POST VIRAL YANG CONVERT

Ini adalah contoh post yang dibuat oleh Adilah dan Halim.

 

Gambar pertama adalah untuk affiliate Panduan Hotel dan gambar kedua pula adalah untuk affiliate Panduan Export Mudah (eBay).

 

GAMBAR 1

Ini contoh untuk post viral jenis VIDEO + GAMBAR + AYAT COPYWRITING.

 

Perhatikan susunan video dan gambar.

 

Video dalam bentuk melintang dan ada subtitle. Kualiti video sangat terang dan jelas.

 

Saya pilih tempat yang paling menarik perhatian di hotel ini iaitu sebuah kolam yang terletak di level 35. Nama kolam ni Lazy River.

 

3 gambar support di bawahnya pula adalah gambar yang boleh buat audience rasa nak tahu lebih lanjut lagi tentang hotel ini.

 

Setiap gambar ada sebabnya kenapa kita letak di situ.

 

Gambar pertama saya tunjukkan harga hotel yang saya book iaitu RM101 sahaja untuk 2 bilik. Which is sebenarnya hanya RM50.50 sahaja untuk 1 bilik.

 

Di ikuti dengan 2 gambar yang menarik. Saya tonjolkan kemeriahan dan betapa gembiranya anak-anak dapat stay kat hotel yang ala-ala Alice Wonderland ni.

 

Biasanya faktor anak-anak akan buat parents lagi teruja.

 

Untuk gambar support bawah video itu, boleh masukkan minimum 3 gambar. Tapi saya lebih suka masukkan banyak gambar, kadang sampai limit yang Facebook benarkan. Ini adalah untuk dapatkan lebih perhatian dari audience.

 

Video bersama gambar keadaan hotel yang sangat mewah tapi dapat book dengan harga yang sangat murah boleh buat audience teruja untuk tahu macam mana cara kita book.

 

Post viral ini berjaya dapat 19.4K komen dan 21.9K share dan berjaya reach 2.6 juta pengguna Facebook.

 

Alhamdulillah, post viral jenis ini telah berjaya bantu jana income 5 angka.

 

GAMBAR 2

Gambar ke 2 pula adalah contoh untuk post viral jenis GAMBAR + GAMBAR + AYAT COPYWRITING.

 

Untuk gambar pertama, formatnya sama seperti video iaitu disusun dalam bentuk landscape atau melintang.

 

Susunan seperti ini akan tonjolkan kepentingan mesej yang nak disampaikan dalam gambar itu sendiri.

 

Gambar seharusnya kena jelas, cantik dan menarik. Gambar di fokus kepada perkataan eBay sahaja. Gambar sekeliling di blurkan. Jadi, mata audience hanya fokus di situ sahaja.

 

3 gambar sokongan di bawahnya menunjukkan barang-barang yang boleh di jual di eBay. Setiap gambar diberi penerangan ringkas tentang harga beli di Malaysia dan harga jual di USA.

 

Minimum gambar support adalah 3 dan jika nak masukkan lebih pun tak apa. Janji ianya berkaitan dan menarik perhatian.

 

Bila audience tengok, otak mereka akan terus kira berapa profit yang mereka akan dapat bila jual barang di USA. Kita tonjolkan benefit yang audience akan dapat melalui gambar.

 

Ini sangat penting kerana manusia memang sukakan visual dan senang terjemahkan mesej melalui visual.

 

Melalui gambar support ni, mesej yang Halim nak sampaikan adalah jual barang-barang senang dapat macam ni pun laku dekat eBay.

 

Post viral ini berjaya dapat 9.3k komen dan 2.5k share dan berjaya reach kepada lebih 2.1 juta pengguna Facebook tanpa gunakan Fb Ads. Hanya guna teknik Ejen Viral sahaja.

 

Post jenis bergambar bersama ayat copywriting ni berjaya bantu Halim dapat income 5 angka dalam tempoh yang singkat.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik