29) Strategi Boost Sale

Dalam Bab Stretegy Boost Sale, Ejen Viral akan sharekan beberapa stategi untuk menarik lebih perhatian prospek berlumba-lumba untuk dapatkan panduan. Bisnes Affiliate adalah salah satu bisnes yang tinggi pesaingnya, oleh itu perlu ada perancangan dan susun atur strategy untuk menarik perhatian prospek membuat belian dengan kita. Antara tawaran yang biasa ditawarkan seller panduan ialah Bonus Belian Panduan, bonus extra ni adalah bonus tambahan yang pelanggan akan terima selepas buat pembelian panduan.

Tetapi perlu diingatkan bahawa, setiap bonus jualan yang ditawarkan perlulah mendapat persetujuan dari pihak owner panduan dan platform affiliate. Ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham dan isu berbangkit di kemudian hari. Ejen viral akan dedahkan beberapa strategi yang terbaik di bawah.

1) BONUS YANG RARE

Bonus yang rare adalah pilihan utama untuk Affiliate tawarkan kepada prospek. Bonus terbaik dari seller yang boleh ditawarkan kepada bakal pembeli, pembeli akan membuat pilihan dari seller-seller lain yang turut menawarkan bonus belian. Antara bonus yang rare yang jarang ditawarkan oleh affiliate ialah Bengkel Extra, Bengkel Online Dan Free Personal Coaching.

Bengkel Extra

Bengkel Extra adalah Bonus Terbaik yang pernah Ditawarkan oleh Affiliate. Bonus yang sangat Rare, tapi perlu minta kebenaran dari Owner panduan terlebih dahulu. Bonus Bengkel Extra adalah bonus yang Paling Diminati prospek kerana dapat memudahkan untuk belajar dan pemahaman lebih.

Bengkel Online

Bengkel Online atau kelas Online juga antara Bonus yang rare yang jarang ditawarkan oleh affiliate kepada prospek. Bengkel Online lebih ramai yang berminat berbanding Bengkel Extra. Ini kerana bengkel online lebih mudah dan cepat untuk diakses selepas buat pembelian tanpa libatkan kos tambahan. Bengkel Online dapat jimatkan kos Affiliate dan Pembeli untuk bergerak hadir ke bengkel dan juga kos yang terlibat.  

Bengkel online boleh dibuat melalui applikasi ZOOM atau Live di Group Pembeli Panduan. Yang lebih mudah untuk diakses akan lebih tinggi tarikan pada prospek untuk membeli. Bengkel online yang melibatkan 2 way comunication sangat tinggi permintaannya.

FREE PERSONAL COACHING

Bonus Extra Free Personal Coaching adalah 1 bonus yang sangat-sangat rare dan susah untuk dijumpai. Ini kerana Personal Coaching memelukan Komitmen masa untuk berjumpa dan belajar. Bonus special seperti ini agak terhad untuk ditawarkan.

Dalam bonus Free Personal Coaching, Affiliate akan menawarkan pakej bonus extra untuk mengajar balik ilmu yang ada didalam panduan untuk lebih mahir dan lebih faham. Misi Personal Coaching adalah untuk belajar dan terus buat sampai jadi. 

2) Sense Of Urgency

Sense of Urgency adalah antara Strategy Boost Sale yang selalu digunakan Affiliate. Sense of Urgency digunakan untuk menayatakan limited dari segi masa atau quantiti yang ditawarkan. Sebagai contoh Tawaran Bonus Mada terhad sehingga hujung bulan atau bonus khas belian hari tersebut. Dari segi quantiti,tawaran yang ditawarkan terhad kepada beberapa pembeli terawal sahaja.

Contoh Urgency Bonus Closed

Penutupan Bonus Jualan Panduan Ebook adalah salah satu urgency yang perlu ditekankan kepada prospek agar bertindak untuk membuat belian. Banyak lagi Sense Of Urgency yang boleh di gunakan untuk menarik perhatian prospek.

Affiliate perlu menekankan Masej Urgency yang di hantar pada Prospek. Masej yang disampaikan perlulah membuatkan Prospek merasa rugi sekiranya terlepas peluang membuat belian dan nak dapatkan bonus. Lagi terhad tawaran yang ditawarkan lagi tinggi potensi untuk dapatkan jualan panduan.

3) Spy Pesaing

Antara strategi untuk menjadi affiliate yang terbaik adalah affliate yang menawarkan tawaran paling menarik minat prospek. Spy apa yang Pesaing berikan pada prospek,tujuan Spy adalah untuk memberikan yang lebih baik dari pesaing affiliate. 

Sebagai contoh ada 3 orang top seller untuk Panduan XYZ. Seller pertama menawarkan Bonus Case Study, Seller kedua menawarkan Strategy Extra dari dalam Panduan dan Seller Ketiga, menawarkan video tutorial berkaitan panduan. So untuk menjadi yang terbaik adalah perlu memberikan bonus yang lebih menarik dari seller pertama , kedua dan ketiga. Boleh menawarkan bengkel Online Extra yang melibatkan Case Study, perkongsian Extra Strategy dan boleh tunjuk secara live untuk buat Bisnes yang berkaitan dengan panduan tersebut.

Ramai affiliate gunakan medium Wall Personal Facebook untuk menawarkan Bonus belian Panduan. Ini kerana Wall Personal Facebook antara medium paling mudah untuk membina kepercayaan dan keyakinan prospek. Mudah untuk affliate spy apa yang ditawarkan oleh pesaing untuk menjadi yang Terbaik dikalangan Affiliate.

4) Buat Live

Antara strategy Boost Sale affiliate adalah dengan Membuat facebook Live. Facebook Live ini bertujuan menarik minat prospek dan memberikan maklumat lebih detail berkaitan panduan. Hasil dari Facebook Live boleh dilihat on the sport sewaktu Live dan selepas Live. 

Facebook Live akan melibatkan komunikasi dua hala antara affiliate dan prospek, Prospek akan lebih yakin dan mudah faham dari penerangan yang diterangkan dalam facebook live. Facebook Live juga antara bonus yang boleh ditawarkan pada Pembeli Panduan untuk belajar selepas Buat pembelian. 

Affiliate boleh menawarkan untuk Bonus sesi Live belajar bersama di Group pembeli Panduan. Selain mengunakan facebook, boleh juga gunakan Telegram untuk Sesi Live bersama Prospek. Prospek yang berminat mudah untuk membuat pertanyaan sebelum membuat keputusan buat belian.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik