PENGENALAN
Seperti bisnes-bisnes lain, bisnes affiliate juga perlukan persediaan awal sebelum bermula.
Cuma apa yang membezakan bisnes affiliate dengan bisnes lain adalah, untuk bisnes affiliate, kita tidak perlu bersedia dari segi pembelian dan penyimpanan stok produk. Dalam erti kata lain, ia tak perlukan modal yang besar dan juga ruang untuk simpan stok.
Untuk bisnes affiliate, kita perlu get ready dari segi:
1- Pemilihan platform dan produk
2- Pendaftaran di platform dan produk
3- Dapatkan link affiliate
4-Promosi
5-Terima komisen
1-Pemilihan di platform dan produk
Kebanyakan produk yang sediakan peluang bisnes affiliate adalah yang berupa buku digital (ebook), seminar, bengkel, video atau pun event.
Anda boleh cari dan dapatkan produk yang tawarkan peluang affiliate ini. Kebanyakan program affiliate menawarkan komisyen yang 50% daripada harga asal.
Antara platform yang boleh dirujuk adalah;
1-JV Warrior
2-Klik Jer
Ada juga individu tertentu yang yang selalu anjurkan program affiliate ini. Anda boleh refer dan cari nama-nama yang tersenarai ini di Facebook.
1- Hafizi Zain
2- Rahman Basri
3- Azian Osman
4- Khairul hakimin Muhammad
5- Ismail Arshad
6- Zainol Rasid
7- Wazeen Azizan
2- Pendaftaran di platform dan produk
Dalam Ejen Viral, kita akan fokus kepada satu contoh supaya kita semua senang nak belajar.
Kita gunakan satu produk dari platform JV Warrior iaitu Panduan Export Mudah.
Untuk join program affiliate sesuatu produk, perkara paling penting sekali yang kita kena buat adalah :
1-Pendaftaran di platform
2-Pendaftaran produk
1-Pendaftaran di patform
Langkah yang pertama ialah anda perlu buat pendaftaran di platform terlebih dahulu, barulah dapat join semua program affiliate yang ada dalam platform itu.
Untuk join program affiliate under JV Warrior, anda perlu klik pada link di bawah dan isi form yang tertera.
Masukkan segala details yang diperlukan. Pastikan anda masukkan maklumat yang betul ya.
1) Daftar Affiliate JV Warrior = https://exportmudah.com/access/aff/signup
Di bawah adalah contoh borang yang anda perlu lengkapkan. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
2- Pendaftaran produk
Selepas siap pendaftaran di platform, kita perlu buat pendaftaran untuk produk affiliate pilihan pula. Pastikan anda daftar pada produk yang anda nak join sahaja.
Klik pada link di bawah ya =
https://exportmudah.com/access/signup/Export-Mudah-Affiliate
Di bawah adalah contoh borang yang anda perlu lengkapkan. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan jelas..
Selepas siap buat pendaftaran pada platform dan produk, barulah kita dapat link affiliate.
3- Dapatkan link affiliate
Di bawah ini adalah cara untuk dapatkan link affiliate.
1- Log in kepada akaun JV Warrior (platform)
Masukkan username dan password seperti yang telah didaftarkan
2-Klik pada Banners And Link under Affiliate Info
3-Pilih pada produk yang kita dah decide untuk sertai sebagai affiliate.
Dalam kes ini kita akan pilih Export Mudah. Terus klik pada produk berkenaan ye.
4- Copy Link Affiliate untuk tujuan promosi
Copy affiliate link seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ye.
Link boleh dipendekkan dengan menggunakan google shortener atau bit.ly. Pilih salah satu tools yang anda selesa.
4- Promosi
Selepas ada link affiliate sendiri, barulah kita boleh promosikan produk ini. Pastikan anda promosikan link affiliate yang betul.
Dalam Ejen Viral, anda akan diajar bagaimana untuk lakukan promosi menggunakan teknik free marketing. Kita tak perlu laburkan kos yang banyak untuk buat marketing.
5-Terima komisen
Apabila ada prospek yang tertarik dengan produk yang kita promosikan itu, prospek akan buat belian dengan link yang kita berikan, dari sinilah kita dapat komisen.
Perlu tau bahawa setiap ejen affiliate diberikan link yang berbeza. Anda hanya dapat komisen bila ada pembelian melalui link anda sahaja.
