PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Tahniah dan terima kasih kerana telah mendapatkan Panduan Ejen Viral ni.

 

Panduan ini ditulis oleh Shahrul Johor dan Abdul Halim, yang merupakan top seller dalam JV Warrior untuk tahun 2019/2020, dan telah berjaya buat komisyen bersih 5-6 angka dalam masa beberapa bulan sahaja.

 

Ejen Viral lahir atas cetusan idea kami, yang terpanggil untuk berkongsi cara marketing yang kami lakukan untuk bisnes jual produk orang lain, iaitu affiliate.

 

Inilah result sepanjang kami buat affiliate di platform JV Warrior. Income bersih ni tau. Semua jual produk orang lain je.

Alhamdulillah, 5 dan 6 angka bersih dalam  beberapa bulan sahaja dengan menggunakan teknik Ejen Viral, fokus kepada free marketing.

 

Sebenarnya, kami berdua ni adalah pengguna tegar fb ads, dan memang tak pandang cara free ni. Tapi sekali dah try dan dapat hasil yang WOW macam ni, terus fokus pada teknik free ni. 

Segala cara dan teknik yang kami pakai, ada dikongsikan dalam Ejen Viral ini. Baca dan follow step by step In Shaa Allah anda semua pun boleh dapat hasil yang sama.

 

Apa yang penting adalah, anda semua perlu buat dan lakukan dengan konsistent. Buat tanpa nanti, buat tanpa henti.

 

Satu tips mudah untuk berjaya dalam bisnes affiliate ini adalah, apabila dah baca sesebuah topik, anda perlu fahamkan, take point dan terus bertindak. Terus buat.

 

Bila dah mula merasa income affiliate, percayalah addict tu akan datang dengan sendiri. Lebih-lebih lagi bila tengok post kita viral dan ramai orang share, like dan komen.

 

Disinilah klimaks keseronokan dalam bisnes affiliate ni selain dari dapat komisen!

 

Bukan hanya bertumpu pada produk affiliate, cara marketing yang diajar dalam Ejen Viral boleh juga diguna pakai untuk produk fizikal yang lain.

 

Ini kerana marketing untuk produk sama sahaja tak kira jenis digital atau fizikal.

 

Alhamdulillah, hasil dari bisnes affiliate ini, kami berdua dapat menikmati kerja ikut masa sendiri dan tak kalut kena handle produk.

 

Dan yang paling penting, tak perlu nak layan karenah kastemer sebab semuanya diuruskan oleh owner produk itu sendiri.

 

Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian kami berdua.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik