PENGENALAN MANYCHAT
Untuk mula guna ManyChat, anda hanya perlu ada Facebook Page untuk bisnes anda . Jadi, pastikan anda dah ada FB Page untuk bisnes. Lepastu kita kena connect FB Page tu dengan ManyChat untuk log masuk ke ManyChat. Caranya, pergi ke halaman utama manychat dan klik ‘GET STARTED FREE’…
Selepas tu tandakan pada kotak privacy policy dan klik ‘Sign In With Facebook’. Kemudian, log masuk ke akaun FB guna emel dan password macam biasa.
Anda akan diminta untuk pilih FB Page yang nak dihubungkan dengan ManyChat. Ikut sahaja proses log masuk ManyChat tu sampailah anda pergi ke bahagian ‘Dashboard’ macam kat bawah ni. Itu maksudnya anda dah pun log masuk ke ManyChat dan dah boleh guna beberapa fungsi ManyChat. Kita akan guna versi percuma sahaja dulu…
Jumlah subscriber anda akan kosong permulaan ni kerana page anda masih baru…
dari sini , anda dah tahu apa itu ManyChat, apa fungsinya untuk bisnes anda dan apa persediaan yang anda perlukan untuk mula guna ManyChat. Anda pun dah berjaya log masuk ke ManyChat, tinggal lagi nak mula guna jer, huhu.
Teruskan membaca isi kandungan panduan ini untuk cara-cara seterusnya dalam mengautomasikan bisnes affiliate.
Selanjutnya anda boleh rujuk video yang kami dah sediakan untuk setup AUTOMASI anda didalam manychat satu per satu..