ROBOT AUTOMATION MASSANGER
Tujuan utama kita mengunakan automation adalah untuk menuai semua prospek yang sudah meninggalkan komen didalam PV kita bagi menjadikan semua prospek sebagai databased kita didalam manychat.
selain itu adalah untuk menghantar info-info berkaitan produk Affiliate yang kita sedang promosikan dan selanjutnya kita akan Redirect prospek ini terus kedalam kolam databased yang lain iaitu channel telegram .
Tujuan lain adalah untuk mengurangkan kerja-kerja membalas dan PM prospek secara manual atau istilah dalam bisnes manual closing dimana kita harus hantar info-info produk yang kita promosikan satu persatu kepada prospek.
Apa itu Manychat?
ManyChat adalah satu software automation untuk Facebook Messenger. Atau kita panggil dia Facebook Messenger Bot. Kebiasaannya, bila ada perkataan ‘BOT’ ni, ia melibatkan sistem yang membuat sesuatu tindakan secara automatik. Jadi, fungsi ManyChat ni ialah mengautomasikan perbualan anda (sebagai entiti bisnes) dan pelanggan anda dalam Facebook Messenger.
Apa Fungsi ManyChat Untuk Bisnes Affiliate?
Dengan ManyChat, anda boleh menjawab soalan pelanggan secara automatik, reply komen, terangkan pasal bisnes dan produk, kumpul database prospek, berkongsi content dan membuat promosi untuk tingkatkan jualan…semuanya secara automatik. Anda rasa bisnes anda perlu guna ManyChat tak? Sudah tentu lah kan! ‘…Benda boleh automatik, buat apa nak manual?…’. Secara ringkasnya, ManyChat mengautomasikan proses kumpul database prospek dan proses membuat jualan untuk bisnes online bukan sahaja affiliate..
.