Sepanjang buat bisnes, bisnes affiliate lah yang beri income yang masyuk dan mudah handle bagi saya.
Di sini saya sharekan kebaikan dan kelebihan buat bisnes affiliate ni.
1- Tak perlu ada produk sendiri
Untuk buat bisnes affiliate, kita tak perlu hasilkan produk sendiri untuk jual. Banyak owner kepada produk-produk digital yang sediakan program affiliate untuk kita sama-sama jual produk mereka.
Kita sebagai ejen affiliate, ada banyak pilihan produk yang sedia ada untuk dipromosikan.
2- Tak perlu uruskan stok/postage
Apabila kita buat bisnes affiliate, ia hanya melibatkan link produk sahaja. Jadi kita memang tidak terlibat dengan pengurusan dan pengeposan produk.
Sebab itu tak perlu pegang stok pun. Di sini kita boleh jimatkan ruang, masa dan tenaga.
3-Boleh buat tanpa kos/modal
Buat bisnes Affiliate ini kita tak perlu keluar duit untuk beli stok produk. Paling tak pun, kita hanya beli produk affiliate untuk kegunaan sendiri sahaja sebagai syarat untuk join affiliate.
Dalam Ejen Viral, marketing pun kita gunakan free marketing. Jadi memang tak perlu keluar duit sangat untuk bermula.
4-Boleh buat sendiri tanpa staf
Ramai yang buat bisnes affiliate sebagai bisnes sampingan untuk dapat duit geli-geli setiap bulan.
Kebanyakan mereka hanya buat sendiri sahaja dan tak perlukan staf. Proses kerja dalam affiliate hanya memerlukan fokus dalam 1-2 jam sahaja. Dan prosesnya pun tak sepenat kerja untuk produk fizikal
5-Boleh buat ikut kelapangan (fleksibel)
Iya, dalam bisnes affiliate ini kita boleh lakukan ikut masa kita sendiri. Untuk anda yang ada komitmen kerja tetap, anda boleh buat bisnes ini pada waktu lapang pada malam hari.
Hanya ambil masa selama 1-2 jam sehari pun dah cukup okey dah. Itu pun dah dapat jana sale bila buat secara konsisten.
6-Boleh buat secara auto tanpa manual close sale (jimat tenaga dan masa)
Dalam Ejen Viral kita semua akan belajar cara untuk buat autopost dan automation, yang membolehkan sales masuk secara automatik tanpa perlu kita layan pertanyaan prospek secara beriya-iya.
7-Komisen yang lumayan
Biasanya bayaran komisen bagi sesuatu produk adalah 50% daripada harga produk.
Macam produk Panduan Export Mudah yang berharga RM250, saya dapat komisen dari sini RM125 untuk satu jualan.
Memang lumayan komisen produk affiliate. Kalau sehari boleh jual 10 produk, dah dapat komisen RM1250 untuk sehari. Nampak tak peluang ni?
8-Mudah Nak Jual
Pastikan anda pilih produk yang kena dengan market baru senang nak jual. Dalam Ejen Viral memang diajar cara untuk pilih produk affiliate supaya senang nak promote dan jual.
Kalau ada produk affiliate baru keluar, dan viral pulak tu, ambil peluang untuk jual sama.
9- Tak perlu pening kepala nak bagi after sales service
Biasanya bab support ni owner produk yang akan mainkan peranan mereka. Untuk produk affiliate, owner akan sediakan support group untuk guide buyer ebook/seminar tersebut.
So tugas affiliator atau agent affiliate ni, hanyalah promote produk sahaja. Senang kerja kan?
10- Extra Money
Kalau kena dengan produk dan caranya, bisnes affiliate ni boleh jadi side income pada kita. Iya lah, kalau dengan hanya sekali posting di media sosial sahaja, orang search, mereka jumpa, bila ada orang berminat mereka beli terus dari link kita.
11- Ada bonus/reward
Program affiliate, biasanya owner produk akan buat contest untuk tarik agent promote dan jual produk mereka.
Biasanya bonus/reward yang ditayangkan memang menarik dan sangat lumayan. Macam kami sendiri pun pernah dapat drone. laptop, kamera, headfon dan yang paling kerap dapat adalah cash money.
Bila contest dah tamat, biasanya owner produk juga akan buat dinner untuk celebrate. Best ke best sangat join affiliate?