CARA BUAT POST VIRAL

Kalau kita perhatikan di Facebook, ada pelbagai cara post yang digunakan oleh pengguna Facebook.

 

Antara cara post yang biasa digunakan ialah : 

  1. Menulis ayat sahaja
  2. Upload gambar sahaja tanpa ayat
  3. Upload video sahaja tanpa penerangan

Ada juga yang combine cara post di atas ini. Contohnya seperti; 

  1. Ayat bersama gambar
  2. Video bersama gambar

 

Apa perasaan anda kalau jumpa satu post yang hanya ada ayat sahaja. Nak baca tak?

 

Sanggup baca sampai habis tak?

 

Tak ramai yang sanggup luangkan masa untuk baca, sebab bukan semua suka membaca. Kalau baca pun memang tak habis.

 

Ada yang suka upload gambar atau video sahaja tanpa sebarang ayat atau caption tambahan. Dengan harapan biarlah gambar berbicara, hehe.

 

Kalau video sahaja mungkin okey lagi, orang boleh faham. Itu pun jika sudah on button play. Tapi kalau gambar sahaja, kadang boleh jadi salah faham pada gambar itu.

 

Saya bagi satu contoh mudah ya:

Apa yang anda semua faham dari gambar di atas?

 

Sekali nampak, kalau tengok gambar sahaja, mesti kita kata dia jual ubat kuat kan?

 

Tapi, ternyata bukan sama sekali!

 

Bila baca copywriting dia, barulah tau bahawa dia sedang promosikan ubat kurus.

 

Itulah pentingnya copywriting atau caption dalam setiap post kita. Ini kerana ia membantu kita untuk sampaikan info dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh audience.

 

Jadi, apakah jenis post yang paling baik dan mudah untuk tarik perhatian audience untuk baca, like, komen dan share? 

Sekarang kita tengok ciri-ciri post yang senang viral, post yang boleh tarik perhatian audience untuk like, share dan komen.

 

Ada 2 jenis post yang mudah tarik perhatian audience :

  1. Gambar + Gambar + Ayat copywriting
  2. Video + Gambar + Ayat copywriting

 

2 jenis post diatas adalah kombinasi yang terbaik untuk tarik perhatian audience kerana mereka akan lebih mudah faham tentang apa yang kita ingin sampaikan.

 

Pastikan video atau gambar yang digunakan dalam setiap post adalah menarik, jelas dan cantik kerana manusia memang sukakan benda-benda yang cantik. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik