Shopee vs Ebay – Kerja Sama Banyak, Untung Beza Berganda!

First time tahu pasal benda ni, saya memang terkejut gila…Patut la ramai buyer panduan Export Mudah senyum je walaupun parcel yang dieorg pos setiap hari tak lah sampai berguni-guni macam founder produk kosmetik.

Rupa-rupanya margin keuntungan per unit dieorg memang besar gila…Berganda lebih banyak dari jual dekat Shopee atau kedai offline…So walaupun parcel tak banyak, tapi untung bersih tetap banyak!

Dekat bawah ni saya bagi beberapa contoh pengiraan untung barang yang dijual dekat Ebay berbanding Shopee :

1) Susu Anlene Gold 5X

Dekat Shopee dieorg jual susu ni sekitar harga RM22.99…Katakanlah harga kilang susu tu RM15/unit, so berapa untung bersih dia?

Harga Jualan : RM22.99
Harga Kilang : RM15
Shopee Fee : 2% x RM22.99 = RM0.46
Shipping : katakanlah percuma

So untung bersih dia adalah RM22.99 – RM15 – RM0.46 = RM7.53/unit

Sekarang tengok pulak berapa seller Ebay jual susu yang sama dekat platform Ebay :

Seunit susu yang sama dijual pada harga USD45.80 (~RM190)…Kalau beli 2 atau 3 unit, dapat murah lagi sikit…But kita abaikan harga untuk 2 dan 3 unit sebab nak kasi sama dengan pengiraan untuk Shopee.

Harga Jualan : RM190
Harga Kilang : RM15
Ebay & Paypal Fee : 15% x RM190 = RM28.50
Shipping (DHL) : RM82

So untung bersih dia adalah RM190 – RM15 – RM28.90 – RM82 = RM64.10/unit

Nampak tak? Kerja lebih kurang sama banyak…Kena listing produk, kena pos barang dan sebagainya…Tapi kadar untung jauh berbeza…Jual dekat Shopee dapat untung RM7.53 je, tapi kalau dekat Ebay dapat untung RM64.10…beza hampir 9 kali ganda.

2) Mamee Daebak Ghost Pepper

Contoh kedua adalah Mamee Daebak Ghost Pepper…Dekat Shopee, dieorg jual sekitar RM4.99/unit…So untuk 5 unit harga RM24.95…Katakanlah harga kilang RM17, so berapa untung bersih dia?

Harga Jualan : RM24.95
Harga Kilang : RM17
Shopee Fee : 2% x RM24.95 = RM0.50
Shipping : katakanlah percuma

So untung bersih dia adalah RM24.95 – RM17 – RM0.50 = RM7.45

Sekarang tengok pulak berapa seller Ebay jual mamee yang sama dekat platform Ebay :

5 unit mamee yang sama dijual pada harga USD49.99 (~RM207)…Kalau beli lebih, dapat murah lagi sikit…But kita abaikan sebab nak kasi sama dengan pengiraan untuk Shopee.

Harga Jualan : RM207
Harga Kilang : RM17
Ebay & Paypal Fee : 15% x RM207 = RM31.05
Shipping (DHL) : RM71.76

So untung bersih dia adalah RM207 – RM17 – RM31.05 – RM71.76 = RM87.19

Nampak tak? Kerja lebih kurang sama banyak…Kena listing produk, kena pos barang dan sebagainya…Tapi kadar untung jauh berbeza…Jual dekat Shopee dapat untung RM7.45 je, tapi kalau dekat Ebay dapat untung RM87.19…beza hampir 12 kali ganda.

Cuba Bayangkan…

Now katakan sehari korang boleh jual 10 unit Susu Anlene Gold 5X…So keuntungan yang korang akan dapat adalah :

– Jual di Shopee = RM7.53 x 10 = RM75.30
– Jual di Ebay = RM64.10 x 10 = RM641

Beza keuntungan adalah RM641 – RM75.30 = RM565.70 untuk sehari…Kalau sebulan, beza dah RM16971…Banyak kan beza dia…😅

Kalau korang nak dapatkan untung yang sama banyak dekat Shopee, korang kena jual 90 unit sehari…Dengan kuantiti sebanyak tu, mungkin korang kena hire staf, bayar gaji dan bermacam hidden kos lain.

So mana satu lagi masyukk dan mudah? Fikir-fikirkan….😜

By the way, jual dekat Shopee pun bagus…Cuma kalau nak lagi bagus, kembangkan bisnes korang ke market international menerusi platform Ebay untuk untung yang lebih berganda!

[cp_popup display="inline" style_id="42173" step_id = "1"][/cp_popup]
Cara Saya Maintain Sale 5 Angka Sebulan Jual Barang Di Ebay

Cara Saya Maintain Sale 5 Angka Sebulan Jual Barang Di Ebay

Langsai Hutang Kredit Kad RM20k Di Waktu PKP Hasil Jual Barang Di Ebay

Langsai Hutang Kredit Kad RM20k Di Waktu PKP Hasil Jual Barang Di Ebay

Engineer Kilang Jana Pendapatan Lumayan Di Ebay

Engineer Kilang Jana Pendapatan Lumayan Di Ebay