TELEGRAM

Selain dari Facebook, Telegram juga adalah apps penting yang kita gunakan dalam silibus Ejen Viral ni.

 

Kita gunakan Telegram kerana sebab utamanya aplikasi ini adalah FREE dan dalam Telegram, tak ada limit ahli untuk join so ramai boleh join.

 

Ramai yang selesa pakai Telegram kerana ia tak guna banyak space handphone. Kalau kita download gambar or video, ia tak masuk ke dalam space handphone kita.

 

Dalam Telegram juga boleh set privacy chat.

 

Lately, Telegram mula digunakan oleh orang bisnes. Jadi, kita juga kena ambil peluang ini untuk gunakan apps ini untuk mudahkan kerja dan mantapkan perjalanan bisnes kita.

Kalau di Facebook ada fanpage dan group, dalam Telegram pula ada Channel dan Group.

 

Dalam Ejen Viral, anda akan guna ke dua-dua tool ini untuk mudahkan perjalanan bisnes affiliate anda.

 

Apa beza CHANNEL dan GROUP ni?

Ok sekarang kita tengok beza keduanya ya.

 

CHANNEL

  • Boleh terima info/feed sahaja
  • Komunikasi satu hala sahaja
  • Boleh Autopost

 

GROUP

  • Boleh terima info dan boleh tanya soalan
  • Komunikasi 2 hala
  • Boleh terima autopost dari Channel secara automatik

Apa tujuan sebenar kita gunakan Telegram dalam Ejen Viral ini?

 

Tujuan utama Telegram digunakan adalah sebagai kolam untuk kumpulkan database di dalamnya.

 

Database yang ada dalam kolam ini adalah yang targeted kerana mereka masuk ke dalam dalam kolam kita ini secara sukarela dengan klik JOIN pada link channel telegram kita.

 

Dalam kolam inilah kita akan educate semua database secara berterusan sehingga mereka terbuka hati untuk beli produk yang kita sedang promote.

 

Biasanya kita akan buat proses educate 3-5 kali sehari.

 

Macam mana kita nak kumpul semua database dalam kolam ni? Apa caranya?

 

Ingat lagi tak tentang pos viral yang kita belajar di awal silibus?

 

Ha..daripada situlah datangnya semua prospek yang bertukar jadi database dalam kolam ni.

 

Kenapa perlu proses educate secara berterusan ni?

 

Kita perlu tahu bahawa bukan semua orang akan terus membeli selepas kali pertama tahu tentang sesuatu produk itu.

 

Ada yang membeli selepas 5-6 kali dengar tentang produk dan ada juga yang membeli antara 1-2 bulan selepas di educate berkali-kali.

 

Kita tak tahu bila database yang ada di dalam kolam kita itu akan beli produk kita.

 

So, keep on educate.

 

Ikan dah ada dalam kolam, jadi kita kena bagi makan dan belai sebaiknya. Pasti mereka akan termakan juga dengan umpan kita dan akhirnya akan beli juga produk yang kita promote.

Ada banyak sebab atau alasan kenapa prospek lambat membeli.

 

1- Belum Gaji

 

Antara yang paling banyak kita dengar adalah nak tunggu gaji. So untuk yang kata nak tunggu gaji ni, biasanya kita akan terus mark dan letak label siap-siap supaya senang kita nak follow up nanti.

 

2- Tak Konfiden/Tak ada trust

 

Ada juga yang hold pembelian sebab tak konfiden dengan produk yang kita promote.

 

So menjadi tugas kita untuk terus share tentang benefit produk supaya prospek faham tentang produk kita. Penggunaan gambar testimoni juga boleh buat prospek yakin dengan produk.

 

3- Nak survey harga

 

Biasanya prospek suka contact ramai seller untuk compare harga.

 

Untuk produk affiliate, biasanya tak ada isu perang harga sebab kita semua guna satu sistem sama. Harga sama sahaja untuk semua agen affiliate.

 

Apa yang membezakan adalah bonus. Seller yang offer bonus meletup biasanya sale pun meletup.

 

4- Penerangan tentang Produk tidak meyakinkan

 

Tak semua prospek terus faham apa yang kita nak sampaikan. Kadang lepas bagi 5-6 kali penerangan baru prospek faham dan bertindak.

 

Memang jadi tugas kita untuk beri penerangan yang jelas supaya prospek senang faham.

 

Proses educate ini perlu berterusan sampailah prospek terbuka hati untuk beli produk yang kita promote.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik