twitter).

Okey, ini memang penting. Kita tak nak orang unfollow sebab terang-terang nampak kita share link atau promote sesuatu.

 

Kena follow step untuk share link di Twitter ni seperti dalam bab Twitter..

 

Pastikan main tweet dan awal-awal thread tu kita share dulu info best supaya orang tertarik nak tahu.

 

Kemudian barulah masukkan link Telegram di tengah-tengah atau hujung thread.

 

12- Cadangan masa untuk share post.

Follow masa-masa ni untuk naikkan engagement di post kita :

 

7.30 am – 8.30 am
1 pm – 2 pm
6 pm – 7 pm
8 pm – 10 pm

 

13- Minta izin dengan perkataan “Mohon Share” di post testimoni di support group.

Bila anda nak pakai testimoni kawan-kawan lain dalam group support, sebaik dan sepatutnya kita minta izin terlebih dahulu dari tuan empunya diri.

Kita minta izin supaya orang yang share testimoni tu tahu yang kita guna sharing dia. Nanti takda isu kita curi testimoni.

 

Jaga adab kita dalam nak berbisnes.

  

Okey, cukup 13 tips untuk kita semua take note dan follow. Susun strategi baik-baik untuk mulakan bisnes affiliate ni.

Semoga anda semua boleh terus apply tips yang dikongsikan.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik