COPYWRITING VIRAL
Apa itu copywriting?
Untuk lebih mudah faham, copywriting ini sebenarnya adalah ayat jualan atau ayat promosi.
Ia bertujuan untuk pukau ataupun pengaruhi prospek supaya beli produk yang kita sedang promote.
Apa yang perlu kita masukkan dalam copywriting?
1- Buat copywriting yang boleh tarik perhatian prospek.
2- Make sure ayat yang digunakan boleh pengaruhi emosi audience yang baca copywriting kita.
3- Buat ayat yang boleh meyakinkan prospek.
4- Buat audience yang baca bertindak ikut CTA.
FORMAT COPYWRITING
Ada 3 perkara penting yang kita perlu tahu untuk buat copywriting iaitu:
1- Headline
2- Content
3- Call To Action (CTA)
1- Headline yang mewakili percakapan seseorang.
Mengikut pengalaman kami viralkan post, headline yang mempunyai pembuka dan penutup kata lagi senang viral.
“…HEADLINE…”
Bila audience baca, ia seolah mereka rasa kita sedang bercakap dengan mereka.
2-Gunakan headline yang umum atau general.
Maksudnya, headline yang boleh difahami oleh kebanyakan orang, jangan pakai headline yang terlalu spesifik.
Makin besar skop headline, makin senang untuk post go viral.
Saya bagi satu contoh mudah berkenaan headline umum ni ya:
Contoh 1:
“…MACAM NI CARA AKU KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN DAN BUAT RM10K DALAM MASA 3 BULAN…”
Contoh 2:
“…MACAM NI CARA AKU BUAT BISNES HARTANAH DAN DAPAT JANA RM10K DALAM MASA 3 BULAN…”
Headline 1 hanya mention tentang keluar dari masalah kewangan dan berapa dia dapat jana dalam masa 3 bulan.
Headline 2 pula siap mention tentang cara dia buat iaitu dia buat biz hartanah dan dapat jana RM10K dalam masa 3 bulan.
Antara contoh 1 dan 2 yang mana lagi general dan dapat tarik perhatian ramai orang?
Sudah tentu headline 1 kan.
Ini kerana contoh 2, headlinenya sudah spesifik dan kemungkinan besar hanya orang yang dalam bidang hartanah sahaja akan tertarik dengan headline yang macam ni.
Jadi sekarang anda dah faham kan?
Macam mana nak tarik lebih ramai audience supaya baca content kita, ia bermula dengan headline yang umum.
Kita juga boleh guna FORMULA 100. Iaitu, apabila 100 orang baca tentang headline kita, ada 30% yang tertarik dan baca content sampai habis. 30% dah cukup bagus dah tu!
HEADLINE SENANG VIRAL.
Untuk headline, kami prefer gunakan headline yang menunjukkan sesuatu. Contohnya:
MACAM NI…
INI CARA…
MACAM ITU…
ITU CARA…
Untuk buat satu headline, perkara yang perlu kita fikirkan adalah macam mana nak buat headline yang senang viral dan boleh tarik perhatian audience.
Ada banyak jenis headline. Tapi yang biasa kami gunakan ialah headline seperti di bawah ni :
1) Headline yang menunjukkan tentang CARA + PELUANG.
Contoh:
-“..MACAM NI CARA AKU TURUN BERAT 10KG TANPA MAKAN UBAT…”
2) Headline yang menceritakan tentang KESAN-AKIBAT-MASALAH
Contoh:
“…INI AKIBAT AKU KENA HADAP SEBAB TAK PAKAI MASK…”
3) Headline yang bermain dengan emosi
Contoh:
“…AKU DAH TAK SANGGUP GADAI BARANG KEMAS ISTERI LAGI…”
4) Headline yang menceritakan tentang fungsi produk
Contoh:
“…MANGGA RUMAH ANTI PENCURI NO 1 MALAYSIA…”
“…LAMPU PAGAR ANTI GELAP…”
“…BAG SANDANG KALIS PENCURI…”
“…SANGKAR KUCING ANTI BAU…”
So, kat sini anda dah nampak kan macam mana cara nak buat headline yang senang viral ini.
Untuk mudahkan lagi untuk buat headline, anda boleh tiruvasi atau ambil idea dari headline yang saya berikan di atas.
Apa yang boleh ditulis dalam content?
Macam mana nak buat content yang boleh buat orang baca sampai habis?
Biasa kalau nak buat sesuatu content, dua benda inilah yang akan kita fikir dahulu.
Sebenarnya ia akan jadi lebih mudah kalau kita tau formulanya.
Dalam content, kita kena huraikan kembali tentang headline kita yang tergantung tadi.
Ok, untuk tulis sesebuah content, selain dari faham tentang produk apa yang kita nak jual, kita kena tahu siapa target spesifik kita.
Dalam headline kita dah tarik perhatian secara umum. Dalam content pula, kita kena terangkan secara spesifik pula.
Cara Ejen Viral, kami mulakan content dengan PROBLEM terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan KESAN dan SOLUTION kepada problem itu.
Buat secara tersusun supaya senang audience baca dan faham apa mesej yang kita nak sampaikan.
Cara penulisan content pula mestilah santai. Tulis seperti mana anda bercakap atau macam anda tulis di Facebook wall masing-masing.
Perlu ingat, penulisan santai lebih mudah diterima dan difahami audience.
Anda boleh pilih sama ada untuk tulis content berkenaan pengalaman sendiri atau tentang orang lain.
Jika pilih untuk menulis tentang diri sendiri, ini yang terbaik kerana kita boleh menulis dari hati kerana itu adalah pengalaman anda sendiri.
Pastikan anda gunakan perenggan. Setiap perenggan kena ada 3-4 baris sahaja. Jangan terlalu panjang, nanti orang malas nak baca.
Setiap perenggan wajib ada spacing. Ini untuk mudahkan audience baca satu persatu dan mata pun selesa dengan susunan ayat yang pendek-pendek.
Content tersusun dengan baik, audience selesa dan dapat baca sampai habis, dan seterusnya bertindak ikut CTA yang anda berikan.
CTA adalah antara yang penting perlu dimasukkan dalam content.
Dengan CTA yang betul dan kelihatan smooth tanpa paksaan, boleh buatkan audience anda secara rela hati bertindak ikut arahan yang diberikan dalam CTA itu.
CTA boleh dalam bentuk:
- klik link whatsapp
- Klik pada link website
- Komen ‘PM/NAK' pada ruangan komen
Dalam Ejen Viral, kami fokus kepada komen ‘NAK' supaya post kita lagi viral dan spread.
Pada perenggan akhir content, anda boleh minta audience/prospek sama-sama share post anda. Satu lagi bonus CTA, anda boleh minta audience tagging kawan-kawan mereka juga.
Dengan ayat yang baik tersusun, biasanya audience akan share dan tag kawan-kawan mereka tanpa pikir panjang. Hasilnya post anda akan semakin viral dan terus viral.