Dalam Ejen Viral, selain dari Facebook, kita juga menggunakan Twitter untuk tujuan tarik leads.
Twitter adalah satu media sosial yang belum dapat perhatian sepenuhnya oleh para peniaga online seperti Facebook dan Instagram.
Mungkin salah satu sebab utamanya kerana ia lebih tertumpu kepada limited text dan gambar.
Walau apa jua, kita tidak boleh lepaskan perluang untuk tarik trafik atau lead di Twitter ini.
Gunakan apa sahaja medium, yang penting kita dapat tarik seberapa banyak trafik ke ke kolam bisnes kita.
MACAM MANA NAK INSTALL TWITTER?
Sama seperti kita semua install app lain, Twitter juga boleh diinstall melalui App Store di Iphone, dan di Play Store dari Android
MACAM MANA NAK BUAT DUIT DI TWITTER?
Dalam Twitter, setiap satu post di panggil Tweet.
Kalau di dalam Facebook kita ada Post Viral, jadi dalam Twitter kita ada Tweet Viral.
Kenapa kita perlu create Tweet Viral?
Haa, kita ingat budak-budak muda je guna twitter kan. Tapi ada benda yang kita tak tahu, sebenarnya di Twitter pun kita boleh buat duit.
Tujuan kita buat tweet viral adalah untuk Viral Marketing.
Bukan di Facebook je kita tapau, Twitter pun kita sapu sekali.
Okey, macam mana nak buat tweet viral?
Bahan untuk buat tweet viral ni tak jauh beza dengan bahan untuk Facebook post viral.
Apa yang penting, kita mesti ada gambar / video dan juga headline yang power.
Ini adalah benda yang paling utama untuk tarik perhatian prospek.
Lepas tu, kita kena sediakan 1 main tweet / tweet yang utama.
Ini adalah contoh main tweet yang telah saya buat.
Saya lebih suka letak headline pada gambar untuk main tweet ni. Ini lagi mudah untuk tarik perhatian audience.
Pastikan tweet tu ringkas dan menarik sebab kita nak orang terus ada rasa nak baca lagi sharing kita yang seterusnya.
Bila dah ada tweet utama, kita add tweet / tambah tweet yang lain dalam tweet tu.
Refer gambar di bawah untuk add tweet.
Klik pada bahagian komen seperti dalam gambar dia atas.
Dalam thread inilah kita akan masukkan sharing pendek-pendek dan masukkan sekali link ke Channel Telegram di pertengahan atau last thread.
Inilah kaedah tweet dalam tweet yang orang panggil thread kat Twitter.
Dalam thread ni lah kita akan buat copywriting yang panjang-panjang, tapi secara berperingkat.
Dalam ni juga kita letak link ke kolam utama kita iaitu Telegram Channel.
Mudah kan?
Apa yang penting kat sini ialah kita kena jelas dengan apa yang kita mahu sampaikan.
Macam mana kita boleh create content yang dapat attract anak muda untuk follow kita dan nanti akan jadi buyer kita juga.
Terus buat dan dapatkan idea-idea yang fresh untuk viral di Twitter.
Apabila ada tweet kita yang viral, ia akan tarik minat orang lain untuk retweet(RT) dan seterusnya tweet itu akan jadi semakin viral dan terus viral.